Monday 29 July 2013

When Tun Dr Mahathir Speak About Chinese Politics In These Times

AS more young Chinese grow up without the experience of British rule, they are not able to appreciate their gains upon independence.

They were, therefore, easily influenced by DAP’s argument that the Chinese had gained nothing from independence.

They did not see any benefit from the role of the coalition of Chinese, Malays and others upon independence. The believe in the merit of meritocracy, in the ablest and the most qualified taking all. But under the British, the Chinese were not allowed to go beyond becoming petty traders and shopkeepers in towns and rural areas.

All the big businesses were monopolised by British firms. Companies, such as Mansfield, Sime Darby, Scott and English, London Tin, Straits Steamship Co, giant plantation companies, importers, exporters and trading houses were all British. As for government procurement, all had to be through the crown agents. Banks, especially those carrying government accounts were all British. Only OCBC and Ban Hin Lee Bank (a small bank) were Chinese owned. They did not do much business with the government.

Upon independence, however, no limits were placed on Chinese business expansion. True, some of the European firms and businesses were acquired by the government, but the rest were either acquired by the Chinese or new Chinese companies replaced the British firms in all areas of business. Chinese companies grew by leaps and bounds.

Agencies and dealerships of imported goods accrued to Chinese firms largely. Banking licences were given to the Chinese. Most government contracts for constructions and services also went to Chinese firms. Construction and development of housing estates and business premises were dominated by Chinese companies. Independence has clearly benefited the Chinese much. 

Towns and cities grew because of the dynamism of the Chinese. Even when government contracts went to Bumiputeras under the New Economic Policy, sub-contracts and supplies went to Chinese enterprises.

So successful were the Chinese under the Barisan Nasional “kongsi” government that they can now venture abroad, buying foreign companies, setting up businesses and undertaking contracts all over the world, especially after Malaysia became better known internationally.

Chinese Malaysians became millionaires and billionaires after making their first million in Malaysia.
The Chinese are not well-represented in the government administration. This is simply because the Chinese see limited opportunities as salaried workers. Even when they join government service, they tend to leave early to go into business. There is a distinct dislike for the uniformed services.

The average income of the Chinese after Merdeka is far higher than the average national income. The poverty rate is also lower than the national rate. The Chinese have their own colleges and universities. Many of the private educational institutions at all levels are Chinese-owned and this includes private universities. Most of the students in these private institutions are Chinese.

To say that the Chinese have gained nothing from independence and the “kongsi” government in which MCA is the second most senior partner is to deny the reality in Malaysia. We are not practising meritocracy simply because it will create great disparities between the rich and the poor as well as between the different races.

DAP ignores all these and keeps on painting MCA as the lackeys of the Malays. This is racist in the extreme. In the cabinet, MCA leaders sit on the right side of the prime minister. The prime minister is a Malay simply because the Malay party, Umno, is the biggest party in the coalition.

The Constitution does not preclude the Chinese from being prime minister but it must be with the support of the majority of the people. DAP, by undermining MCA is what causes the Chinese representation in the government to be weak. Without DAP, MCA is likely to garner more seats in Parliament and in the government.

Whatever, the “kongsi” government has benefited Malaysia greatly. It has brought peace and stability without which economic growth and development would not be possible. It is unthinkable for any race, Chinese or Malay, to take everything for themselves, to dominate the economy as well as the politics of Malaysia.

But, nevertheless, DAP believes and strives to make a Singapore out of Malaysia where the Chinese wield political as well as economic power.

Battered, accused of being lackeys of Umno, MCA has gradually lost the support of the Chinese. It is now but a shadow of its former self. And with its weakening, the idea of sharing with the Malays political and economic power has become insupportable.

For more than half a century of independence, the Chinese have shared wealth and power with the Malays. The idea of a Singapore-like Malaysia seems tempting and Penang has shown the way.

The dilemma for the Chinese is whether to make a grab for political power while dominating economic power or to adhere to the principle of sharing which has made this country what it is today. That is the Chinese dilemma.- New Straits Times

Sunday 28 July 2013

Filem The New Village Mengangkat Komunis Sebagai Pejuang Kemerdekaan?

Kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yaitu rakaman sejarah negara dan dijadual akan ditayangkan pada 22 Ogos 2013.
Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan British.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini, maka jelaslah Pengarah Filem mempunyai niat untuk mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.
The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklumat kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.
Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Bagaimanapun Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia menganggap komunis adalah pejuang kemerdekaan. Akan tetapi tiada siapa pun ysng mempersoalkan apakah kelulusan Mat Sabu untuk membuat tafsiran sedemikian.
Komunis bukanlah pejuang kemerdekaan, kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China dan bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis, menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin dan bukan bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai terhadap filem ini. Ini bermakna filem orang Cina Malaysia ini adalah untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.
Sejarah Kampung Baru
Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan. Bagaimanapun ada di antara orang-orang Cina ini bersimpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.
Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan Tanah Melayu.
Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina ke kawasan-kawasan seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi mereka maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya pemindahan penduduk Cina ke kampung-kampung baru adalah semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru ini selain diberi tempat tinggal, banyak kemudahan lain disediakan seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta bekalan elektrik dan juga bekalan air paip.
Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis ini.
Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi).

Thursday 25 July 2013

Between Nuzul Quran And Laylatul Qadr


The Nuzul Quran event is recorded in the history of the life of Prophet Muhammad PBUH, the day of the first biggest Wahy or Revelation sent to humanity upon Prophet Muhammad. Since then it continues by stages for 23 years until it is completed as the Quran we know today. Nuzul Quran is recorded happened on the night of Friday, 17th Ramadan, 41st year of the life of Prophet Muhammad. 'Nuzul' means down or move from above to down. When it is mentioned that the Quran is the greatest miracle ever sent to Muhammad it means a lot to Muslims, especially to those who do the serious deepening into the secrets of Islam.
Al Quran means reading or assembly. Accumulated therein are verses that cover a lot of things about faith, worship, jurisprudence, science, technology and so on. There is everything in the Quran. Nothing left out.
"And all the beasts on loand and flying birds have different communities, just as you (people) do. Nothing is left without a mention in the Book. They will all be brought into the presence of their Lord." Al-An'am:38

Al Quran is the guidance, mercy, healing, light, criterion and explanation for human. The content of Quran is true. The Quran also known as Al-Nur which means light, Al-Furqan means as distinguish between right and wrong and Al-Zikr meant is to give a warning.
In the recorded history of Prophet Muhammad, the first verses of Quran that has been sent to him through the angle Jibreel was the five verses from Sura Al-Alaq;
"Read in the name of your Lord who created (all things). He created man from clot of blood. Recite! Your Lord is the most honourable One. Who, taught the human being, by the pen. He taught the human being what they did not know."Al-'Alaq:1-5

The Relationship Between Nuzul Quran and Laylatul Qadr
Laylat al-Qadr variously rendered in English as the Night of Destiny, Night of Power, Night of Value, the Night of Decree or Night of Measures. The night usually occurs between 10 remaining days of Ramadan. It is a night of miracle which better than a thousand month.
Nuzul Quran significantly happened on the Laylat al-Qadr.
"We revealed the Quran on the Night of Destiny. Would that you knew what the Night of Destiny is! (Worship) on the Night of Destinyis better than (worship) for a thousand month. On this Night,the angels and the spirit descend by the permission of their Lord with His decree (to determine everyone's destiny). This night is all peace until the break of dawn."Al-Qadr:1-5

Sunday 14 July 2013

Bahaya Pluralisme : Kesimpulan

Secara dasarnya AGENDA PLURALISME AGAMA telah berkembang di dalam negara kita melalui pelbagai idea dan perspektif yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu. Namun begitu, kita haruslah merujuk kepada perspektif Islam di mana manusia diajar supaya beriman dan menyembah Allah S.W.T sahaja dan bukan tuhan-tuhan yang lain selainNya (Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa’ (21): 25, Surah Al-A’raaf (7): 59,73, dan Surah Al-Ikhlas (112):1-4). Ini selaras dengan maksud yang dilafazkan dalam ungkapan syahadah Tiada tuhan lain selain Allah. 

