Monday 30 December 2013

The UMNO Worrior, Cyber Ranger ~ Art of War


Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah S.W.T. selama ini.

Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah S.W.T. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah S.W.T.;
''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.'' (Surah Al-Fussilat (41), ayat 53).

Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara penduduk mereka.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
      
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi internet masakini ialah jenayah siber.
      
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

      
Disebabkan penguatkuasaan undang-undang ini, media massa mampu berfungsi sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada masyarakat. Kerana maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah telus. Setiap artikel yang akan diterbitkan harus menjalani beberapa tapisan supaya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak akan menimbulkan perkara-perkara yang negatif tentang kerajaan. Situasi ini menunjukkan bahawa wartawan masih terikat dengan undang-undang dan dikawal daripada memberi maklumat yang salah kepada masyarakat. Jika terdapat wartawan yang melanggar batasan yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
      
Internet dilihat sebagai media alternatif terbaik untuk medium demokrasi yang lebih terbuka. Kerajaan telah menetapkan bahawa tiada penapisan internet yang diperkenalkan dalam Rang Jaminan. Namun begitu, undang-undang tetap dikuatkuasakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang dilihat mampu mengancam negara menerusi penggunaan internet menurut interpretasi pihak kerajaan. Lihat saja, apa yang terjadi kepada blog "Malaysia Today" yang ditutup oleh kerajaan dan kepada pemliknya sendiri iaitu Raja Petra.
Cuma penguatkuasaan undang-undang ke atas internet tidak berapa berkesan kerana sifat internet itu sendiri iaitu bersifat virtual, ketanpanamaan, terbuka dan luas serta susah untuk mengesan individu yang menggunakan internet. Faktor-faktor inilah yang menjadikan internet sebagai ruang demokrasi yang lebih baik di kalangan rakyat berbanding media massa.
      
Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:

(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).
(2) Akta ini mengenai tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3)
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
(3) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini. Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan.
(4) Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
(5) Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
(6) Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
(7) Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Menurut kajian, penyalahgunaan Internet di Malaysia meningkat lebih 100 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan sejumlah 2,107 kes dilaporkan berbanding 739 kes pada tahun lalu dan 932 kes pada tahun 2001.

Daripada jumlah catatan tahun, pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet (termasuk surat layang) merupakan salah guna yang terbesar dengan 62.8 peratus atau 1,324 kes dilaporkan.

Pada tahun 2002, kes spam yang dilaporkan hanya berjumlah 114, menurut perangkaan Pusat Respons Kecemasan Keselamatan ICT Kebangsaan (NISER). K
es pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam sepanjang sembilan bulan tahun 2002, berjumlah 20 kes berbanding 16 kes sepanjang tahun 2001.

Kes penyebaran virus dan ugutan menggodam bagi tempoh dalam kajian itu, masing-masing berjumlah 449 kes dan 260 kes berbanding berbanding 367 kes dan 262 kes kes pada tahun 2002. A
ntara faktor yang menyebabkan peningkatan ketara dalam salah guna Internet ialah kesedaran pengguna untuk melaporkannya berbanding membiarkannya sahaja sebelum ini. 
Di samping itu peningkatan penggunaan ICT bagi urusan seperti e-dagang ketika ini berbanding penggunaan Internet sebagai sumber maklumat turut menyumbang kepada peningkatan tersebut.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah pun menutup tirainya.
Alhamdulillah, keputusan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Majoriti rakyat Malaysia masih yakin akan kredibiliti dan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Satu petanda dan isyarat yang jelas bahawa kaum Cina menolak BN secara total, dianggarkan tidak sampai 10 peratus yang menyokong BN pada PRU-13.

Mereka memberi kepercayaan penuh kepada parti harapan mereka iaitu DAP. Sukar untuk difahami kehendak mereka dan janji-janji yang telah disimpul rapi antara DAP dan kaum Cina itu sendiri. Satu isyarat juga kepada bangsa Melayu untuk kembali bersatu seperti yang telah kaum Cina tunjukkan kepada kita.
Perkara yang amat penting buat BN terutama kepada UMNO dalam membuat analisis dan kaji selidik PRU-13 ialah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN.

Perkara ini perlu diambil serius kerana terdapat di kalangan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang pada PRU-13 telah bertindak agak keterlaluan dan mereka ini saya gelar 'makhluk perosak'.
Makhluk perosak ini amat bahaya kerana mereka bukan sahaja menghasut ahli keluarga dan saudara-mara untuk menyokong pembangkang pada PRU-13 malahan hingga ke peringkat menghasut rakan sekerja dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang kebanyakannya dikutip daripada sumber maklumat internet dan program ceramah pihak pembangkang yang mereka ikuti untuk memburukkan imej majikan mereka iaitu pihak kerajaan.

Ia menular ke seluruh tanah air bagaikan virus yang merebak dalam skala yang besar termasuk di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya. Makhluk perosak ini perlu diberi kaunseling dan nasihat supaya menghentikan segera kerja terkutuk mereka. Sebagai kakitangan awam yang bekerja dengan pihak kerajaan maka mereka tertakluk dengan etika dan peraturan tertentu sebagai penjawat awam.
Mereka ini seperti 'duri dalam daging'. Walaupun PRU-13 telah selesai namun kerja hasutan mereka masih bergerak secara aktif sama ada ditempat kerja mahupun di laman media sosial.

Untuk jangka masa panjang, ia amat berbahaya dan akan memberi kesan secara langsung kepada keputusan PRU-14 akan datang. Jika mereka masih meneruskan kerja terkutuk dengan menabur fitnah untuk memburukkan imej pemimpin dan kerajaan yang memerintah, jalan terbaik untuk mereka ialah ditamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan. Beri peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sebaiknya, makhluk perosak ini berhenti kerja secara terhormat dan bermaruah.

Pihak kerajaan juga perlu menggerakkan kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai gejala fitnah yang berleluasa di internet terutama di laman sosial seperti Facebook. Pihak pembangkang menggunakan internet sebagai senjata paling utama sepanjang kempen PRU-13 berlangsung hingga sekarang. Kempen kesedaran ini amat penting terutama kepada generasi muda bagi menggelakkan mereka terpedaya dengan segala cerita fitnah yang dijajakan.

