Wednesday 1 October 2014

Subsidi RON95 & Diesel: Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Malaysia sama ada yang kaya, sederhana dan berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 dan diesel, tapi ramai yang kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklumkan di stesyen-stesyen minyak.

2. Jumlah subsidi kerajaan untuk RON95 dan diesel pada tahun lepas sahaja ialah RM24.8 billion dan tahun ini sekitar RM21-22 billion. Purata RM2 billion sebulan! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80 sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter dan diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran untuk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Malaysia 2.30. Bermakna kerajaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Malaysia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan.

4. Hampir RM2 ribu juta sebulan dibelanjakan untuk subsidi bahan bakar yang tentunya "hangus terbakar". RM2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan orang ramai di 2 ribu kampung dengan harga RM1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dengan harga RM500 juta sebuah. (48 universiti setahun!) Boleh bina 2 ribu kilometer jalan kampung untuk Sabah dan  Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sebab kita beri subsidi untuk RON95 dan diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi RM2 billion sebulan itu? Data yang ada mendapati 70% diguna oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan dan kuasa atau CC kereta lebih besar. Rakyat di kampung-kampung dan  pinggir-pinggir bandar hanya guna motorsikal dan kereta-kerta yang kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin bukan kepada yang kaya. Jadi subsidi diesel dan petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil dan tidak rasional. Dulu ketika minyak murah dan kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma RM2 billion sebulan yang kini RM2 billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat yang boleh diberikan.

7. Maka untuk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kepada rakyat yang lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RM4 billion dan diberi dalam bentuk BR1M yang telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat dan keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita-berita baik yang akan diumumkan oleh YAB PM dalam Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kepada peruntukan yang banyak. Sebahagiannya tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai rakyat yang lebih memerlukan.

9. Malaysia memang negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi, maka kita eksport dan dapat hasil yang lebih kepada negara. Arab Saudi dan USA lebih 1.7 juta tong sehari. Kita negara pengeluar yang ke-27 di dunia. Jadi minyak yang ada di stesyen minyak seluruh negara adalah diimport dan harganya mengikut pasaran dunia.

10. Memang sukar untuk membuat keputusan yang tidak popular. Tapi keputusan itu adalah untuk membetulkan ketidakadilan yang berlaku. Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagih kepada rakyat dengan lebih bersasar dan tepat seperti BRIM yang lebih tinggi jumlahnya dan juga untuk pembangunan luar bandar yang lebih baik.

11. Rakyat di negara kita sekarang ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan dan perubatan, pendidikan, RM100 untuk anak sekolah, RM250 voucher buku. Untuk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan RM200 sebulan, bantuan-bantuan JKM, Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain lagi.

12. Kebajikan yang banyak ini akan diteruskan, malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, untuk membetulkan ke arah yang lebih adil dan rasional, khususnya tentang subsidi minyak secara pukal yang tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman dan kesabaran ramai serta melibatkan banyak pihak. Komitmen kepada kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan.

Wednesday 24 September 2014

High-Frequency Active Auroral Research Program

Pada 12 November 1997, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Law Hieng Ding, mengumumkan Kabinet bersetuju mencuba teknologi angkasa Russia bagi membentuk ribut taufan atau siklon untuk menolak jerebu yang meliputi ruang udara negara ketika itu. Pengumuman agak memeranjatkan itu bukan saja menjadi tajuk utama akhbar tempatan, malah mendapat tempat di beberapa akhbar antarabangsa seperti Wall Street Journal yang turut kagum dengan teknologi diperkatakan Law, walaupun ramai juga yang menganggap ia sebagai gimik untuk menyedapkan hati rakyat.

Tanggapan itu diperkukuhkan lagi apabila Law beberapa hari kemudian mengumumkan pula pembatalan rancangan hebat itu, walaupun beliau sudah menyatakan satu syarikat tempatan akan menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat milik kerajaan Russia bagi membentuk siklon itu.

Seperti berlalunya jerebu yang suatu ketika meliputi ruang udara negara sehingga mencemaskan rakyat, begitu juga berlalunya laporan pengumuman Law yang menakjubkan itu. Apabila ruang udara Malaysia kembali cerah, segala kontroversi berhubung usaha menangani jerebu itu hilang begitu saja. 

Namun, sehari selepas gempa bumi besar di dasar laut Sumatera yang menyebabkan tsunami pada 26 Disember lalu, kenyataan Law itu muncul kembali. Kali ini petikan laporan kenyataan beliau itu terpampang di laman web berita serta laman web konspirasi asing.

Kenyataan itu turut menjadi satu catatan dalam satu laman web konspirasi yang menyenaraikan sejarah uji kaji cuaca oleh pihak tentera bersama ratusan catatan yang dikatakan bukti bahawa Russia dan Amerika Syarikat (AS) berlumba-lumba membangunkan senjata cuaca untuk peperangan pada alaf baru ini.

Catatan itu dimulakan dengan uji kaji saintis Russia, Nikola Tesla, mengenai gempa bumi pada 1937 sehingga kepada Program Penyelidikan Aurora Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP) tentera Amerika yang sudah diketahui umum mampu mempengaruhi cuaca di kawasan sasarannya.

Kesimpulannya, jika pengumuman Law itu ada kebenarannya, maka Russia pada masa itu tentu mempunyai teknologi untuk memanipulasi cuaca, sekurang-kurangnya bagi menghasilkan siklon. Pastinya, teknologi itu sudah dimajukan dan mungkin juga mampu mencetuskan kejadian alam sebesar gempa bumi dengan magnitud sembilan pada skala Richter. 