Maka prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam konteks agama majmuk ini adalah bahawa Islam sahaja agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sepanjang sejarah kronologi umat manusia(Al-Quran, Surah Ali Imran (3):1). 
Namun begitu, Islam tetap mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dan sistem kepercayaan lain di alam ini. Malahan Islam memberi kebebasan beragama kepada manusia (Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2):256).

Namun dari perspektif kebenaran, hanya Islam merupakan agama yang benar dan satu-satunya agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia. Sebab itulah, Allah S.W.T tidak akan sekali-kali menerima agama lain selain Islam berdasarkan kepada firmanNya dalam Al-Quran, yang bermaksud: 

"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterimadaripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Ali-Imran, ayat 85)

Orang Islam pula diajar supaya mengambil pendirian dan berkata seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, yang bermaksud:

"Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, an bagiku agamaku". (Al-Kafirun, ayat 1-6)

Kesimpulan
1. Pengiktirafan dan toleransi yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap agama-agama lain tidak sama sekali bermaksud ISLAM TURUT MENGIKTIRAF AGAMA-AGAMA LAIN SEBAGAI JALAN YANG BENAR.

2. Hujah-Hujah dari golongan sufi, seperti Syed Hossein Nasr, Jaluddin al-Rumi , Ibn Arabi, dan sebagainya perlu dilihat dengan lebih mendalam. Ini kerana, seperti yang kita maklum, pemahaman dan pandangan dari sudut sufi berbeza dan tidak boleh dinilai dengan menggunaan logik oleh orang awam. Anologinya, Seyyed Hossein Nasr (ahli sufi moden yang menyokong Pluralisme Agama) menegaskan bahawa kefahaman berkaitan Pluralisme Agama khususnya yang dimaksudkan dalam peringkat persamaan agama di peringkat “esoteric” ini adalah bersifat elitism (tidak dimaksudkan kepada semua orang). Ia adalah hanya kepada mereka yang memiliki kemampuan tertentu untuk membiasakan diri dan memahami dari dimensi “esoteric” (dalaman sesuatu agama). Ini menunjukkan Nasr juga menekankan dan mendakwa bahawa hujah dan pemahaman dalam hal ini adalah boleh digunakan dan diterima oleh golongan tertentu (para pengkaji kerohanian) ( Adnan Aslan 1994:115-116).

3. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendalah berhati-hati dengan pemahaman Pluralisme Agama ini kerana secara tidak langsung pada masa ini ia banyak mengancam akidah umat Islamitu sendiri termasuk di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak (Sila rujuk tuntutan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan hak keistimewaan agama Islam).

4. Senario yang lebih mengkhuatirkan masa kini ialah terdapat sebahagian pendukung fahaman ini adalah terdiri dari golongan Intelektual Muslimsendiri. Justeru itu, setiap hujah yang digunakan atau digunakan khususnya dalam hal keagamaan mesti kembali dinilai kepada al-Quran dan al-Sunnah dan golongan yang diberikan kuasa dalam hal ini.

5. Perlu diingat, Islam bukan agama yang Jumud dan bersifat mengongkong. Sebaliknya kita harus mengambil perhatian bahawa di dalam ajaran Islam, ada perkara yang thabat (tetap) dan ada yg murunah. Jadi tidak semua boleh diubah suai ikut peredaran zaman sesuka hati dan perubahan yang hendak dilakukan mesti selaras dengan kaedah dan syarat dalam ajaran Islam itu sendiri.

Bahaya Pluralisme : Pandangan Islam Terhadap Pluralisme

Propaganda fahaman pluralisme agama yang semakin hari semakin hebat telah dilakukan di negera-negara Islam merupakan masalah serius yang perlu ditanggani secara serius. Adalah penting bagi setiap orang Islam untuk mengetahui agenda dan hala tuju hendak ke manakah pluralisme agama itu sebenarnya. Namun begitu, adalah lebih afdal lagi jika orang Islam lebihmemberikan tumpuan untuk memahami dan mendalami ajaran Islam khususnya yang berkaitan dengan status agama-agama lain. Menurut Dr. Syamsuddin Arif (2010) terdapat beberapa pandangan Islam telah diberikan kepada PLURALISME AGAMA. 

