Monday 30 December 2013

The UMNO Worrior, Cyber Ranger ~ Art of War


Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikurniakan Allah S.W.T. selama ini.

Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam Internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah S.W.T. maka pencapaian manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran seperti firman Allah S.W.T.;
''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka bahawa (Islam) itu benar.'' (Surah Al-Fussilat (41), ayat 53).

Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara penduduk mereka.
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
      
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi Internet memungkinkan seseorang menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan. Salah satu penyalahgunaan teknologi internet masakini ialah jenayah siber.
      
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

      
Disebabkan penguatkuasaan undang-undang ini, media massa mampu berfungsi sebagai penyalur maklumat yang tepat kepada masyarakat. Kerana maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah telus. Setiap artikel yang akan diterbitkan harus menjalani beberapa tapisan supaya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak akan menimbulkan perkara-perkara yang negatif tentang kerajaan. Situasi ini menunjukkan bahawa wartawan masih terikat dengan undang-undang dan dikawal daripada memberi maklumat yang salah kepada masyarakat. Jika terdapat wartawan yang melanggar batasan yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
      
Internet dilihat sebagai media alternatif terbaik untuk medium demokrasi yang lebih terbuka. Kerajaan telah menetapkan bahawa tiada penapisan internet yang diperkenalkan dalam Rang Jaminan. Namun begitu, undang-undang tetap dikuatkuasakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang dilihat mampu mengancam negara menerusi penggunaan internet menurut interpretasi pihak kerajaan. Lihat saja, apa yang terjadi kepada blog "Malaysia Today" yang ditutup oleh kerajaan dan kepada pemliknya sendiri iaitu Raja Petra.
Cuma penguatkuasaan undang-undang ke atas internet tidak berapa berkesan kerana sifat internet itu sendiri iaitu bersifat virtual, ketanpanamaan, terbuka dan luas serta susah untuk mengesan individu yang menggunakan internet. Faktor-faktor inilah yang menjadikan internet sebagai ruang demokrasi yang lebih baik di kalangan rakyat berbanding media massa.
      
Malaysia telah telah meletakkan pada asas yang kukuh pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:

(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).
(2) Akta ini mengenai tapisan dalam Internet di bawah Seksyen 3(3)
Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kini komponen komunikasi di keluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).
(3) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Akta ini membolehkan ditubuh sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa pelesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini. Apabila ditubuhkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diletakkan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi. Kini ia diletakkan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beberapa pihak pernah menyarankan supaya komponen komunikasi diletakkan di bawah Kementerian Penerangan.
(4) Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.
(5) Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
(6) Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
(7) Akta Hak Cipta (Pindaan).
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

Menurut kajian, penyalahgunaan Internet di Malaysia meningkat lebih 100 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan sejumlah 2,107 kes dilaporkan berbanding 739 kes pada tahun lalu dan 932 kes pada tahun 2001.

Daripada jumlah catatan tahun, pengiriman spam dikategorikan sebagai sampah Internet (termasuk surat layang) merupakan salah guna yang terbesar dengan 62.8 peratus atau 1,324 kes dilaporkan.

Pada tahun 2002, kes spam yang dilaporkan hanya berjumlah 114, menurut perangkaan Pusat Respons Kecemasan Keselamatan ICT Kebangsaan (NISER). K
es pemalsuan yang antara lain melibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuah organisasi swasta dan awam sepanjang sembilan bulan tahun 2002, berjumlah 20 kes berbanding 16 kes sepanjang tahun 2001.

Kes penyebaran virus dan ugutan menggodam bagi tempoh dalam kajian itu, masing-masing berjumlah 449 kes dan 260 kes berbanding berbanding 367 kes dan 262 kes kes pada tahun 2002. A
ntara faktor yang menyebabkan peningkatan ketara dalam salah guna Internet ialah kesedaran pengguna untuk melaporkannya berbanding membiarkannya sahaja sebelum ini. 
Di samping itu peningkatan penggunaan ICT bagi urusan seperti e-dagang ketika ini berbanding penggunaan Internet sebagai sumber maklumat turut menyumbang kepada peningkatan tersebut.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah pun menutup tirainya.
Alhamdulillah, keputusan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
Majoriti rakyat Malaysia masih yakin akan kredibiliti dan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Satu petanda dan isyarat yang jelas bahawa kaum Cina menolak BN secara total, dianggarkan tidak sampai 10 peratus yang menyokong BN pada PRU-13.