Dalam erti kata lain, sesuatu kejadian alam kini iaitu daripada tiupan angin hingga bencana seperti gempa bumi besar itu boleh dihasilkan dengan sains dan teknologi. Begitu juga apa yang kini dikenali sebagai tsunami Asia yang dianggap sebagai malapetaka terbesar dalam sejarah dunia moden. 

Sesungguhnya, ramai saintis dan penganalisis ketenteraan serta pendukung teori konspirasi percaya senjata cuaca sudah wujud dan peperangannya dimulakan lama dulu. Ada yang mengatakan pertempuran di antara Amerika dan Russia dalam peperangan baru ini berlaku di muka bumi dan ruang angkasa saban hari.

Teknologi dalam persenjataan dan peperangan baru ini berteraskan apa yang dikenali sebagai elektromagnetik scalar, iaitu gelombang tenaga yang mudah tetapi begitu berkuasa sehingga menjadikan senjata nuklear ketinggalan zaman. Secara ringkas, formula terkenal Albert Einstein e=mc2 kini mempunyai saingan lebih hebat iaitu e=tc2.

Kewujudan senjata dan peperangan baru ini dinyatakan seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada 2000. 

Katanya, bumi akan digunakan sebagai senjata pada alaf baru iaitu dengan menggembleng kuasa alam semula jadi untuk peperangan.

Pada Disember tahun sama, Dr Bertell mengejutkan peserta Perhimpunan Kesihatan Rakyat di Dhaka, Bangladesh, apabila beliau mendedahkan bahawa ‘senjata terkini dalam persenjataan tentera Amerika ialah bumi dan cuaca akan menjadi antara senjata pemusnah terburuk menjelang 2025’.

Beliau merujuk bagaimana gempa bumi dan tornado yang dicipta akan menyebabkan kemusnahan terhadap sesetengah negara dan rakyat negara terbabit.

Dalam bukunya, Dr Bertell menyatakan bahawa senjata elektromagnetik ‘mempunyai keupayaan untuk memancarkan ledakan serta kesan lain seperti cetusan gempa bumi merentasi benua terhadap mana-mana sasaran di dunia ini dengan kekuatan yang menyamai beberapa letupan nuklear yang kuat.’

Katanya, sejak 40 tahun lalu, tentera Amerika sudah melakukan uji kaji terhadap atmosfera bumi dengan menggunakan gelombang serta bahan kimia iaitu cubaan untuk memusnahkan lapisan ozon di ruang udara kawasan musuh, sekali gus merosakkan tanaman dan kesihatan manusia menerusi pendedahan sinaran lampau ungu matahari.

Bahan kimia seperti barium dan lithium yang amat menjejaskan ozon turut dilepaskan di atas lapisan pelindung semula jadi atmosfera bumi sehingga menyebabkan kesan sinaran di ruang angkasa Amerika Utara pada 1980-an dan 1990-an. 

Dr Bertell berkata, perubahan pada atmosfera bumi menyebabkan perubahan yang sejajar pada iklim dan cuaca bumi.

Satu kaedah lagi ialah menggunakan gelombang elektromagnetik berfrekuensi amat rendah bagi mengubah cuaca. Gelombang sedemikian mampu menembusi tanah yang padu serta lautan dan digunakan pihak tentera bagi memeriksa bahagian teratas atmosfera dan struktur dalaman bumi.

Denyutan gelombang frekuensi lampau rendah (ELF) ini boleh digunakan untuk mencetuskan kesan mekanikal dan gegaran dari jarak jauh menerusi bumi. Ini boleh mengubah cuaca dengan mewujudkan ribut dan hujan lebat di sesuatu kawasan.

Gelombang ini juga mampu menyebabkan pergerakan bumi dengan mengganggu kestabilan gunung berapi dan plat tetonik, sekali gus mempengaruhi cuaca. 

Dr Bertell berkata, gempa bumi didapati berinteraksi dengan ionosphere iaitu atmosfera di kedudukan hingga 600 kilometer dari permukaan bumi. Banyak gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini didahului dengan fenomena tertentu yang tidak dapat dijelaskan.

Antara contoh yang disebut beliau ialah gempa bumi Tang Shan di China pada 28 Julai 1976, yang mengorbankan 650,000 nyawa berlaku selepas ruang angkasanya bercahaya. Fenomena itu dipercayai akibat ujian gelombang ELF bagi memanaskan ionosphere oleh Soviet Union.

Contoh lain ialah gempa bumi San Francisco pada 17 Oktober 1989. Dr Bertell berkata, gelombang ELF luar biasa dikesan di California pada 12 September tahun itu. Kekuatannya meningkat sedikit demi sedikit sehingga menurun pada 5 Oktober. Bagaimanapun, gelombang itu muncul kembali pada 17 Oktober dengan kekuatan luar biasa dan tiga jam kemudian gempa bumi itu berlaku.

Akhbar Washington Times pernah melaporkan pada Mac 1992 bahawa satelit dan peralatan deria di muka bumi mengesan gelombang radio misteri atau kegiatan elektrikal dan magnetik sebelum beberapa gempa bumi kuat di California, Armenia dan Jepun di antara 1986 hingga 1989.

Gempa bumi yang menggegarkan Los Angeles pada 17 Januari 1994 turut didahului gelombang radio luar biasa dan dua letusan sonik.

“Kebetulan ini tidak mungkin dapat dijelaskan... kemungkinan besar gempa bumi berkenaan disebabkan kegiatan manusia, bukan faktor semula jadi,” kata Dr Bertell merumuskan penemuannya itu.

Seolah-olah mengiyakan kesimpulan itu, Pentagon pada 1997 mengeluarkan amaran mengenai ancaman kumpulan pengganas yang mula menggunakan pendekatan keganasan ekologi iaitu dengan mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi dan meletuskan gunung berapi dari jarak jauh menggunakan gelombang elektromagnetik.