● Pertama, dalam aqidah Islam telah disepakati oleh semua kaum Muslimin bahawa tidak ada di muka bumi ini suatu agama yang benar kecuali agamaIslam, yang ajarannya membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 85:

“Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

● Kedua, hukumnya menyakini bahawa setiap orang bukan Islam (non-Muslim), sama ada dia itu Yahudi, Nasrani dan selain mereka itu adalah KAFIR dan bakal jadi penghuni NERAKA, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Bayyinah ayat 1 dan 6:

“Orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik itu tidak akan meninggalkan agamanya sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata. …Sedang orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) keneraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya mahluk”.

● Tambahan pula terdapat hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Demi Dia yang jiwaku ada di TanganNya, tidak seorangpun dari umat manusia yang mendengar (seruan) ku, Yahudi maupun Nasrani, kemudian mati dan belum/tidak beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia menjadi penghuni neraka”.

● Ketiga, WAJIB hukumnya bagi seorang Muslim menyakini bahawa Taurat dan Injil itu telahdimansuhkan oleh al-Quran al-Karim, dan bahawa kedua kitab tersebut telah diubah, diselewengkan, ditambah dan dikurangi, sebagaimana jelas diterangkan di dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 13:

“Namun karena mereka melanggar janji, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka memindahkan firman Allah dari tempat-tempatnya, dan mereka juga melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya".

● Terakhir, berdasarkan prinsip-prinsip ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di atas, maka propaganda pluralisme agama, pendekatan agama-agama dan peleburan agama-agama adalah amat halus. Tujuannya mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil, merosak sendi-sendi ajaran Islam, dan menyeret pemeluknya ke arah permurtadan. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat  217:

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) andai kata mereka mampu”.

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 89:

“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafirsebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)".

Dapat kita simpulkan bahawa Pluralisme Agama itu suatu doktrin, ajaran, ideologi, aqidah, keyakinan dan cara hidup yang mengakui semua agama adalah sama dan setara, sama benar, otentik, valid, dan merupakan jalan keselamatan yang baik.Maka terang sekali bahawa pluralisme ini tidak mungkin diterima oleh orang Muslim kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang tertera di dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah/Hadis Rasulullah S.A.W.

Bahaya Pluralisme : Kesan dan Implikasi Fahaman

Secara umumnya, ‘Malaysia’ adalah sebuah negara yang menjunjung tinggi agama Islam sebagai agama rasmi. Merujuk kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, kalimah Islam adalah syahadah rasmi yang telah pun dilafazkan ketika Islam mula bertapak di negara kita. Manakala kalimah ‘Malaysia’ pula adalah berakar-umbikan daripada kalimah pokok iaitu kalimah ‘Melayu’ seperti yang dibuktikan dalam panggilan nama asal negara ini iaitu ‘Tanah Melayu’ atau ‘Kepulauan Melayu’.

Panggilan ini diberikan kerana memang tanah dan kepulauan rantau ini adalah didiami oleh penduduk asalnya iaitu kaum Melayu. Fenomena ini juga terjadi di negara lain seperti benua India, Afrika, Tanah Arab dan Tanah Besar Cina semuanya adalah didiami oleh kaum penduduk asalnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini kerana Malaysia berbeza dengan Australia, Amerika Syarikat atau Singapura. Adalah kurang bermanfaat malah merbahaya kalau Malaysia hendak mengikut acuan atau model yang tidak serasi dengan hakikat dirinya yang sudah memiliki sistem sosial dan syariat sediada.

Kini adalah jelas kepada kita bahawa dengan kewujudan aliran fahaman Pluralisme Agama yang terbukti menyeleweng daripada asas-asas dan landasan ajaran Islam. Maka wajarlah kita meneliti kesan dan implikasinya terhadap keharmonian dan keselamatan negara dalam konteks Malaysia secara khusus. 