Tuan Tulis 1 km menyarankan supaya pihak kementerian menguatkuasakan Seksyen 114A Akta Keterangan yang antara lain mampu mencegah seseorang pengguna internet melalui laman sosial daripada menyamar sebagai orang lain di ruang siber.
Pendakwaan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, yang menghina umat di bulan suci Ramadhan Al-Mubarak dengan paparan gambar memakan ‘bak kut the’ sambil mengucap ‘selamat berbuka puasa’ amat dialu-alukan dan seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran bagi mereka yang gemar menyentuh isu sensitif seperti institusi Raja, kedudukan Agama Islam, status Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa Orang Melayu.
Tuan Tulis 1 km juga berharap dengan adanya tindakan tegas daripada kementerian, gejala tidak sihat menggunakan internet untuk menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat diatasi segera.
Tuan Tulis 1 km juga melihat penyalahangunaan dunia siber oleh pihak yang tidak bertanggung jawab turut disumbang oleh kewujudan pasukan tentera siber Red Bean Army yang telah dieksploitasi oleh sebuah parti politik pembangkang.
Pihak kerajaan seharusnya melihat peranan memecahbelah masyarakat oleh kumpulan ini dengan lebih serius dan menjalankan penyiasatan yang terperinci mengenai operasi dan rangkaian mereka.
Justeru Tuan Tulis 1 km menyokong penuh cadangan Gabungan NGO Islam-Melayu supaya satu Suruhanjaya diRaja di tubuhkan bagi menyiasat fenomena Red Bean Army.

Tuesday 5 November 2013

"Jangan bawa budaya assabiyyah"

1. Kita sebagai orang Islam menerima semua ajaran Islam. Tetapi kita tidak dapat faham dengan mudah semua ajaran islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih. Justeru kita terpaksa bergantung kepada orang yang faham untuk terjemaahan dan tafsiran.

2. Mereka ini memang arif kerana mereka mendalami dalam bidang agama, termasuk membaca kitab-kitab tafsir selain dari Al-Quran dan Hadith. Tetapi mereka bukan Nabi. Sebaliknya mereka adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa mereka lemah dan terdedah kepada kemungkinan membuat kesilapan dan kesalahan. Sebab itulah kita dapati perbezaan antara tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh mereka berkenaan perkara yang sama. Kadang-kadang perbezaan tafsiran mereka begitu ketara sehingga mereka dan pengikut mereka sering bermusuh dengan yang lain sehingga membunuh dan berperang. Kita baca berkenaan pengebom Syiah menyerang dan membunuh puak Sunni dan sebaliknya. Demikian juga dengan pengikut-pengikut pentafsir lain, Ahmadiah umpamanya.

3. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam dan ulama yang berlainan.

4. Dinegara kita terdapat Arqam, Ayah Pin umpamanya kerana mengikut ajaran pemimpin. Sekarang mereka menubuh Kelab Isteri Setia yang bertujuan bersaing dengan pelacur. Pengikut As-Shaari dan Ayah Pin amat fanatik kepada mereka iaitu taksub kepada ajaran sesat mereka. Apabila sudah taksub, umat sukar untuk memperbetulkan fahaman mereka. Sesungguhnya mereka adalah golongan Assabiah kerana ketaksuban mereka.

5. Dalam politik juga terdapat kumpulan Assabiah ini. Kerana taksub dengan ajaran pemimpin, mereka tidak lagi menyoal apa sahaja ajaran yang disampaikan. Mereka terima dan telan, bahkan mereka akan bermusuh dengan sesiapa yang tidak percaya dengan ajaran pemimpin mereka.

6. Setelah taksub sebarang penjelasan akan kesilapan dan kesalahan ajaran pemimpin mereka akan ditolak secara buta-tuli. Ini ajaran pemimpin mereka, maka inilah sahaja ajaran yang betul. Jika pemimpin kata yang hitam itu putih maka mereka akan angguk “Ya, itu memang putih”. Demikian puak yang taksub ini, puak assabiah ini. Hidung sudah dicucuk dan di mana diheret mereka turut dan pergi.

7. Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada ajaran pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila pemimpin berkata Islam menyuruh orang Islam berpecah-belah, yang taksub kepadanya akan berkata “Ya, benar Islam menyuruh orang Islam berpecah belah”, seperti kata pemimpin mereka.

8. Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

9. Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata “Kafir! Kafir!”. Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambilkira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

10. Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.

11. Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di negara tercinta ini juga orang Melayu Islam berpecah-belah. Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran. Pemimpin mereka dan cita-cita besar pemimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam. Oleh itu Islam dan ajarannya yang sebenar boleh diketepikan untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada negara Islam dan hukum-hukumnya.

Thursday 31 October 2013

SEJARAH BANGSA MELAYU




Raja-Raja Melayu seperti yang kita ketahui dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Turut di kenali sebagai Raja Rom, banyak tulisan-tulisan sejarah merujuk kepada baginda sebagai asal bermulanya keturunan di raja ini. Setakat mana kebenaran ini, kita perlulah merujuk kepada,

1) Al-Quran, Surah Al-Kahfi
2) Manuskrip Undang-Undang Kedah yang telah dibukukan.
3) Sulalatus Salatin

Al-Quran, Surah Al-Kahfi
Surah Al-Kahfi, Ayat 94
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi, oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
Surah Al-Kahfi, Ayat 95
Dia menjawab: "Kekuasaan dan kekayaan yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu), oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh."
Surah Al-Kahfi, Ayat 96

"Bawalah kepadaku beberapa ketul-ketul besi sehingga ketika besi-besi itu telah menyamai kedua-dua tebing gunung itu dia berkata, Hembuskanlah api! Ketika api itu telah menjadi sebagai api dia berkata pula: Bawakanlah kepadaku hancuran tembaga , supaya ku tuangkan diatasnya."
Menurut sejarah yang diwasiatkan oleh Nik Muhammadiah, atau Sultan Mohammad I Kelantan, peristiwa ini berlaku di negeri China sewaktu Raja Iskandar Zulkarnain sedang meluaskan empayarnya. Nik Muhammadiah adalah seorang ulamak dan turut dikenali sebagai Keramat Tok Lebai. Tak Bai di Thailand adalah gelaran sempena nama baginda.