“Pihak tentera mempunyai tabiat menuduh pihak lain mempunyai keupayaan yang mereka sendiri sudah miliki,” kata Dr Bertell mengulas kenyataan Pentagon itu.

Katanya, uji kaji pihak tentera terhadap atmosfera bumi menyebabkan gangguan luar biasa kepada cuaca di seluruh dunia. 

“Antara 1960-an hingga 1990-an, kadar bencana alam yang besar meningkat 10 kali ganda,” katanya.

Bagi Dr Bertell, fenomena El Nino antara 1997 hingga 1998 yang dipersalahkan sebagai penyebab keadaan cuaca luar biasa di seluruh dunia, sebenarnya didahului gangguan besar dan ketidakstabilan iklim setahun sebelum itu.

Katanya, pada 1996 berlaku banjir besar di Asia Selatan membabitkan Nepal, India dan Bangladesh sehingga menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal. Di China pula banjir besar mengorbankan beratus-ratus nyawa, manakala puluhan ribu lagi tinggal sehelai sepinggang.

Pada masa sama, Kanada mengalami hujan ribut, hujan batu, banjir dan tornado iaitu keadaan iklim luar biasa yang memusnahkan banyak harta benda, ternakan dan nyawa. Salji pada kadar luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun pula menimpa Afrika Selatan menyebabkan banyak kematian akibat suhu terlalu sejuk.

Pada pertengahan Julai tahun itu pula, gempa bumi menggegarkan Pergunungan Alps Perancis, Austria, selatan Itali, timur laut India, Jepun, Indonesia, semenanjung Kamchatka dan selatan Mexico. Di New Zealand pula sebuah gunung berapi meletus.

Gegaran juga dilaporkan di Kenya, Jerman, kepulauan Greece, Turki, Sumatera Utara, Bali, tengah Filipina, Pulau Utara New Zealand, timur Jepun, tengah Chile, El Salvador dan Kepulauan Aleutian, semuanya pada minggu sama yang berakhir pada 26 Julai.

Dr Bertell berkata, walaupun sebilangan kejadian itu disebabkan ‘kuasa Tuhan’, jumlah dan kekuatan keseluruhannya fenomena alam berkenaan adalah luar biasa.

Dalam satu lagi tulisan yang dibentangkan Michel Chossudovsky yang juga penganalisis persenjataan cuaca global, beliau menegaskan betapa Pentagon sudah lama berkecimpung dalam proses memanipulasi cuaca.

Chossudovsky berkata, Washington kini menerapkan orde baru persenjataannya yang mempunyai keupayaan untuk mencetuskan perubahan cuaca.

Pendedahan ini juga membongkarkan punca utama mengapa Presiden George W Bush tidak menandatangani Protokol Kyoto, sebuah perjanjian antarabangsa mengenai kaedah mengelak pemanasan global serta memulihara alam sekitar.

Turut dilaporkan juga bagaimana tentera udara Amerika sudah mempunyai keupayaan untuk memanipulasi cuaca sama ada untuk tujuan penyelidikan atau hak mutlak bagi penggunaan perisikan ketenteraan. Kemampuan ini merangkumi aspek mencetuskan banjir, ribut taufan, kemarau atau gempa bumi.

Dalam tempoh beberapa tahun lalu, sejumlah besar wang diperuntukkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika untuk terus membangun dan menyempurnakan kemampuan ini.

Memetik laporan Jabatan Pertahanan Amerika sebelum ini, ia menyatakan pengubahsuaian terhadap cuaca akan menjadi sebahagian daripada aspek keselamatan dalam negeri dan antarabangsa serta boleh dilakukan bersendiri.

Laporan itu menegaskan proses pengubahsuaian cuaca mempunyai aplikasi defensif dan ofensif, malah boleh juga digunakan untuk tujuan pencegahan.

“Kemampuan untuk mencetuskan proses mendapan, jerebu, ribut di bumi atau mengubahsuai cuaca angkasa lepas selain daripada proses menghasilkan cuaca tiruan yang dirangkum dalam sebahagian daripada gabungan set teknologi,” menurut laporan itu.

Perubahan cuaca pelik yang berlaku di Amerika dan Eropah Barat kini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, laporan media gagal menjelaskan sejumlah perubahan cuaca dramatik pernah berlaku di beberapa negara yang sebelum ini menjadi sasaran dalam doktrin serangan awal.

Corak keadaan cuaca di Korea Utara misalnya, dihantui masalah kemarau buruk pada pertengahan 1990-an dan diikuti pula dengan banjir. Kesannya menyaksikan kemusnahan menyeluruh sistem pertanian negara itu.

Di Cuba pula, corak yang sama dapat dilihat. Di Iraq, Iran dan Syria, bencana kemarau buruk berlaku pada 1999. Di Afghanistan, kemarau selama empat tahun diakhiri dengan penaklukan Amerika ke atas negara itu pada 1991.

Walaupun bukti kukuh mengenai penggunaan cuaca sebagai senjata serangan awal tidak ditemui, yang jelas teknologi itu sudah berjalan dengan berkesan.

Media Amerika pernah memetik laporan mengenai pakar dari Makmal Phillips Geophysis yang menjadi rakan kongsi dalam projek HAARP, pernah memberi kursus kepada pegawai tentera berhubung teknik mengubah suai cuaca.

Proses memanipulasi cuaca juga menjadi kaedah terbaik untuk dijadikan senjata serangan awal. Ini boleh mengakibatkan negara yang diserang mengalami kemusnahan ekonomi, ekosistem serta pertanian seperti yang dapat dilihat di Korea Utara dan Cuba.