Implikasi Aqidah
Pluralisme Agama sangat berpotensi untuk menghakis kemurnian aqidah para penganut Islam di Malaysia secara sedar mahupun tidak. Pluralisme Agama jugamembuka pintu kepada kesyirikan dan kekufuran. Jika sudut aqidah umat Islam sudah terkompromi maka sebenarnya keseluruhan jati diri keagamaan umat itu sendiri sudah tergadai. Dalam hal ini Allah SWT sangat tegas dalam perkara yang melibatkan soal aqidah berbanding aspek lain.

Bercakap tentang Islam di Malaysia, walaupun kita sedar bahawa masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu ditampung tetapi menjaga kemurnian aqidah serta bertegas terhadap penyelewengan aqidah adalah antara aspek diberi lebih perhatian. Sejak daripada kes Natrah lagi hinggalah ke kes Nuraishah Bokhari, Azlina Jailani (Lina Joy), kes-kes murtad yang sampai ke pengetahuan umum akan menarik reaksi agresif masyarakat Islam.

Di suatu sudut yang lain, fahaman-fahaman aqidah atas nama Islam yang menyeleweng turut dikekang dan tidak diberikan kebebasan untuk berkembang-biak. Orang awam di kalangan umat Islam sendiri sangat sensitif dan takut dengan ajaran sesat. Namun begitu ianya amat berbeza jika dibandingkan Pluralisme Agama di mana ia adalah suatu fahaman yang datang dalam bentuk yang halus serta ditonjolkan imej fahaman Islam yang lebih moden dan progresif. Oleh itu mungkin sahaja seseorang itu sudah terjerumus ke dalamnya tanpa menyedari atau tanpa merasakan bahawa ianya suatu yang salah. 

Implikasi Keutuhan Umat
Jika kita sudah kompromi dalam bab aqidah maka umat Islam sudah menghakis keutuhan umatnya dan menempah kebinasaan meskipun mungkin kesan zahirnya tidak terus kelihatan. Tetapi, lambat laun fahaman Pluralisme Agama akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di kalangan umat Islam.

Setidak-tidaknya akan mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama Islam dalam bab aqidah yang dititik-beratkan oleh orang-orang Islam. Ini adalah kerana adalah mustahil untuk umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas satu kesesatan seumpama Pluralisme Agama. Maka umat Islam akan berpecah kepada dua puak yang mempunyai tahap perselisihannya itu lebih buruk berbanding dengan perselisihan politik kepartian. Malahan ia juga akan penyokong parti politik yang sama pun boleh jadi sakit hati dan berpecah belah akibat Pluralisme Agama. Perpecahan adalah antara punca utama kelemahan dan kemunduran umat Islam yang tak mampu kita tanggung dalam realiti Malaysia. 

Implikasi Sosio-politik
Susulan daripada masalah implikasi agama dan kefahaman, Pluralisme Agama juga akan membawa kesan akibat buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam. Ia terbukti apabila umat Islam di Malaysia tidak lagi sensitif dan peduli terhadap ajaran agama Islam di mana jati diri dan aqidah dapat dicairkan melalui faham ini. Secara tidak langsung kepercayaan beragama sebagai salah satu benteng paling kukuh bagi formula sosio-politik di Malaysia juga akan mudah dirobohkan.

Pengkaji sosio-politik yang insaf akan mengakui bahawa sepanjang sejarah negara, agama menjadi antara faktor utama di sebalik kekukuhan kedudukan umat Islam di negara ini. Keteguhan umat Islam sebagai umat teras dalam masyarakat berbilang kaum dan agama pula menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya kestabilan dan keharmonian agama.“MERUNGKAI FORMULA YANG SUDAH TERBUKTI INI BERERTI MERUNGKAI IKATAN YANG SELAMA INI MENGIKAT KESEBATIAN MASYARAKAT”. 

Pluralisme Agama adalah suatu tikaman ke jantung negara dan bangsa kerana Islam dan keIslaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan bangsa Melayu sebagai bangsa terasnya. Oleh itu, jika Pluralisme Agama tidak dirasakan terlalu beracun atau berbisa dalam konteks negara lain, tetapi di Malaysia ia adalahracun yang membunuh.

Saturday 13 July 2013

Bahaya Pluralisme : Pengaruh Pluralisme Agama di Malaysia

Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul.