Sejarah Kelantan mengatakan bahawa baginda mati dibunuh dan tidak mempunyai zuriat adalah karut.  Semua ini hanyalah fitnah demi menutup bukti sejarah, sepertimana kes Pahlawan Mat Kilau yang di katakan telah meninggal dunia tiba-tiba muncul semula memperkenalkan dirinya.

Pada hal waris baginda Sultan Mohammad I Kelantan, Saudara Nik Bahadur Syah masih berada di Kedah hari ini. Berusia sekitar 50-an, bermisai tebal dengan rambut kemas disikat, beliau turut hadir pada hari perjumpaan keluarga Syarif Yang Di Pertuan. Penjajah Inggeris memang menghapuskan bukti sejarah, contoh yang paling jelas apabila William Farquhar cuba meletupkan Kota A Farmosa dahulu. Sekiranya kota tersebut habis diletupkan, bolehkah kita bayang bagaimanakah rupabentuk kota Farmosa itu hari ini?

Setelah diusir oleh tentera Thai yang diketuai oleh anak angkatnya Long Senik, baginda kembali menetap di Kedah (di Alor Pak Ngah) dan menjadi guru agama. Tentera Thai datang mencari beginda, tetapi yang mereka jumpa hanyalah seorang Pak Ngah yang mengajar agama sekolah pondok sahaja. Begitulah perlindungan dari Allah SWT. Ulamak Kedah seperti Haji Naik Kayu, Abdullah Fahim dizaman Sultan Abdul Hamid dahulu adalah juga anak murid baginda.

Inilah yang dikatakan Sultan sebagai pemerintah dan ulamak dizaman dahulu. Baginda kembali ke Kedah kerana baginda adalah dari keturunan Tengku Long Putera, anak saudara Syarif Yang Di Pertuan (anakanda Paduka Seri bongsu, lihat Undang-Undang Kedah). Permaisuri baginda Sultan Mohammad I ialah Datuk Nai Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif Al Fatani yang membesarkan Tunku Badlishah setelah di usir dari istana oleh ayahandanya, Sultan Abdul Hamid.

Menurut wasiat ini, makhluk yang diarahkan menghembuskan api itu ialah makhluk jadian dari Allah SWT iaitu Naga atau dalam bahasa Siam dipanggil Merong atau Nat. Kehebatan makhluk naga ini (hari ini dikatakan mitos) menyebabkan Maharaja China menggunakan makhluk ini sebagai simbol kekuatan kerajaan mereka.

Jubah Maharaja China dengan simbol naga



Laksemana Cheng Ho@Haji Mahmud Syam dengan jubah berlambangkan naga

Mural yang menggambarkan Raja Iskandar Zukarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Cyrrus the Great’. Bersayap untuk terbang? Walau pun 2 orang yang berbeza, bukti-bukti baru lebih memihak kepada ‘Cyrrus the Great’ sebagai Zulkarnain yang di maksudkan dalam Al Quran. Sejarah Melayu pula merujuk kepada ‘Alexander the Great’ sebagai Iskandar Zulkarnain?

Kelebihan Sultan Iskandar Zulkarnain, sebagai anugerah Allah SWT kepada baginda ialah baginda mendapat bantuan Tentera Jin yang ghaib dibawah dua kalimah syahadah membantu baginda dalam setiap peperangan. Mungkin dengan inilah cerita-cerita dari negeri China seringkali mengambarkan kebolehan seni mempertahankan diri berkebolehan untuk terbang, salah satu dari sifat dan kebolehan makhluk jin ini. Tidak ada dalam budaya bangsa lain yang menggambarkan kebolehan sebegitu rupa. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain juga dikatakan dapat memahami setiap bahasa suku kaum yang bertemu dengannya.

Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, ms 49 ada disebut mengenai Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,“..dan pada majlis Raja Iskandar Zulkarnain datang kepada Paduka Seri Sultan yang diatas kerajaan sekarang maka adalah ia iaitu (talan) akan martabat raja pada hal perintahkan segala adat tuannya atas segala menteri itu. Maka dihimpunkan hukum itu diatas sembilan hukum.” Secara ringkasnya kefahaman kami, adat istiadat raja-raja hari ini berasal dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain yang membawa adat istiadat, peradaban dan ketamadunan kepada Sheikh Huang Ti.
Pada masa yang sama kisah Sang Gerdembai bermaksud, Ger-kenderaan, dem-dahulukala, bai-muslim, pasti mempunyai cerita yang tersirat untuk kita hari ini menilai semula kisah-kisah ini. Disamping itu Raja Iskandar Zulkarnain mempunyai dua orang Ketua Panglima Tentera iaitu Nabi Allah Khidir dan Nabi Allah Elias. Semasa kecil pula, selepas tawaf di hadapan Kaabah, Nabi Allah Ibrahim telah memegang bahu baginda dan berdoa kehadrat Allah SWT agar pada suatu hari kelak baginda akan menjadi orang yang terkenal. Inilah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan mempunyai dua tanduk, simbol kekuasaannya keatas Rom dan Parsi.

Shih@Sheikh Huang Ti



Keturunan Raja Iskandar Zulkarnain ini telah membawa kepada Shih atau Sheikh Huang Ti, Maharaja China yang pertama, dimana baginda dikatakan bertindak membakar buku-buku ajaran Confucius. Tindakan ini adalah kerana baginda adalah penganut agama Allah dan dengan itu baginda dilabelkan sebagai seorang maharaja yang kejam. Dikatakan juga bahawa Empayar ‘Chin’ itu berasal dari perkataan Empayar ‘Jin’ sempena nama tentera Iskandar Zulkarnain dahulu.
“During his reign, Shih Huang Ti destroyed the existing feudal
structure and divided the empire into 36 provinces under a centralized
administration. Networks of roads and canals were engineered,
and the major part of the Great Wall was built. Weights, measures,
coins, and written characters were standardized in a quest for
cultural uniformity. Yet this also led to the burning of all
books that diverged from official Chin philosophy and history
.
On his death Shih Huang-ti was buried in great splendor – entombed
among 6,000 terra-cotta soldiers for him to summon in the afterlife.
His autocratic rule and belief in magic had caused such resentment
that the Chin dynasty collapsed four years later, even though
it formed the model for all later dynasties”.