Presiden Venezuela Hugo Chavez menunding jari pada AS disebabkan oleh Gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Januari kelmarin. Menurut Chavez, gempa yang menggegarkan Haiti bukanlah gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik Amerika berikutan dari ujikaji  "senjata tektonik" yang dilakukan Amerika.

Surat khabar Sepanyol mengutip pernyataan Chavez yang mengatakan bahawa Amerika sedang  membuat senjata yang mampu menimbulkan bencana alam seperti gempa bumi. Ujikaji senjata "gempa bumi" itu, dilakukan dipantai Haiti sehingga menimbulkan gempa yang mengorbankan 100.000 lebih penduduk Haiti.

Spekulasi bahawa gempa berkekuatan 7 skala Richter yang menimpa Haiti bukan gempa biasa, media massa di Venezuela juga mengesyaki gempa itu berkemungkinan mempunyai hubungan dengan projek HAARP yang sedang dijalankan Amerika.

HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Program adalah sebuah projek penyiasatan yang bertujuan untuk "memahami, menstimulasi, dan mengawal proses ionospheric yang dapat mengubah tahap komunikasi dan menggunakan sistem pengawasan minda". Bermula pada tahun 1992, project dijangka selesai dalam masa 20 tahun (dijangka selesai tahun 2012).

Siapa yang menggunakan HAARP?

Projek ini dilakukan bersama oleh US Air Force, US Navy Force, dan University of Alaska. Dikatakan bahawa projek ini mirip dengan beberapa pemanas ionospheric yang tersebar di seluruh dunia dan memiliki bahagian besar diagnostic instrument yang memfasilitasi penggunaannya untuk meningkatkan pemahaman ilmiah yang berkenaan dengan ionospheric dynamic.

Apakah Ionosphere?

Ionosphere adalah bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosphere sangat penting kerana dia menapis radiasi cahaya matahari agar tidak sampai ke bumi. Ionosphere berperanan dalam mengatur kadar kelistrikan dalam atmosfera dan membentuk teras dari tepi magnetosphere. Ionosphere juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat-tempat yang ada di bumi.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - Ar-Ruum: 41

Dimanakah HAARP Berada?

HAARP terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepat  berada di Gakona, Alaska (latitude:62.39,longitude:145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias. Kesan lingkungan yang disebabkan HAARP mencetuskan pernyataan izin untuk array hingga 180 antena yang akan didirikan. HAARP telah dibangun sebelumnya di satu instalasi radar yang bernama over-the-horizon.

Fungsi HAARP?

Tujuan dari program ini adalah untuk kemajuan dalam mempelajari kandungan fizik dan elektrik bumi yang dapat digunakan dalam memudahkan komunikasi ketenteraan.
Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosphere, seperti membuat hujan, badai, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui.

Terus Apa Salahnya?

HAARP itu bertindak dengan memanaskan ionosphere yang ada di langit sehingga dapat memanipulasi keadaan langit disekitarnya. Dengan kelebihan tersebut, HAARP digunakan sebagai keperluan ketenteraan.

Dapat Mengatur Cuaca

Dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Jadi, tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan membentuk manipulasi jetstream (arus jet). Tapi HAARP ini belum sempurna dan masih dalam tahap pengujian (di seluruh dunia). Dicurigakan HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika batasan badai tornado yang terjadi dalam satu tahun dilanggar oleh ALAM. Jika satu tahun batas maksima badai hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.

Dapat Melindungi Dari Bahaya Nuklear

Teknologi HAARP dapat mengesan frekuensi signal rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HARP juga disokong oleh Radar Cakrawala atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mencakupi seluruh dunia kerana penghubungnya adalah atmosfera. Tidak dapat diragukan lagi ketepatan dari radar HAARP tersebut. Malah, setiap lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah atmosfera.

Mempengaruhi Fikiran Manusia

Dengan mengirimkan EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION ke otak manusia, HAARP boleh mengawal mood manusia. untuk lebih jelasnya, lihat teori  spoiler.

Spoiler teori:

Pada dasarnya otak manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec-nya. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.

- Delta (1-4/sec), Keadaan tidur
- Theta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru bangun
- Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar
- Beta (tak terhitung), Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi

Dengan gelombang rendah HAARP, boleh dikatakan manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP.

Cara kerja HAARP

Anda boleh melayari YouTube video part 2 & 3 Project HAARP. Part 1 tidak  dimasukkan sebab ia adalah penerangan asas tentang Projek Blue Beam yang telah nyatakan sebelum ini.

Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21?

Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.

Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara.

Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Selat Melaka dipercayai mahu dikuasai pihak asing kononnya untuk membanteras perlanunan dan terorisme yang dikatakan membahayakan pengangkutan minyak dan gas cecair asli dari Asia Barat dan Asia Tengah ke lain-lain destinasi di Asia Timur dan Lingkungan Pasifik.

Utara Sumatera dipercayai ideal dijadikan pangkalan laut tentera asing untuk menguasai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara. Selatan Filipina dipercayai mahu dikuasai untuk dijadikan pangkalan laut tentera asing bagi mengawal Laut China Selatan.

Tenggara Thailand pula dikatakan ideal untuk dijadikan pangkalan udara tentera asing bagi memperkukuhkan pertahanan udara tentera asing berkenaan di Laut China Selatan.

Kekuasaan tentera asing ke atas seluruh lokasi strategik tersebut dikatakan akan melengkapkan strategi pertahanan tentera asing berkenaan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh China di abad ke-21.

Oleh itu, apabila tsunami membunuh lebih 250,000 rakyat Indonesia, salahkah kalau rakyat Malaysia-Indonesia bertanya, benarkah ia bencana alam? Mungkinkah tsunami itu angkara pihak yang mahu menguasai Indonesia, Thailand atau Malaysia?