Anologinya, pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC (Interfaith Commission). IFC ini merupakan satu suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain. Ia boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau sebagai satu badan berkanun seakan-akan satu badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singh kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Antara tuntutan yang dilakukan ialah:

- Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.

- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan olehMahkamah Sivil.

- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

- Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

- Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan.

- Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Apa yang dikhuatirkan ialah idea dan tuntutan dari wakil pelbagai agama ini juga disokong oleh sesetengah umat Islam yang berpendapat bahawa hal ini selaras dengan prinsip toleransi dan hukum demokrasi, ini secara tidak langsung menunjukkan wujudnya sokongan dan usaha untuk memperjuangkan gagasan pluralisme agama oleh sesetengah umat Islam di Malaysia.

Selain itu, idea pluralisme agama ini juga dilihat mula wujud di dalam Filem-Filem Melayu. Anologinya, filem Sepet jelas cuba menggambarkan kehidupan seorang yang berfahaman liberal dan plural. Perkahwinan di antara seorang wanita Melayu muslim dengan lelaki Cina bukan Islam dianggap biasa. Hal yang sama juga berlaku dalam filem Gubra, mesej yang cuba disampaikan ialah agama adalah agenda individu. Terdapat agenda interfaith dalam filem Gubra iaitu watak munajat seorang bekas pelacur berganti watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan Cina. Mesej halus yang mungkin cuba disampaikan ialah semua agama menawarkan kebenaran.   

Nota : “Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“. (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)

Tuesday 9 July 2013

Selamat Ulangtahun Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 88 Tahun! Semoga Allah SWT terus memberi rahmat dan keberkatan kepada beliau dan juga kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ~ "Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah."

SIAPA TIPU SIAPA
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on February 13, 2013

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.


5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11.  Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.


FITNAH
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on February 25, 2013


1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

5. Jika mereka berjaya samada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri.

6. Petronas tidak memberi peluang kepada anak saya sahaja apabila saya menjadi penasihatnya. Orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

7. Sebenarnya tidak ada kontrak yang diberi Petronas kepada anak saya sehinggalah perusahaannya maju kerana kerja-kerja yang diberi oleh pihak lain.

8. Walaupun saya digelar sebagai penasihat Petronas, saya tidak memberi apa-apa nasihat. Petronas diletak di bawah Perdana Menteri dan P.M.lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya.

9. Berkenaan dengan kontrak yang baru yang diberi kepada anak saya, Presiden Petronas cuma memberitahu saya selepas kontrak diberi. Saya tidak sama sekali terlibat dengan keputusan yang dibuat. Saya sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Quran bahawa saya tidak ambil bahagian sama sekali dengan pemberian kontrak kepada anak saya.

10. Sebaliknya Anwar, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden. Kemudian dia juga yang pilih isterinya sebagai calon di Permatang Pauh. Kemudian dia sendiri yang menyuruh isterinya lepas kawasan untuk ditandingi olehnya.

11. Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga yang memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan.

12. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim.

13. Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun.

14. Anak saya Mirzan juga dijadikan sasaran fitnah Anwar. Benar dahulu dia menjadi pengarah San Miguel. Tetapi San Miguel Filipina bukan syarikat bir sahaja tetapi semakin banyak terlibat dalam industri makanan dan petrolium.

15. Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron. Dahulu syarikat ini dikenali sebagai Exxon Mobil dan telah menjadi pembekal minyak ke pesawat terbang di KLIA.

16. Apabila Exxon Mobil diambil alih oleh San Miguel, ia diletak dibawah Petron. Anak saya dilantik sebagai pengarah Petron. Kontrak membekal minyak Exxon Mobil di KLIA diwarisi oleh Petron.

17. Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?

18. Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu.


KONTROVERSI “ALLAH”
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on February 04, 2013


This is a translation of the original article that appeared in this Blog on Jan 31st.

1. Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama dan rakyat boleh mengamalkan agama masing-masing walaupun Islam agama resmi. Secara keseluruhan penduduk yang berlainan agama hidup bersama dengan aman. Kita tidak melihat keganasan antara pengikut yang berlainan agama seperti yang terjadi di Ireland Utara, Lebanon dan benua kecil India.

