Wednesday 26 June 2013

Dipayungi Burung

Tuan Tulis


Nama sebenarnya ialah Haji Ismail Bin Hussien dilahirkan dalam keluarga miskin di sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dalam tahun 1860an. Gelaran Tulis diberikan kepadanya kerana asyik masyuknya beliau menyalin kitab-kitab yang dipelajarinya untuk menjimatkan wang. Dari kecil Tuan Tulis sudah kerap merantau sehingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang dengan berjalan kaki sahaja untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abdul Rahman) yang berasal dari Kelantan.

Tuan Tulis bukan setakat menyalin kitab-kitab yang dipelajarinya sahaja, bahkan beliau juga menyalin antaranya Tafsir Jalalain dan 30 juzuk kitab Al-Quran. Pada mulanya kawan-kawan sepengajian memanggil Ismail Tulis kerana gelaran tersebuut diberi oleh gurunya dan beliau juga menjadi jurutulis kepada gurunya, tetapi apabila beliau dewasa dan mula mengajar, orang memanggilnya Tuan Tulis atau Tun Tulis. Kemiskinan membuatkan Tuan Tulis begitu kreatif. Dengan mencampurkan arang para dan getah limau kasturi, dakwat cair sudah terhasil dan boleh digunakan dengan pena daripada bilah segar kabung.

Suatu ketika selepas mengerjakan bendang bersama murid-muridnya, Tuan Tulis menyajikan mereka dengan buah tamar yang masih segar, seolah-olah baru dipetik. Sedangkan tiada sebatang pun pohon tamar yang tumbuh disitu. Selain bersawah beliau juga menternak kerbau tetapi kerbau ternakan Tuan Tulis begitu berdisiplin hingga tidak mahu sama sekali makan padi apalagi pergi sawah orang lain. Kerbau-kerbaunya begitu mengikut kata kerana Tuan Tulis dikatakan pernah memberi amaran, "kamu makan rumput saja, jangan makan padi orang." Disebabkan itu, penduduk di situ memang mengenali kerbau Tuan Tulis dan memang tidak akan memakan padi mereka. Kerbau itu dibiarkan merayau tanpa ditambat dan orang kampung tidak akan menghalau kerbau Tuan Tulis jika masuk ke bendang mereka. Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang.

Suatu hari ketika dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalang lopak air. Beliau berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semut itu melepasi lopak air. Beliau juga tidak sanggup melihat binatang diseksa dikurung dan pernah membeli burung dalam sangkar lalu membebaskannya. Tuan Tulis sendiri memelihara beratus ekor burung merpati tetapi dilepas bebas, diberi makan, minum dan disediakan rumah burung untuk berteduh dan bertelur.

Penulis buku 7 Wali Melayu, saudara Abdul Ghani Said didalam kajiannya menjelaskan pada awal tahun 1900, Tuan Tulis tiba-tiba hilang sewaktu tukang cukurnya masuk kedalam rumah sebentar untuk mengasah pisau cukur. Apabila dia keluar didapatinya Tuan Tulis yang sedang dicukurnya tadi telah tiada. Justeru tidak lama kemudian Tuan Tulis muncul kembali.
"Kemana tuan pergi?"
"Aku ke Mekah, bantu memadamkan kebakaran besar di sana."

Bersama penduduk kampung, Tuan Tulis dapat membina sebuah masjid di Kampung Kuala Talang. Masjid itu siap dibina dalam tahun 1922. Di sinilah dia mengajar, membimbing masyarakat dan berdakwah. Orang mula mengenalinya sebagai alim lagi warak serta seorang wali.