Baginda sebenarnya sudah mengetahui mengenai kehidupan yang kekal abadi. Dengan itu, sebelum meninggal dunia baginda bertindak (tanpa panduan kerana agama Allah belum lengkap) dengan membina askar-askar terracota yang kita boleh lihat hari ini di wilayah Xian dinegeri China. Maklum sajalah, agama Allah ketika itu syariatnya masih belum lagi lengkap sepertimana agama Islam hari ini. Kisah ini diperturunkan kepada setiap maharaja China hinggalah kepada Maharaja Sai Tee Sung. Kedatangan utusan baginda Rasulullah SAW, Saad bin Abi Waqqas adalah bertujuan untuk melengkapkan agama dari Allah SWT sebagai agama yang diredhai olehNya disambut baik oleh Maharaja Sai Tee Sung.

Walau bagaimanapun Sheikh Huang Ti berjaya menyatukan negeri China dibawah satu payong negara. Baginda turut menyambung tugas-tugas membina tembok besar yang pertama, yang di mulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnain dahulu. Tembok ini bukannya tembok besar zaman Dinasti Ming yang kita semua ketahui hari ini.

Diriwayatkan bahawa ketibaan Saad bin Waqas ke negeri China dalam tahun 650 masihi membawa ajaran agama Islam bukanlah merupakan satu kejutan baru kepada Maharaja China Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Menurut wasiat, baginda telah pun mengetahui sejarah agama Islam ini dari mulut nenek moyang mereka yang telah menyampaikan riwayat ini dari satu generasi ke satu generasi.

Manuskrip Undang-Undang Kedah

Manuskrip Undang-Undang Kedah, bukan sebuah hikayat dan ia boleh dijadikan bukti sejarah

Berbeza dengan buku-buku penulisan sejarah lain yang merupakan hikayat, riwayat dan sebagainya, buku Undang-Undang Kedah adalah sebuah manuskrip melayu lama yang merupakan undang-undang diguna pakai oleh raja-raja kita dizaman dahulu. Sebelum pada ini Undang undang ini terdapat dalam pelbagai versi yang bercerai-cerai namun versi ini adalah satu kompilasi yang lengkap. Ia telah di lenyapkan buat seketika (dirampas Inggeris di Kota Bruas) dan digantikan oleh sejarah versi penjajah.
Teks ini telah dipulangkan dalam bentuk mikrofilem daripada perpustakaan School of Oriental and African Studies dengan nombor rujukan MS 40329. Kompilasi yang lengkap bermakna ia adalah satu salinan milik pemerentah atau penguatkuasa undang-undang ketika itu. Setiap tajuk yang disenaraikan dibawah ini tidak bercerai berai malah lengkap bagai sebuah buku.
1. Undang-Undang Pelabuhan. Ia dikatakan menyebut tentang undang-undang pelabuhan Melaka akan tetapi nama tempat yang disebut dalam teks hingga kini masih ada di Kedah atau berhampiran Kedah (ms.13, ms.15, ms.17 dll.).
2. Undang Undang Seri Paduka Tuan
3. Hukum Kanun Datuk Kota Setar
4. Cara membuat Bunga Emas
5. Undang-Undang Hijrah seribu seratus sembilan puluh sembilan
(1199, zaman Syarif Yang Di Pertuan - ms.49)

Disebutkan bahawa majlis yang beradat, digunakan oleh raja-raja kita hari ini bukanlah ciptaan mereka semata-mata. Ia berasal dari majlis Raja Iskandar Zulkarnain lagi. Baginda Raja Iskandar Zulkarnain adalah pengikut agama Allah yakni ahli kitab dari seawal zaman Nabi Ibrahim. Pada majlis yang dimuliakan ini sudah ada jawatan-jawatan dan tanggungjawab resmi yang mewakili pemerentah pada masa itu.
Di zaman dahulukala itu, Raja Iskandar Zulkarnain diberi kelebihan oleh Allah SWT iaitu boleh memahami bahasa setiap daerah yang baginda singgah. Oleh itu penaklukan wilayah baginda menjadi lebih mudah dalam usaha baginda menyerapkan ketamadunan mulia keatas manusia yang sebelum pada itu hidup tanpa arah, liar atau buas.


Di muka surat 33, UUK disebut mengenai lagu Ibrahim Khalilullah yang mana merupakan sebuah lagu yang berasaskan rentak gendang (drum beat) bagi menaikkan semangat tentera untuk pergi berperang (sepertimana rentak marching)


Salalatus Salatin

Menurut Salalatus Salatin pula, Raja Iskandar Zulkarnain setelah menyerang Benua Keling telah berkahwin dengan Puteri Sharul Bariyah puteri kepada Raja Kida Hindi, dikatakan telah menuju ke negeri matahari terbit dari Benua Keling, sudah pasti ke benua China. Malah bangsa China mempunyai makna dalam bahasa Siam. Perkataan Chey-Na bermaksud, ‘datuk-petunjuk’. Sudah pasti ada seorang ketua yang hebat dizaman dahulu, datang memberi petunjuk pada suatu kaum. Di sana baginda telah berperang dengan puak Yakjuj sepertimana tercatat dalam Al Quran, Surah Al Kahfi ayat 94 . Puak Makjuj pula dikatakan telah memelok agama Allah dan membawa kepada bangsa Saimen yang bermaksud, ‘kawasan dia’.
Dalam sejarah bangsa Siam Islam, sebutan nama ke dua-dua bangsa ini sudah pun ada. Mereka disebut seperti berikut, ‘Nya Juj’ dan ‘Ma Juj’. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana negara kita masih lagi ketandusan penyelidikkan mengenai bahasa dan bangsa siam ini.

Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
Setelah itu maka Raja Suran
pun kembali ke benua Keling.
Telah sampailah ke negeri Keling
maka raja Suran pun berbuat
sebuah negeri terlalu besar
kotanya daripada batu hitam
tujuh lapis
serta dengan tebalnya
dan tingginya
sembilan depa
daripada pandainya segal utas berbuat dia itu
tiadalah kelihatan rapatannya lagi
rupanya seperti dituang
pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu
tujuh gunung didalamnya
dan pada sama tengah negeri itu
ada sebuah tasik terlalu luasnya
seperti laut rupanya
jikalau gajah berdiri
diseberang tasik itu
tiada kelihatan dari seberangnya
dan serba ikan dilepaskannya
didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu
ada sebuah pulau terlalu tinggi
sentiasa berasap
seperti disaput embun rupanya
maka diatas pulau itu
ditanaminya pelbagai kayu-kayuan
dan buah-buahan
dan bunga-bungaan
segala yang ada di dunia ini
semuanya adalah disana
dan apabila raja Suran
hendak bermain
kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu
diperbuatnya hutan besar
maka dilepaskannya
segala binatang yang liar
dan apabila raja Suran
hendak berburu atau menjerat gajah
pada hutan itulah ia pergi.

Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh Sultan Mansur Syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
“Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.’’


Hari ini sekiranya kita tidak menetapkan sempadan Benua Keling itu sebagai hanya di India, mungkin kata-kata dalam penulisan ini ada logiknya. Ini adalah kerana sempadan yang ada sekarang ini, dahulunya belum ada dan mungkin di zaman itu, yang dikatakan jajahan Benua Keling itu mungkin jauh lebih besar dari yang kita sangkakan pada hari ini. Malah perkataan In-dia bermaksud, ‘pusat pemerintahan’. Adakah ini ada hubungannya dengan Ayodhia di India yang mana perkataan Ayuthia bermaksud, tempat bersemayamnya raja.

Pengkaji sejarah Islam hari pula, lebih memihak kepada ‘Cyrus the Great’ berbanding ‘Alexander the Great’ dalam mengenali siapa sebenarnya Iskandar Zulkarnain ini. ‘Cyrrus The Great’ dikatakan mempunyai dua tanduk, menunjukkan kekuasaannya di Empayar Rom dan Parsi.

Raja Melayu berasal dari perut bumi?

Benarkah terdapat manusia yang tinggal di dalam perut bumi?



'Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).' (Surah An Anba’ ayat 37)

'My dear King, beneath this earth are seven other planets, known as Atala, Vitala, Sutala, Talatala, Mahatala, Rasatala and Patala..' (Bhagavata Purana 5.24.7)



Edmund Halley (1692) mencadangkan bumi terdiri daripada beberapa sfera didalamnya.



Di dalam Hikayat Sulalatus Salatin di bawah tajuk 'Hendak Mengetahui Isi Laut' itu menceritakan:



#####################################################
Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, "Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupa­nya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya." Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam.

Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada ter­kira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam.

Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun tenggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah SWT dipandang baginda, dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.

Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguh­nya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya ; tetapi mereka itu setengah Islam dan setengah kafir.

Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengarig dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu'l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang mem­bawa baginda itu, "Orang mana ini?" Maka sembah orang itu, "Baru datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu." Maka Raja Aktabu'l-Ard bertanya kepada Raja Suran, "Orang mana kamu ini? dan dari mana kamu datang ke mari ini?" Maka sahut Raja Suran, "Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala ma­nusia, nama Hamba Raja Suran."

Maka Raja Aktabu'l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, "Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?" Maka sahut Raja Suran, "Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya." Setelah Raja Aktabu'l-Ard men­dengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhana 'llahu'l malikul'l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
####################################################



Mengetahui hal ini, Kapten Symmes pada tahun 1818, meminta pihak berkuasa memberinya sebuah geran penyelidikan untuk membuktikan bahawa terdapat laluan untuk ke dalam bumi melalui Kutub Utara.



Perkara yang sama dilakukan oleh Laksamana Byrd pada tahun 1947 apabila beliau tak semena-mena masuk ke dalam bumi semasa melakukan rondaan biasa di Kutub Utara. Beliau menceritakan perihal penduduk di situ.



Di dalam lagenda Hindu tempat ini disebut sebagai Agartha. Dikatakan terdapat beberapa terowong untuk ke tempat ini. Kebanyakannya terdapat di kawasan tinggi.





Persoalan: Mengikut Sejarah Melayu, Seri Nila Pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Seri Nila Utama dan Seri Krishna Pandita.

1) Adakah mereka menaiki pesawat atau permaidani terbang, mendarat di puncak Bukit Siguntang Mahameru? atau
2) Adakah mereka keluar melalui terowong bawah tanah dari Kerajaan Raja Aktabu'l-Ard itu?

Manakala peti berpesawat yang dinaiki Raja Suran itu mungkinkah improved design pesawat UFO? Kerana pesawat sebegini ini boleh terbang dan mendarat secara menegak. Dengan itu, sesuai melalui gua-gua yang terdapat di gunung-ganang.




Zulkarnain Moyang Raja Melayu, metos atau realiti?




Suatu sokongan terhadap pencerahan semula sejarah umat Islam alam Melayu yang banyak digali melalui karya ulung Sulalatus Salatin. Perlu diketahui, keupayaan kaum Melayu merekod masa, tarikh dan insiden sepanjang zaman masih jauh ketinggalan berbanding bangsa Arab pada abad ke-15 dan ke-16. Banyak isu-isu terjawab selepas mampunya kaum melayu membaca tulisan-tulisan tafsir, karya sejarah Islam yang diterjemah daripada bahasa Arab malah melalui kajian ‘time line’ sejarah nusantara.



Usaha mengaitkan jurai keturunan Raja Melayu daripada salasilah Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) boleh dikatakan sebagai usaha yang uruf pada zaman tersebut. Bukan sahaja kaum Melayu Melaka, malah Melayu Kedah, Palembang, Minangkabau (Iskandar dikatakan meninggalkan 3 orang anak), tamadun Islam serata dunia juga cuba mengaitkan raja-raja mereka dengan kehebatan Iskandar Zulkarnain.
Disebabkan orang Melayu menerima riwayat-riwayat Zulkarnain melalui pembelajaran tafsir Surah Al-Kahfi, menyebabkan mereka mencampur-baur 2 individu berbeza iaitu Iskandar Zulkarnain (Alexender) dengan raja Zulkarnain yang soleh menurut tafsiran Islam. Kaum Melayu mendengar kisah Alexender pula melalui kesusasteraan dan hubungan mereka dengan tamadun India Selatan yang telah lama membuat hubungan dengan Yunani/Rom.