Kalau tidak mungkin, mengapakah bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan 'senjata ekologi' untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik.

Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism Amerika diperhebatkan untuk menangani gejala berkenaan.

Oleh itu, tidak mungkinkah yang dimaksudkan dengan 'usaha-usaha counter-terrorism Amerika diperhebatkan' membawa erti bahawa Amerika juga wajar menguasai teknologi dan teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan lebih baik dan lebih canggih daripada yang dikuasai oleh pihak teroris?

Jika hakikatnya demikian, tidak mungkinkah Amerika merupakan satu daripada kuasa dunia yang mempunyai teknologi dan teknosains mengenai peperangan cuaca ini?

Sebab itukah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara Amerika kini mempunyai kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai senjata ketenteraan?

Sebab itukah maka ada pihak yakin bahawa antara kapabiliti ketenteraan Amerika mutakhir termasuklah teknologi pembikinan banjir, ribut taufan, kemarau dan gempa bumi?

Secara umumnya, teknologi memanipulasikan cuaca ini dikenali sebagai teknologi High-Frequency Active Auroral Research Program atau HAARP yang wujud sejak 1992. Pihak-pihak yang sinis terhadap HAARP menggelarkannya sebagai 'teknologi maut'.

Ini kerana modifikasi cuaca dikatakan boleh menjejaskan plat tektonik di dasar lautan sehingga menyebabkan gempa bumi dan peralihan plat itu. Jika ini terjadi, akan meledaklah gempa bumi yang dahsyat sehingga mencetuskam tsunami.

Banyak pihak pula berpendapat bahawa teknologi ini boleh digunakan secara unilateral, secara ofensif, secara defensif, atau digunakan sebagai usaha-usaha pencegahan.

Teknologi ini dipercayai pernah digunakan ke atas beberapa 'negara samseng'. Sebab itulah negara-negara baik telah mengalami pertukaran cuaca yang drastik sejak beberapa tahun lalu.

Manipulasi

Contohnya, Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?

Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?

Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.

Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia?

Dalam sesuatu peperangan, yang penting adalah matlamat, bukannya cara. Contohnya, sistem pertanian Korea Utara musnah tanpa sebarang ledakan bom ataupun kedatangan bala tentera asing untuk memusnahkan ladang-ladang di negara tersebut. Ia musnah akibat manipulasi cuaca.

Oleh itu, salahkah kalau hari ini ada pihak berpendapat bahawa manipulasi cuaca adalah satu senjata yang amat berkesan. Ia boleh digunakan ke atas negara musuh atau negara sahabat yang mahu dihuru-harakan atas sesuatu sebab tertentu?

Oleh itu juga, mustahilkah tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005 di perairan barat Sumatera adalah akibat persenjataan ekologi seperti di atas?

Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan Amerika kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia?

Adakah ini satu kebetulan? Atau, adakah ini memang dirancang kerana Aceh adalah satu-satunya lokasi strategik sebagai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara?

Bukankah lokasi Aceh strategik kerana di sana beroperasi sebuah syarikat petroleum yang besar? Di sana juga ia mempunyai rizab gas asli yang besar? Bukankah Aceh strategik kerana di sana terdapat Gerakan Aceh Merdeka yang disifatkan sebagai teroris sekutu Al-Qaeda?

Bayangkan. Kini Aceh jadi padang jarak, padang tekukur. Kesan tsunami di sana lebih teruk daripada ledakan bom nuklear. Dan, tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, ratusan ribu rakyat Indonesia telah pun terkorban.

Tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, beribu-ribu tentera Amerika sudah berada di Aceh. Inikah yang dikatakan sebagai peperangan strategik atau taktikal?

Soalan ini mesti ditanya, khususnya apabila 'misi kemanusiaan' Amerika ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, jeneral perang yang mengepalai pencerobohan Amerika ke Baghdad pada Mac 2003.

Pada 29 Mac 2005, satu lagi gempa bumi yang besar berlaku di perairan pantai barat Sumatera. Gegarannya turut menggemparkan ribuan rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Johor.

Soalnya, adakah gempa itu juga benar-benar satu bencana alam? Mungkinkah ia akibat senjata ekologi seperti yang dihuraikan di atas?

Tidak mungkinkah gempa bumi berkenaan bertujuan mengalihkan tumpuan masyarakat Indonesia dan Malaysia daripada sesuatu yang lebih besar yang sedang dirancang dan boleh terjadi di Selat Melaka tidak lama lagi?

Kalau tidak, mengapakah kebelakangan ini gerakan perlanunan di Selat Melaka seolah-olah mendapat suatu nafas dan tenaga baru? Mungkinkah ini tindakan 'lanun upahan' untuk merintis sesetengah kuasa besar menguasai Selat Melaka?

Atau, mungkinkah wujud sesetengah rakyat Nusantara sendiri yang sedang bersubahat dengan pihak asing untuk menghuru-harakan Malaysia dan Indonesia bagi memudahkan kuasa asing mencapai agenda geopolitiknya di Selat Melaka?

Rakyat Malaysia dan Indonesia yang prihatin wajar merenungkan seluruh huraian dan pertanyaan di atas. Kerajaan Malaysia dan Indonesia pula wajar berwaspada setiap masa walaupun teori konspirasi seperti ini disifatkan keterlaluan.

Wartawan Malaysia dan Indonesia juga perlu proaktif dalam pengutipan maklumat dan berita yang boleh menggemparkan Nusantara dengan ledakan yang mungkin lebih dahsyat daripada tsunami di Aceh atau gempa bumi di Pulau Nias. 