Suatu subuh, sewaktu beliau sedang bertafakur tiba-tiba nyawanya diangkat oleh Allah. Hari kemuncak kegembiraan bagi seorang kekasih Allah menemui Penciptanya itu berlaku sekitar 7.30 pagi pada hari ke sepuluh bulan Ramadhan. Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada tahun 1923 sewaktu berusia 83 tahun. Tetapi pada tahun 1925, berlaku peristiwa benar di mana beliau dikatakan mengubat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah di London. Hubungan mereka rapat kerana Tuan Tulis tinggal berdekatan dengan Istana Sri Menanti di Kuala Pilah. Dalam pertemuan itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu dijampinya dan disapu ke tempat sakit manakala baki air itu diminum Tuanku Muhammad. Selepas itu, baginda beransur sembuh dan kemudian masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu. Apabila keluar, baginda menyedari Tuan Tulis sudah ghaib. Selepas itu barulah baginda sedar sebenarnya wali Allah itu sudah meninggal dunia dua tahun semasa kejadian itu. Beliau cuma hadir secara kerohanian.

Semasa hayatnya Tuan Tulis suka mendampingi kanak-kanak dan bergaul bersama orang-orang jahil dengan tujuan berdakwah. Sentiasa menjadi tempat rujuk masyarakat dan menyelesaikan permasalahan penduduk. Gemar memakai kain pelikat atau seluar jerut, berbaju Melayu atau baju labuh, sentiasa berkopiah. Tuan Tulis tidak meninggalkan zuriat dan harta tetapi mempunyai anak murid yang ramai. Beliau hidup dalam keadaan zuhud, jujur, ikhlas dan sangat kuat beribadat.

Sewaktu jenazahnya diusung ke pusara, beratus-ratus ekor burung merpati peliharaannya memayungi jenazahnya daripada pancaran matahari. Kemudian burung-burung itu pergi entah kemana dan tidak pulang-pulang lagi ke sarang. Jenazahnya dikatakan ghaib secara tiba-tiba semasa diturunkan ke liang lahat.