Kehilangan besar sumber sejarah Melayu
  • Masalah utama intelektual melayu adalah kehilangan sumber ilmiah mereka akibat kelicikan penjajah.
  • Portugis menyerang Melaka pada 1511 M menyebabkan Sultan Melaka berundur. Banyak khazanah perpustakaan istana musnah.
  • Hikayat Abdullah menceritakan kebakaran kapal The Fame pada 1824 M menyebabkan banyak khazanah penulisan Melayu-Hindu-Arab hilang.
“ dengan tangankulah menyimpan segala kitab-kitab da hikayat-hikayat dan syair, maka sehala kitab yang berjilid sahaja adalah kira-kira 300, maka yang lain bercerai berai dan ada yang bergulungan dan ada yang berhelai-helai maka penuhlah tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa dengan kitab-kitab melayu sahaja. Maka kemudian daripada itu, 2 peti dimuatkan surat-surat dan kitab-kitan Jawa dan Bali danBugis serta….tulisannya dalam daun lontar itu, semuanya 3-4 peti
  • Semasa kebakaran kapal itu, Raffles bertarung nyawa menyelamatkan naskhah Sulatus Salatin untuk mengkaji sejarah Melayu.
  • Negara kita hanya menggunakan Sulatus Salatin edisi W.G Shellabear tahun 1896 M yang diambil daripada Munsyi Mohamad Ali (edisi sekolah, Hang kasturi dikatakan menderhaka) dan Sulalatus Salatin edisi tanpa nama yang menyebut Hang Jebat yang menderhaka.
  • Negara kita belum dapat memperoleh naskhah Sulalatus Salatin versi Raffles Malay 18 yang tersimpan di Royal Asiatic Society, London serta Sulalatus Salatin Cod Or. 1704 yang tersimpan di Universiti Leiden Belanda.
  • Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1528, naskhah asal ini dibawa ke Johor dari Kampar. Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.
  • Tahun 1612, Tun Sri Lanang menyalin semula.

Hubungan India dengan Rom
  • Menurut Prof Rajantheran, Alaric melanggar Rom pada 408 M dan meminta 5000 paun emas, 30000 paun daun perak, 4000 pasang jubah sutera dan 3000 paun lada. Lada hanya didapati oleh Rom melalui India Selatan.
  • Ini membuktikan hubungan erat antara Rom dengan India Selatan terjalin sekian lama. India Selatan juga membaca banyak kisah-kisah Rom sepanjang diplomasi mereka. Maklumat-makalumat tersebut disalurkan pula kepada kaum melayu di Nusantara.

Konsep asas
  • Menurut Sheikh Ahmad Al Fatani dalam Kitab Faridatul Faraid mukasurat 17, wajib kita yakini bahawa Zulkarnain adalah seorang yang soleh dan bukannya Iskandar Ar Rumi.
  • Al Quran dan Hadis Nabi tidak menyebut istilah Iskandarsebaliknya hanya istilah Zulkarnain.
  • Raja Cyrus (Parsi) digambarkan memiliki topi bertanduk (Zulkarnain).
  • Istilah Alexander dikaitkan dengan istilah iskandar dalam bahasa Arab (arabisasi istilah).
  • Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullahu dalam Fathul Bari yang dimaksud Al-Qur’an, Zulqarnain adalah seorang soleh yang hidup di masa Nabi Ibrahim ‘Alaihi salam.
  • Diriwayatkan dari jalan ‘Atha` dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya Dzulqarnain masuk ke Masjidil Haram lalu mengucapkan salam kepada Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan menjabat tangan beliau. Dan dikatakan bahawa Zulkarnain orang yang pertama kali melakukan jabat tangan.
  • Majoriti Ulama’ ahli sunnah menolak Alexender (Iskandar) sebagai Zulkarnain contoh: Imam Fakhruzrazi, Ibnu Taimiyah, Ibnu Hajar Asqalani.

Siapa Alexander The Great Yunani/Rom 356 BC-323 BC
  • Alexander Agung atau Iskandar Agung (Alexander III dari Empayar Macedonia dikenali sebagai Megas Alexandros; Julai 356 SM - 10 Jun 323 SM)
  • Selepas penyatuan kesemua negara kota Yunani di bawah pemerintahan ayahandanya, Philip II dari Macedonia, (suatu tugas yang Alexander terpaksa ulangi kerana orang Yunani selatan memberontak selepas kematian Philip), Beliau menakluk Empayar Parsi, termasuklah Anatolia, Syria, Phoenicia, Gaza, Mesir, Bactria, serta Mesopotamia, dan memperluaskan sempadan empayarnya sehingga kawasan Punjab.

Qurush/Cyrus I (576 BC – 530 BC) mungkin adalahZulkarnain
Hasil kajian Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa Zulkarnain adalah Alexander The Great.
Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung ( 576 BC – 530 BC) iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:
  • Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.
  • Menurut Al-Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Alexander The Great) yang menakluki sebahagian besar Eropah dan Asia.
  • Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Alexander The Great mempunyai banyak dewa-dewi.
  • Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian/yajuj Ma’juj) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah berhampiran Balkan.
  • Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika itu.
  • Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan. Cyrus, sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi. Tetapi Alexander masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.
  • Keperibadian Alexander juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai kekasihnya.
  • Akn tetapi jika Cyrus adalah Zulkarnain musthil ia bertemu Nabi Ibrahim yang jauh lebih awal zamannya. Mungkin riwayat Zulkarnain bertemu Nabi Ibrahim tidak benar.

Siapa Raja Qurush/Cyrus?
  • Qurush Yang Agung (c. 600 SM atau 576 – Ogos 530 SM atau 529 SM), juga dikenali sebagai Cyrus II dari Parsi dan Cyrus Orang Tua, merupakan Shāhanshāh (Maharaja) Parsi yang pertama. Baginda merupakan pengasas Empayar Parsi di bawah empayar dinasti Achaemenid sebuah empayar dunia pertama yang mempunyai sejarah penting dan mungkin yang paling kaya dan menggagumkan di dalam sejarah.
  • Tempoh pemerintahan Raja Kurus berlangsung selama 20 hingga 30 tahun menakluk Empayar Media, Empayar Lydia dan kemudian Empayar Neo-Babylon

Penindihan sempadan-sempadan negara moden, Empayar Achaemenid di bawah pemerintahan Raja Kurus terbentang dari Turki, Palestin dan Armenia di barat sehingga ke Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Sungai Indus di timur. Parsi menjadi empayar terbesar di dunia.