2. Rakyat Malaysia menghormati agama yang berlainan dan hak mengamal upacara keagamaan masing-masing oleh pengikutnya. Kita mengelak membuat komen mengenai agama orang lain walaupun kita berdebat hebat sesama kita yang menganut agama yang sama.

3. Malangnya sekarang ini kita sedang menghadapi kontroversi berkaitan penggunaan nama Tuhan, “Allah”. Beberapa tahun yang lalu, kontroversi ini diselesaikan apabila diterima bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh terus mengguna kalimah Allah di dalam Kitab Injil dan pengajaran mereka tetapi ini tidak boleh dilakukan di negeri-negeri lain dalam Negara.

4. Malangnya, beberapa ahli politik yang mahu sokongan dari penganut Kristian di Malaysia, mendesak supaya Kitab Injil berbahasa Melayu dibenar mengguna kalimah Allah di seluruh Negara. Seperti yang dijangka, kontroversi ini muncul kembali.

5. Penganut Kristian dan orang Yahudi amat sedar di dalam Kitab Injil, Kitab Lama (Old Testament) dan Kitab Baru (New Testament), Kitab Injil versi King James dan lain-lain versi, kalimah “Allah” tidak pernah diguna sebagai nama Tuhan. Hanya selepas datangnya Islam dan Al Quran barulah dunia mengenali kalimah “Allah” sebagai nama Tuhan.

6. Di dalam usaha mengembang agama Kristian ke dunia yang berbahasa Melayu, paderi-paderi Kristian mengguna kalimah “Allah” dan hanya mereka mengetahui tujuannya. Namun, kalimah “Allah” mengganti nama Tuhan mereka bukan dari sumber-sumber Yahudi atau Kristian.

7. Dikalangan penganut Kristian di Malaysia, kecuali pribumi Sabah dan Sarawak, kalimah “Allah” mengganti perkataan Tuhan tidak pernah diguna. Di dalam banyak keadaan, perkara ini tidak berbangkit kerana khutbah mereka bukan di dalam bahasa Melayu. Jika pun di dalam bahasa Melayu, kalimah “Allah” sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah diguna.

8. Konfrontasi agama membawa akibat yang amat mendalam. Ia boleh membawa kepada keganasan malahan pembunuhan. Negara yang aman ini tidak akan aman jika berlaku keganasan agama.

9. Amat malang Ibrahim Ali mencadang pembakaran Kitab Injil (berbahasa Melayu) yang baru dicetak. Ini mungkin cara menghapus penerbitan yang tidak dikehendaki. Tetapi ia tidak boleh di guna untuk Kitab Injil sebagaimana tidak boleh dilaku ke atas Al Quran.

10. Tetapi apa yang dinyata oleh Ibrahim tidak mewakili UMNO. Malang sekali ada ahli politik yang mengaitkan keduanya untuk meraih keuntungan politik.

11.  Walaupun UMNO percaya kalimah “Allah” hak eksklusif Islam, ia tidak pernah saran pembakaran Kitab Injil berbahasa Melayu yang mengguna kalimah tersebut. Saya menganggap mengait sokongan Ibrahim kepada UMNO bermakna apa yang ia perkatakan disokong oleh UMNO adalah berniat jahat. Ibrahim bukan ahli UMNO. Ia mungkin menyokong UMNO tetapi ia bukan jurucakap UMNO.

12. Umumnya, kita sudah bertahun-tahun hidup aman damai. Negara kita berupaya maju dengan pantas kerana ini. Walaupun kita ada perbezaan politik, kita tidak harus guna perbezaan beragama untuk menang pilihanraya. Ia senjata yang berbahaya dan sesiapa yang menggunanya mungkin akan jadi mangsa senjata berkenaan.

13. Biarlah kontroversi ini diselesai secara tertutup dikalangan orang yang ada sikap bertanggungjawab. Jangan biar kumpulan pelampau mengambil peluang dan mengguna isu-isu agama.

14. Ia mungkin sekatan ke atas kebebasan bersuara tetapi kebebasan, di dalam demokrasi yang liberal pun, ada hadnya jika kita mahu demokrasi diamalkan.