Kesimpulannya, sains dan teknologi persenjataan kini semakin maju sehingga memungkinkan sesuatu yang dulunya dianggap sebagai tidak masuk akal. Meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Barat sejak dulu lagi berlumba-lumba mencipta senjata yang mampu membunuh manusia dengan lebih berkesan.

Dari sudut agama pula, kegilaan segolongan manusia mencipta senjata pemusnah bukan sesuatu yang menghairankan. Mungkinkah ini yang dimaksudkan Allah bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di muka bumi ini apabila menjadikan planet ini sebagai senjata.

Hakikatnya, manusia sudah melakukan kerosakan dan kesan daripada perbuatan itu tentu tidak akan ditanggung bumi, tetapi penghuninya. Bumi boleh dijadikan senjata, tetapi yang akan musnah akhirnya ialah manusia.

Teori: Apakah Perang Dunia Ke-III Berpunca Dari SULU?

Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia dan yang paling timur di garisan khatulistiwa. Menurut kajian, Sulu juga adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya, betulkah?

Seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan!.

Ada seorang lagi yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini.

Satu penjelasan menarik dari salah seorang doktor yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores. Dalam blognya http://jurnalis-ntt.blogspot.com/2008/07/bupati-flores-timur-drs-simon-hayon.html memperjelaskan tentang sebuah benua yang dinamakan LAMAHOLOT. Umum mengetahui yang dinamakan Solot oleh Srivijaya dan Majapahit dalam dalam catatan Negarakrtegama adalah kepulauan Sulu itu sendiri.

Didalam itu blog beliau menjelaskan:

Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan.

Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?

Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu.

Kejatuhan Ekonomi Global Serta Kaitannya Dengan SULU

Ada yang bergelar Tengku, dari keluarga diraja Pahang dan Selangor mengatakan sepatutnya kejatuhan Ekonomi Global sudah berlaku selepas beberapa bulan meletupnya bangunan berkembar New York pada Sebelas September 2001 yang lalu. Betulkah? Bagaimana ia berlaku demikian?

Katanya, pada tarikh 11hb September adalah tarikh lahir Mantan Presiden Filipina Ferdinand E. Marcos, kerana pada tarikh tersebut berakhirnya cagaran/pelaburan Gold Bar yang ditabur Marcos di seluruh dunia untuk kembali ke Filipina (Sulu?). Bermakna, segala jongkong emas (gold bar) itu sepatutnya akan kembali ke Filipina pada tarikh tersebut, malangnya berlaku letupan dan meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York itu. (umum mengetahui, letupan tersebut bukan dilakukan oleh Al-Qaeda atau Osama bin Laden) Ini bermakna letupan tersebut adalah “Diletup Sendiri” untuk menghalang kembalinya jongkong emas 600,000 tan metrik ke Filipina. Sebab itu mengapa “Isu Keganasan” telah dinyalakan untuk mengalih tumpuan. “Keganasan” terfokus terutama kepada golongan Islam radikal (Wahhabi/Salafi) yang sememangnya mudah dikambing-hitamkan (Al-Qaeda).

Jongkong emas yang ditabur Marcos keseluruh dunia bermula pada 1981, iaitu berakhirnya undang-undang tentera (Martial Law) di Filipina Selatan (ketika ini (1981) penduduk Sulu sudah membanjiri Sabah kerana lari dari perang MNLF vs Marcos sebagai pelarian, yang kekal hingga ke hari ini (IMM13)). Dalam mana-mana pelaburan jongkong emas, 20 tahun adalah jangka masa maksimum yang ditetapkan, setelah itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Umum mengetahui, akaun pelaburan Marcos bermula pada 11hb September 1981, sempena tarikh lahirnya dan sudah tentu akan berakhir pada 11hb September 2001 (tarikh berlakunya kehancuran Pusat Dagangan Dunia, New York).

Tarikh Lahir Keramat?

Dalam laman web http://www.globalpinoy.com mengatakan: “The 10th president of the Republic of the Philippines, Ferdinand Marcos was born on September 11, 1917 in Sarat, Ilocos Norte…”

Para pengkaji harta bersetuju, bahawa Marcos sangat suka meletak sesuatu pekerjaan yang ada nilai sejarah sesuai dengan tarikh lahirnya. Tarikh Undang-undang Tentera (Martial Law) di Filipina juga dilakukan pada tarikh hari lahirnya, cuma terlewat beberapa hari iaitu pada 22hb September 1972 yang mungkin disebabkan masalah teknikal ianya tersasar. Bermula dari tarikh lahirnya segala kedurjanaan turut mewarnai 11hb September sebab itulah tarikh “kekayaan” yang membawa “kehancuran”.

Para pengkaji harta juga termasuk Mr. Mike Kay menyatakan segala jongkong emas Marcos adalah bukan kepunyaannya, tetapi adalah kepunyaan Sultan Sulu dan rakyatnya. Ianya telah menjadi sumber kekayaan Marcos bersama isterinya Imelda secara peribadi. Ini bermakna Marcos dan Imelda lebih kaya daripada Filipina itu sendiri setelah berjaya memanipulasi Harta Perbendaharaan Sulu. Dalam laman web http://www.infoplease.com membuktikan Marcos dan Imelda tidak menggunakan harta Filipina sekali pun rakyat sangsi bagaimana Marcos mendapat kekayaan yang begitu banyak.

“After substantial evidence of Marcos's corruption emerged, he and his wife were indicted for embezzlement in the United States. Marcos died in Hawaii. After her husband's death Imelda Marcos was found innocent (1990) of embezzlement by a U.S. court, but she was convicted of graft in a trial in the Philippines in 1993”.