Mereka memberi kepercayaan penuh kepada parti harapan mereka iaitu DAP. Sukar untuk difahami kehendak mereka dan janji-janji yang telah disimpul rapi antara DAP dan kaum Cina itu sendiri. Satu isyarat juga kepada bangsa Melayu untuk kembali bersatu seperti yang telah kaum Cina tunjukkan kepada kita.
Perkara yang amat penting buat BN terutama kepada UMNO dalam membuat analisis dan kaji selidik PRU-13 ialah sokongan kakitangan kerajaan kepada BN.

Perkara ini perlu diambil serius kerana terdapat di kalangan kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang pada PRU-13 telah bertindak agak keterlaluan dan mereka ini saya gelar 'makhluk perosak'.
Makhluk perosak ini amat bahaya kerana mereka bukan sahaja menghasut ahli keluarga dan saudara-mara untuk menyokong pembangkang pada PRU-13 malahan hingga ke peringkat menghasut rakan sekerja dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang kebanyakannya dikutip daripada sumber maklumat internet dan program ceramah pihak pembangkang yang mereka ikuti untuk memburukkan imej majikan mereka iaitu pihak kerajaan.

Ia menular ke seluruh tanah air bagaikan virus yang merebak dalam skala yang besar termasuk di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu Putrajaya. Makhluk perosak ini perlu diberi kaunseling dan nasihat supaya menghentikan segera kerja terkutuk mereka. Sebagai kakitangan awam yang bekerja dengan pihak kerajaan maka mereka tertakluk dengan etika dan peraturan tertentu sebagai penjawat awam.
Mereka ini seperti 'duri dalam daging'. Walaupun PRU-13 telah selesai namun kerja hasutan mereka masih bergerak secara aktif sama ada ditempat kerja mahupun di laman media sosial.

Untuk jangka masa panjang, ia amat berbahaya dan akan memberi kesan secara langsung kepada keputusan PRU-14 akan datang. Jika mereka masih meneruskan kerja terkutuk dengan menabur fitnah untuk memburukkan imej pemimpin dan kerajaan yang memerintah, jalan terbaik untuk mereka ialah ditamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan kerajaan. Beri peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Sebaiknya, makhluk perosak ini berhenti kerja secara terhormat dan bermaruah.

Pihak kerajaan juga perlu menggerakkan kempen kesedaran untuk menyedarkan rakyat Malaysia mengenai gejala fitnah yang berleluasa di internet terutama di laman sosial seperti Facebook. Pihak pembangkang menggunakan internet sebagai senjata paling utama sepanjang kempen PRU-13 berlangsung hingga sekarang. Kempen kesedaran ini amat penting terutama kepada generasi muda bagi menggelakkan mereka terpedaya dengan segala cerita fitnah yang dijajakan.

Tuan Tulis 1 km menyarankan supaya pihak kementerian menguatkuasakan Seksyen 114A Akta Keterangan yang antara lain mampu mencegah seseorang pengguna internet melalui laman sosial daripada menyamar sebagai orang lain di ruang siber.
Pendakwaan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, yang menghina umat di bulan suci Ramadhan Al-Mubarak dengan paparan gambar memakan ‘bak kut the’ sambil mengucap ‘selamat berbuka puasa’ amat dialu-alukan dan seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran bagi mereka yang gemar menyentuh isu sensitif seperti institusi Raja, kedudukan Agama Islam, status Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa Orang Melayu.
Tuan Tulis 1 km juga berharap dengan adanya tindakan tegas daripada kementerian, gejala tidak sihat menggunakan internet untuk menimbulkan perasaan tidak senang hati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dapat diatasi segera.
Tuan Tulis 1 km juga melihat penyalahangunaan dunia siber oleh pihak yang tidak bertanggung jawab turut disumbang oleh kewujudan pasukan tentera siber Red Bean Army yang telah dieksploitasi oleh sebuah parti politik pembangkang.
Pihak kerajaan seharusnya melihat peranan memecahbelah masyarakat oleh kumpulan ini dengan lebih serius dan menjalankan penyiasatan yang terperinci mengenai operasi dan rangkaian mereka.
Justeru Tuan Tulis 1 km menyokong penuh cadangan Gabungan NGO Islam-Melayu supaya satu Suruhanjaya diRaja di tubuhkan bagi menyiasat fenomena Red Bean Army.