15. Saya merayu kepada semua pihak supaya berhenti menyalah-guna isu ini.


AGAMA POLITIKAs posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on February 04, 2013

Artikel ini telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia Februari 3, 2013

1. Apabila agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya.

2. Kita sedang menyaksi pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan.

3. Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, “Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita”.

4. Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, “Allah bukan ada ‘patent rights’. Siapa pun boleh guna Allah.

5. Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada tahun 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah Alam. Alasannya ialah kerana pihak berkuasa masjid tidak dapat menentukan beliau datang bulan atau tidak. Ratu Elizabeth pada masa itu berumur 64 tahun, kerana seperti saya, baginda lahir pada 1925.

6. Sekarang kerana politik, perempuan bukan Islam yang masih boleh hamil dibenar masuk dalam masjid untuk bersyarah, untuk berjumpa Tok Guru. Wanita Islam tahu bila boleh masuk masjid. Apakah pegawai masjid sudah tentukan keadaan pemimpin wanita bukan Islam ini sebelum membenar dianya masuk masjid. Atau apakah demi undi, yang tidak bersih pun boleh dianggap bersih.

7. Tetapi yang menyedihkan sangat ialah kenyataan Nik Aziz bahawa Nabi adalah orang biasa. Ia menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Oleh itu kenapa perlu kita sambut hari Nabi diperanakan (Maulud Nabi)?

8. Dan Kelantan pun tidak merayakan Maulud Nabi tahun ini.

9. Tetapi saya baca dan lihat gambar Nik Aziz merayakan hari beranaknya di rumah Karpal Singh dengan bersalam dengannya, untuk merayakan hari Thaipusam.

10. Jelaslah bahawa bagi Nik Aziz, Murshidul Am PAS, hari beranaknya boleh dirayakan bersama Karpal Singh. Maulud Nabi bukanlah sesuatu yang perlu kita rayakan.

11. Kalimah Allah sudah diguna untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihanraya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.

12. Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dari dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Murshidul Am PAS mengaku ia mengarut.

13. Soalnya ialah apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, apakah ia kerana Allah S.W.T atau kerana ingin memenangi pilihanraya, ingin jadi Perdana Menteri, ingin pancing undi. Apakah kalimah Allah dijual untuk undi duniawi.

14. Di Malaysia ada hanya Sunni. Tidak ada Syiah. Kita tahu apabila ada Sunnni dan Syiah dalam sesuatu negara maka permusuhan yang ketat akan berlaku sepanjang masa sehingga ramai bunuh-membunuh berlaku antara mereka.

15. Malaysia tidak ada Syiah. Sebelum adanya pilihanraya tidak ada perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia kerana tafsiran Islam yang berbeza. Apabila pilihanraya memberi peluang untuk mendapat jawatan, elaun dan bermacam keuntungan, barulah perpecahan berlaku. Untuk mendapat nikmat duniawi maka agama diperalatkan. Maka mulalah tuduhan bahawa orang UMNO kononya kafir supaya mendapat sokongan orang Melayu lain dalam pilihanraya. Maka berpecahlah orang Islam di Malaysia seperti yang terdapat di negara Islam yang mempunyai Sunni dan Syiah. Maka berlakulah sembahyang dua imam, kubur berasingan dan lain-lain. Maka diheretlah kalimah Allah, Maulud Nabi, sembelihan orang tertentu haram dimakan dan bermacam lagi.

16. Saya percaya dimasa hadapan akan berlaku lebih dari ini. Agama Islam akan lebih dicemar oleh orang Islam sendiri. Jika ini disertai oleh orang bukan islam maka akan berlakulah ketegangan hubungan antara kaum dan rusuhan di Malaysia. Negara yang aman ini akan menjadi seperti negara-negara yang mana penduduk terbahagi kepada Syiah dan Sunni dan lain-lain agama.

17. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih bahaya dari permusuhan kerana agama.

18. Mungkin mereka yang memperalatkan agama akan dimakan oleh agama, W.allahualam



Tuhan pimpinlah daku yang lemah mengharungi segalanya dengan sabar