Alexender pernah dikalahkan oleh Raja Chola India Selatan
· Alexander the Great dari negeri Makedonia Yunani. Baginda pernah menakluk seluruh Asia Tengah dan Timur Tengah hingga menganjur ke Utara India.
· Dalam Sejarah melayu tiada langsung nama Raja Chola disebut sedangkan Alexender The Great dikalahkan oleh Raja Chola.
· Sebaliknya Sejarah Melayu nyatakan Raja Chola sebagai Raja Suran cucu-cicit Iskandar Rom (Alexender) Kehebatan Raja Chola menyebabkan penglipurlara melayu mengaitkannya dengan kehebatan Zulkarnain dalam cerita Islam dan dikaitkan pula dengan Alexander Rom keranahubungan erat India-Rom menghasilkan berita bahawa Raja iskandar ialah Alexender The Great Yunani (Tamadun sebelum Rom).
· Raja Chola pernah menakluk beberapa daerah di pesisir pantai Semenanjung Tanah Melayu hingga keselatan ke arah Genggayu ( hulu Sungai Johor sekarang) dan mengalahkan Empayar Srivijaya di sekitar abad ke-11 dan 12 Masihi.
· Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kehebatan Raja Chola bukan sahaja menggerunkan Raja Melayu malah pernah mengalahkan Alexender suatu ketika dahulu.

Jalur keturunan Raja Melayu berdasarkan Buku Sejarah Melayu
Perhatikan 90% perbahasan keturunan Iskandar dikatakan berada di benua India. Ternyata pengaruh maklumat dan sastera India dalam penulisan sejarah Melayu cukup kuat.
· Raja Iskandar
 Anak Raja Darab
 Berbangsa Rom
 Berasal dari negeri Makaduniah
 Diberi gelaran Zul-Karnain
 Berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah (anak Raja Kida Hindi di tanah Hindi) dan mendapat seorang anak lelaki
· Nabi Khidir (sepatutnya hidup zaman Nabi Musa)
 Wali Puteri Syahrul-Bariyah dan orang tengah yang menyampaikan hajat Raja Kida Hindi untuk mengahwinkan anaknya dengan Raja Iskandar
· Raja Aristun Syah waladul-malikul-mukarram
 Anak Raja Iskandar
 Hidup 355 tahun
 Mewarisi kerajaan negeri Hindi
 Berkahwin dengan anak raja Turkistan
· Raja Aftus
 Anak Raja Aristun Syah
 Mewarisi kerajaan negeri Hindi selama 120 tahun
 Hilang
 Mempunyai seorang anak lelaki-Raja Sabur
· Raja Aska’inat
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Aftus selama 3 tahun
• Hilang
· Raja Kasdas
 Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Aska’inat selama 12 tahun
 Hilang
· Raja Amtabus
• Anak Raja Sabur
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Kasdas selama 13 tahun
• Hilang
• Mempunyai seorang anak lelaki-Raja Kudar Zakuhun
· Raja Zaman Yus
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Amtabus selama 7 tahun
• Hilang
· Raja Kharu Seka’inat
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Zaman Yus selama 30 tahun
• Hilang
· Raja Arkhad Seka’inat
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Kharu Seka’inat selama 9 tahun
• Hilang
· Raja Kudar Zakuhun
• Anak Raja Amtabus
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Arkhad Seka’inat selama 70 tahun
• Hilang
• Mempunyai seorang anak lelaki-Raja Ardis Mikan
· Raja Nabtayusar
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Kudar Zukuhan selama 40 tahun
• Hilang
· Raja Ardis Mikan
• Mewarisi kerajaan negeri Hindi selepas Raja Nabtayusar
• Berkahwin dengan anak Raja Nusyirwan Adil (raja Masyrik dan Maghrib) dan mendapat seorang anak lelaki-Raja Darmanus
• Kerajaan diturunkan turun temurun kepada anak cucu hingga Tersi Berderas
· Tersi Berderas
• Anak Raja Zaman, cucu Syah Tersi, cicit raja Dermanus
• Berkahwin dengan anak Raja Sulan (raja di negeri Amdan Negara) dan mendapat 3 orang anak lelaki
• Menurut sesetengah riwayat, Raja Sulan adalah daripada anak cucu Raja Nusyirwan Adil, anak Kobat Syahriar (raja Maghrib dan Masyrik)
• Anak pertama bernama Raja Hiran memerintah kerajaan di benua Hindi
• Anak kedua bernama Raja Suran diambil oleh datuknya, Raja Sulan
• Anak ketiga bernama Raja Fandin memerintah kerajaan di benua Turkistan
· Raja Suran
• Mengganti Raja Sulan yang mangkat, memerintah negeri Amdan Negara (mungkin Hamdan di Uzbekistan)
• Dalam perjalanan hendak menyerang China, Raja Suran serang negeri Gangga Negara yang diperintah Raja Gangga Syah Johan (Beruas)
• Raja Suran memenggal kepala Raja Gangga Syah Johan
• Menurut fakta di Muzium Beruas, Gangga Negara diserang Raja Rajendra I (1086M)
• Berkahwin dengan saudara Raja Gangga Syah Johan bernama Puteri Dara Segangga dan mendapat 3 orang anak lelaki-Citram Syah, Paladu Tani dan Nila Manam
• Citram Syah menjadi raja di negeri Candu Kani tetapi membuang diri selepas diberi negeri kecil sedangkan beliau anak yang tua
• Paladu Tani menjadi raja di negeri Amdan Negara
• Nila Manam menjadi raja di Bijaya Negara
• Selepas mengalahkan Gangga Negara, Raja Suran menyerang negeri Langgiu di hulu Sungai Johor yang diperintah oleh Raja Chulan
• Raja Suran berjaya memanah Raja Chulan di dadanya
• Berkahwin dengan anak Raja Chulan bernama Tuan Puteri Onang Kiu dan mendapat seorang anak perempuan-Tuan Puteri Cendani Wasis
• Tuan Puteri Cendani Wasis berkahwin dengan Raja Cu Lan (anak raja China)
• Raja Suran turun ke laut dan jatuh ke dalam bumi bernama Dika yang diperintah Raja Aktabu’l-Ard, kaum Bu Sum
• Berkahwin dengan Tuan Puteri Mahtabu’l-Bahri, anak Raja Aktabu’l-Ard dan mendapat 3 orang anak lelaki bernama Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
• Raja Suran minta raja jin Asmaghiah Peri membuat 3 biji mahkota untuk anak-anaknya supaya ada tanda Raja Iskandar Zulkarnain pada mereka
• Raja jin ambil 3 buah mahkota dari perbendaharaan Raja Sulaiman a.s.
• Sebelum naik semula ke darat, Raja Suran berpesan kepada Raja Aktabu’l-Ard supaya menghantar ketiga-tiga anaknya ke dunia apabila sudah besar supaya mahkota kerajaan Iskandar Zul-Karnain tidak putus
• Setelah anak-anak Raja Suran dewasa, mereka diberi alat kerajaan dan pakaian lengkap anak raja dan mahkota serta seekeor lembu yang amat putih
• 3 anak raja menaiki lembu dan berjalan keluar ke darat (Bukit Si Guntang)
• Mereka dipelihara oleh Wan Empuk dan Wan Malini
• Demang Lebar Daun dengar berita Wan Empuk dan Wan Malini dapat anak raja dari anak cucu Iskandar Zul-Karnain, ambil 3 beradik tersebut ke negeri Palembang dengan menaiki lembu putih
• Nila Utama / Pahlawan digelar Sang SaPurba
• Lembu yang dinaiki memuntah buih, darinya keluar seorang lelaki dan dinamakan Batala (maksudnya orang yang membaca ciri)
• Demang Lebar Daun beri Sang SaPurba kepada Patih Suatang, raja Minangkabau untuk dijadikan raja di alam Minangkabau
• Demang Lebar Daun beri Krisyna Pandita untuk dijadikan raja di Tanjung Pura