Walaupun Filipina membicarakannya, namun tiada bukti kaitan penyelewengan Marcos terhadap aset Filipina. Dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu menjelaskan:

“Juga semasa soaljawab oleh pihak Mahkamah di Manila ke atas Puan Imelda Marcos (isteri Marcos) pada tahun 1993, beliau telah menafikan yang suaminya (Presiden Marcos) ada menggelapkan mana-mana harta Filipina semasa era pemerintahannya dari tahun 1965 - 1986”.

Yang digelapkan sebenarnya ialah jongkong emas Sultanate Of Sulu. Filipina terpaksa mengakui bahawa kalau bukan Marcos sudah tentu Filipina hingga hari ini gagal memasukkan Sulu dalam wilayah kedaulatannya. Malah kalau bukan Marcos masakan Filipina pada tahun 1949 berjaya meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Kesultanan Sulu untuk menubuhkan “Bank Negara Filipina” yang ketika itu adalah salah satu dari negara “Papa Kedana” di Asia Tenggara?.

Untuk mengetahui bagaimana cara Marcos memanipulasi harta Sulu, sila klik ke dalam kandungan buku “Tausug dan Kesultanan Sulu”: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

Kuasa Proksi Zionis

Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika) mengatakan, “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa Amerika pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi Amerika akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan Amerika hebat ialah kekuatan ketenteraannya”.

Sebenarnya kejayaan Amerika bukan semata-mata kepada ketenteraannya tetapi “think tank” disebalik semua apa sahaja yang dimiliki oleh Amerika iaitu “Yahudi”. Perkara ini bukan lagi rahsia. “Jutawan Yahudi” sebagaimana yang pernah disebut oleh Tun Mahadir sebagai “Kuasa Proksi” adalah yang berkuasa terhadap segala tindak-tanduk Amerika. Lalu, bagaimana “Yahudi” begitu berkuasa dalam negara “Polis Dunia” itu? Bagaimanakah Yahudi mendapat dana begitu besar sehingga dapat menguasai dunia? Sebenarnya adalah berpunca dari harta Kesultanan Sulu! (Lihat kaitannya dengan Marcos serta kerjasama Vatikan memindahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas dari Sulu ke Itali sebelum Perang Dunia ke-II meletus: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

Amerika secara zahirnya, tidak lagi mampu menguruskan dirinya kerana hutang terlalu banyak. Hutang yang bertimbun menyebabkan Amerika mengikut sahaja apa yang dimahukan oleh kumpulan yang memberikan hutang. Hutang kepada siapa? Dalam laman web http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/nwo-krisis-dunia-sekarang.html menyatakan:

“Masalah hutang luar negara Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk (Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dan lain-lain). Hutangnya sekitar USD 50 hingga 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion.
Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya”.

Ketika Zionis muncul dan menjadi kuat selepas Perang Dunia Pertama, dengan percaturan bijak mereka berjaya memproses serta menghantar Kamal At-Tarturk dan Laurence of Arabia masing-masing ke Turki dan Najad, Saudi Arabia, hinggakan mereka berjaya menghancurkan kesatuan Khilafah Othmania di Timur Tengah, maka adalah mudah menewaskan yang lainnya (seperti Asia Tenggara) selepas itu. Kerana sumber kekuatan Dunia Islam telah pun musnah.

Amerika Syarikat Bermula Di Sulu

Pada hujung abad ke-19, Amerika telah pun berada di Sulu memeterai beberapa perjanjian penting setelah kekalahan Spanyol kepada Amerika. Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram-II, memeterai Perjanjian Bates pada 1898 dan membuat perjanjian semula pada Perjanjian Carpenter 1915. Ketika ini Amerika telah dapat menghidu “sesuatu” ke atas Sulu dan Kesultanannya. Pada 1916, Amerika telah mewujudkan Jones Law untuk persediaan memberikan kemerdekaan pada Filipina tetapi gagal kerana ditentang hebat oleh kongres Amerika sendiri. Tujuan Amerika ialah agar Sulu berjaya dimasukkan ke Filipina secara tipu helah, sebab itu Amerika cepat-cepat memberikan kemerdekaan kepada Filipina.

Amerika telah berjaya “menghidu” kekayaan Sulu berdasarkan budaya perniagaan secara BARTER pihak Istana Sulu dengan kerajaan China, yang sudah tentu telah mengumpul harta karun yang bukan sedikit. Amerika tidak dapat berbuat apa-apa atau memaksa Sultan Sulu membuat itu dan ini kecuali Sulu mesti berada di bawah kekuasaan atau pentadbiran negara lain, maka sebab itu Filipina mesti dimerdekakan dan memasukkan Sulu-Mindanao dalam wilayahnya untuk memudahkan Amerika membuat “urusan”.

Pada tahun 1930, Amerika telah mengalami musibah kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Amerika. Kemelesetan turut merebak ke seluruh dunia yang kita katakan hari ini sebagai kejatuhan ekonomi global. Kejatuhan ini seperti telah “dirancang” dengan begitu rapi, dengan demikian segala urusan perjanjian dengan wilayah-wilayah dalam naungan perniagaan Amerika akan dapat dipermudahkan.

Sebab itu Jones Law yang gagal pada 1916, telah diganti dengan satu lagi undang-undang yang telah diperkenalkan pada tahun 1934 iaitu Tyding-MCduffie Law. Ia juga dikenali sebagai The Philipines Independence Act sebagai langkah memberi kemerdekaan kepada Filipina. Tyding-MCduffie Law akhirnya berfungsi sepenuhnya pada 1935 di Filipina.