Tuesday 25 June 2013

CIRI-CIRI WANITA PILIHAN LELAKI

Pertama sekali lelaki memilih wanita yang mempunyai kecantikan fizikal. Boleh dikatakan semua lelaki akan tertarik dan berminat kepada wanita-wanita yang cantik. Cantik bukan sahaja dari bentuk muka tetapi keseluruhan tubuh wanita itu.
Pemilihan wanita berdasarkan ciri ini mencetuskan beberapa implikasi yang tertentu. Biasanya apabila seseorang itu dilamun cinta, semuanya indah belaka. Tahi gigi rasa macam coklat, air liur basi pun rasa seperti sirap limau. Wanita cantik akan menjadi laris dan sering diburu oleh lelaki. Manakala wanita yang hodoh akan ketinggalan dan tidak diminati.
Tetapi apabila sudah satu atau dua tahun berkahwin barulah dirasakan banyak kekurangan seperti ketiak berbau terlalu busuk, wanita itu dirasakan keras macam kayu ketika bersetubuh, rambutnya yang dahulunya wangi kini berbau masam seperti buah cempedak busuk, pemalas, pengotor dan banyak songel.
Keadaan yang sebegini sering menimbulkan persaingan tidak sihat di antara wanita cantik dan wanita yang tidak cantik. Masing-masing ingin mengatasi di antara satu sama lain sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian dan menjadi individu yang dipilih atau terpilih. Mereka sanggup berbelanja besar semata-mata untuk menjaga kecantikan mereka. Wanita sering menjadi alat dan mangsa pengiklanan barang kosmetik dan pakaian yang menjanjikan ketahanan dan penonjolan serta penyerlahan kecantikan seseorang wanita itu.
Wanita yang menjadi mangsa ini seolah-olah telah terpukau dengan iklan yang begitu hebat dan menarik. Malangnya setelah banyak berbelanja mereka masih tetap tidak cantik dan mereka tidak berpuashati dengan kecantikan yang ada pada diri mereka.
Harus diingatkan bahawa kecantikan tidak terletak pada cara berpakaian atau cara bersolek sahaja. Kecantikan diri seseorang akan datang seiringan dengan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Sikap hidup yang positif serta mempunyai jiwa yang tenang dan damai akan menyerlahkan lagi kejelitaan seseorang wanita itu. Jika mereka membenarkan diri mereka bermesra dengan orang lain, kecantikan mereka mungkin menjadi nyata. Mungkin ada lelaki yang akan tertarik kepada mereka. Terutama kecantikan itu mengikut mata yang memandang. Apa yang dianggap hodoh oleh seseorang mungkin dianggap cantik oleh individu yang lain. Apa yang dianggap tua oleh orang lain mungkin dianggap muda dan kacak atau cantik atau handsome oleh individu yang lain.
Justeru itu wanita tidak sepatutnya mengurung diri semata-mata kerana memikirkan wajah mereka kurang menarik. Kecantikan wajah hanyalah salah satu aspek pemilihan. Banyak aspek lain yang perlu diperhatikan.
Perasaan rendah diri bukan sahaja dialami oleh wanita tidak cantik tetapi juga dialami oleh wanita yang cantik. Menurut Elizabeth Taylor pelakon Hollywood yang terkenal di seluruh dunia kerana kecantikan dan kejelitaannya, ia pernah mengatakan "Seseorang wanita akan kelihatan cantik apabila dia merasai dirinya cantik dan ingin kelihatan cantik". Maka wujudkanlah dalam diri anda kerana itu adalah kurniaan Allah yang semulajadi dan tidak dapat dipertikaikan oleh umat manusia yang lemah lagi daif ini.
Wanita-wanita yang cantik, gebu dan 'bergetah' tetapi masih meragui kecantikan mereka seolah-olah merekalah manusia yang paling hodoh di dunia ini, akan sentiasa membandingkan kecantikan mereka dengan kecantikan wanita-wanita lain. Sehingga mereka menjadi terlalu cemburu terhadap wanita-wanita lain.
Kadangkala cemburu itu terlalu mendalam sehingga mereka sanggup melakukan berbagai fitnah dan cemuhan untuk 'memburukkan' kecantikan wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup mencemarkan maruah wanita yang dicemburui itu.
Berbanding dengan ciri utama lelaki pilihan wanita, ketampanan wajah tidak disenaraikan langsung. Tidak ada tekanan diberikan yang lelaki tersebut mestilah kacak atau 'handsome'. Yang lebih diutamakan ialah pencapaian dalam hidupnya. Kalau dia berjaya dan mencapai kemuncak kerjaya, 'sahamnya' akan meningkat. Lebih tinggi pencapaiannya, akan lebih tinggi lagi harga 'sahamnya', walaupun dia kurang kacak, tampan atau handsome. Yang penting ialah dia telah berjaya dalam hidupnya. Kejayaan dapat memberikan jaminan yang kehidupannya akan kukuh dan berjaya.

Sunday 16 June 2013

Selamat Pengantin Baru

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Natural Painkillers

Monday 10 June 2013

Kiamat Sudah Dekat

Dunia kalau sudah tua. Banyak tanda-tanda mulai terbaca. Semua serba terbalik. Lelaki ingin cantik. Perempuan ingin tampan. Perbuatan dosa dianggap biasa. Urusan ibadah selalu lupa. 
Astafighrullahal’adzim...

Demi Masa...


1 Syaaban 1434

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Wednesday 5 June 2013

Jalan cerita kisah yang panjang... Biar semua tahu adanya... Diri ku kini sendiri...


menghitung hari... detik demi detik... masa kunanti apa kan ada... jalan cerita kisah yang panjang... menghitung hari...


Israk & Mikraj 6 Jun 2013 : Kewajipan Solat

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
 Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Baginda bersabda: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.




Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sej
urus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.(HADIS RIWAYAT MUSLIM)

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

Jika kamu memancing ikan,
setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga,
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang,
setelah ia mulai MENYAYANGI kamu,hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu
saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya, selagi dia masih mengingati kamu.
Jika kamu MENADAH air,
biarlah berpada. Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja.
Kerana apabila ia mulai RETAK, tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula. Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja.
Begitulah juga.
Jika kamu sedang memiliki seseorang, TERIMALAH dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat. Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya. Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja.
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi.
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu.
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi, kamu akan MENYESAL.
Begitulah juga,
jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU dan MENCINTAIMU. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi.
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI. Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA. Itu lebih BERMAKNA!
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang
hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin
sama seperti yang hilang”.