Siapa Raja Suran?
· Raja Suran juga sering dikaitkan sebagai Rajendra 1, pemerintah Kerajaan Chola di India Barat.
· Raja Gangga Shah Johan Raja Beruas (Gangga Negara) telah diserang oleh Rajendren Raja Chola I pada 1025 hingga 1026 M. Dalam Sejarah Melayu disebut raja Suranlah yang menyerang Gangga Negara.
· Sebutan Melayunya ‘Suran’, sebutan asal mungkin Suryavarman, Saravanan, Surya, Survan, Sooria.
· Kaitan dengan ‘suria’ iaitu matahari. Maksudnya dia ialah Raja Matahari. Dinasti Matahari ini dipercaya diasaskan oleh Manu di India. Lagenda Hindu menganggap Manu sebagai raja pertama di dunia. Manu ialah anak dewa Surya (Dewa Matahari). Manu mengasaskan kerajaan pertama di India iaitu kerajaan Kosala.
· Rajendran 1 pemerintah kerajaan Chola itu ternyata bukan salah seorang raja Dinasti Matahari kerana Dinasti Matahari ini tamat pada abad ke-4 Sebelum Masihi sedangkan Rajendran 1 menyerang Asia Tenggara sekitar 1000 M.
Kaitkan Raja Melayu dengan Sejarah Zulkarnain; suatu unsur retorik sastera
· Kedah juga mendakwa diasaskan oleh Raja yang berketurunan Iskandar Zulkarnain sedangkan raja tersebut belum menganut Islam (sedangkan Alexander Rom/Yunani yang dianggap moyang raja melayu dianggap Sejarah Melayu sebagai Muslim berimamkan Nabi Ibrahim)
· Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
· Kisah Raja Suran masuk ke dasar laut dengan peti kaca sama seperti epik Alexander The Great yang mengatakan Alexender pernah masuk ke dasar laut juga. Pengaitan ini cuba menguatkan keistimewaan Raja melayu.

Pandangan Hamka Tafsir Al Azhar
· Nama Aristun diambil dari nama Aristotle iaitu guru Alexander The Great
· Riwayat Raja Iskandar Zulkarnain Rom dikaitkan dengan nabi Khidir yang sezaman dengan Nabi Musa sedangkan Iskandar Zulkarnain Rom didakwa bertawaf bersama Nabi Ibrahim di Kaabah. Nabi Ibrahim adalah nenek moyang Nabi Musa!
· Yang dikatakan oleh Ibnu Hajar Asqalani sebagai sezaman dengan nabi Ibrahim adalah Zulkarnain yanhg soleh.
· Sejarah Melayu disalin semula oleh Bendahara paduka Raja Tun Sri Lanang setelah kembali daripada tawanan di Acheh setelah Johor menggantikan Melaka. Beliau susun naskhah yang diperolehi dari Goa pada 1612 M dan tiudak mustahil pelbagai unsur tidak sahih berada dalamnya.
· Ada pengaruh Kitrab Al Insan Al Kamil karangan Sheikh Abdul Karim Al Jaili kitab tasawuf berpengaruh di istana melayu. Sheikh Al Jaili meninggal tahun 1365 M. Kitab ini ada sebut kisah Air Kehidupan (maaul hayat), kisah raja dalam lautan dan sebagainya.







[1] Hikayat Munsyi  Abdullah cetakan 1949 (m/s 203)
[2] Raffles 18, dianggap versi yang pertama diterjemahkan (terjemahan bebas) ke dalam Bahasa Inggeris dan diberi judul Malay Annals. Walau versi yang pertama kali dicetak adalah hasil suntingan Abdullah bin Abdulkadir Munsyi di Singapura tahun 1831, kemudian disusul versi William Shellabear, Namun dari dari versi-versi yang berbahasa Inggeris inilah kembali diterjemahkan, dan lebih dikenal dengan judul Sejarah Melayu. Sementara naskah yang diterjemahkan ke Bahasa Belanda masih tetap menggunakan judul sebagaimana yang ditulis oleh pengarang sebelumnya. Sekitar tahun 1979, judul Sulalatus Salatin kembali digunakan oleh Abdul Samad Ahmad pada versi kompilasinya, yang kemudian diikuti oleh beberapa peneliti berikutnya.
[3] Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Suguh dari Goa India atau Gowa Sulewesi.
[4] Raja barbarian King Alaric I, penguasa kaum Visigoths, tawan Rom barat pada 24 Ogos 410 M.
[5] M. Rajantheran Sejarah Melayu Kesan Hubungan Kebudayaan Melayu dan India, DBP.1999. (m/s 39)
[6] Diasaskan 300-an SM dan tamat 1279. Dinasti Chola sebuah dinasti Tamil Dravidia yang memerintah wilayah di India Selatan sehingga abad ke-13 Masihi. Dinasti tersebut berasal dari lembah subur Sungai Kaveri. Karikala Chola.
[7] Tafsir Al Azhar Jilid 6 Tafsir Surah Kahfi