Ketika ini pada tahun 1935, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram-II telah berjaya diyakinkan oleh “Agen” yang terdiri dari 2 orang Trusty untuk melabur dalam pelaburan Amerika. Oleh kerana Sultan Jamalul Kiram-II terikat dengan beberapa perjanjian sebelumnya dan dikatakan bagindalah satu-satunya Sultan Sulu yang paling bijak dan moden yang mengetahui pelaburan “ala saham Amerika”, dan mungkin ditambah lagi dengan kemudahan dari 
Tyding MCduffie Law, maka Sultan Sulu menyerahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas kepada 2 orang Trusty tersebut. Oleh kerana Sultan Sulu yang satu ini bijak dengan senantiasa memantau “jongkong emasnya” maka pada tahun 1936 baginda telah mangkat dipercayai diracun.

Tercetusnya Perang Dunia Ke-II

Berkenaan aset besar Sulu, jongkong emas bernilai lebih 600,000 tan metrik ini kemungkinan besar berjaya “dihidu” oleh Jepun melalui Turki yang pada ketika itu Jepun bersekutu dengan Turki dan Jerman sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-II. Setelah itu Jepun telah melaungkan slogan “Asia untuk Asia” yang kemungkinan inspirasinya datang dari pembolotan Amerika terhadap “Harta Karun Sulu” itu. Keadaan ini menimbulkan ketakutan Amerika dan para “proksinya” lalu dibuat tindakan drastik:

“Pada 1939, harta-harta Sulu telah dihantar ke Vatican City untuk mengelak dari Perang Dunia ke-II (WW-II) dan ketika itu (Vatican) dibawah jagaan POPE JOHN PAUL-II. Tidak lama selepas itu, kedua-dua trusty telah mengambil Ferdinand E.Marcos menjadi "Peguam" mereka dalam menguruskan harta-harta Sulu tersebut...”
Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu, http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

Akhirnya Perang Dunia Ke-II telah meletus pada tahun 1941-1945. Jepun telah berjaya masuk ke Sulu dengan general tenteranya bernama Yamashita mengetuai serangan. Telah terbukti Jepun telah mengetahui akan kewujudan “Harta Karun” Sulu itu lebih awal sebelum meletusnya perang, iaitu setelah General Yamashita berjaya masuk ke Sulu, langkah keduanya ialah mencari “Harta Karun” Sulu. Yamashita telah berjaya menemui satu kawasan simpanan jongkong emas Sulu yang nilainya tidaklah sebanyak apa yang didapat oleh Amerika (2 trusty dan Vatican) yang diserah oleh Sultan Jamalul Kiram-II. Hingga hari ini, terdapat satu nama sebagai pemilik jongkong emas iaitu “Yamashita”.

Ini juga membuktikan, Sultan Sulu masih ada simpanan emasnya di Sulu, tetapi masih tersimpan rapi. Sebahagiannya telah dijumpai oleh Yamashita dan sebahagian lagi diserah kepada Trusty Amerika itu tadi. Hingga hari ini pencarian masih berlaku di sekitar kepulauan Sulu. Tentera Filipina menjaga Sulu dengan propaganda “keganasan” dari Tausug (Abu Sayyaf, MILF, MNLF, JI dan sebagainya) yang dianggap ganas dan jahat. Yang kononnya segala penculikan adalah dilakukan oleh kaum Tausug, hakikatnya adalah untuk menjaga Sulu dari didatangi pemberita kerana disitu terdapat banyak kepentingan AS (minyak dan emas) yang belum diteroka.

Amerika Akan Berakhir Di Sulu?

Untuk menyelamatkan ekonomi Amerika dan gobal keseluruhannya, Amerika bersama “proksinya” terpaksa mengakui bahawa Sulu adalah “tempat” untuk menyelamatkan diri. Setelah meletupnya bangunan Pusat Dagangan Dunia, New York pada 11hb September 2001 dengan atas alasan seperti yang sudah diterangkan diatas, Amerika akan bergegas kembali ke Asia Tenggara terutama di sekitar Mindanao. Dalam hal ini (Amerika kembali melihat Asia Tenggara), Prof. Joseph S NYE mengakui dengan mengatakan;

“Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah 'kembali kepada Asia'”.

Di dalam laman web http://www.nautilus.org/fora/security/08053Valencia.html menyatakan:

“...The United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.

Semuanya atas nama memerangi keganasan global sebagai alasan tunggal masuk ke Sulu (Mereka tidak menyebut Sulu secara spesifik, takut kantoi, hanya menamakan Mindanao).

“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.

Juga mereka masuk dengan tajuk “latihan bersama” atas alasan memerangi keganasan serta kebebasan. Contohnya di Filipina, latihan bersama Amerika dengan tentera Filipina di Sulu dinamakan “Balikatan”. Semenjak tahun 2002, Amerika telah berada di Sulu malah dengan adanya “Balikatan” mereka semakin kukuh di sana dengan menunjukkan bantuan kemanusiaan “Humanitarian”. Bangunan “kekal” juga turut dibina di seluruh kepulauan Sulu untuk memudahkan “bantuan”. Antara program Humanitarian Amerika di Sulu adalah:

1. Menyediakan bekalan air bersih di kepulauan Sulu.
2. Membina jalan berturap (sekarang sedang berlangsung).
3. Membina perigi-perigi untuk bekalan air bersih penduduk.
4. Sistem perparitan (dalam bandar) terutama di Jolo kerana selalu banjir.
5. Membina sekolah untuk kanak-kanak Sulu (membasmi buta huruf).
6. Membaiki masjid dan surau.
7. Membina hentian-hentian bas (berbumbung).
8. Membaiki bangunan lama yang rosak.
9. Mengadakan seminar-seminar untuk kesedaran bernegara secara aman, kursus-kursus kesedaran berpolitik (sebahagian anak Sulu dibawa ke Amerika untuk mendalami kaedah berpolitik mengikut sukatan Amerika).

Rakyat Sulu tentunya sangat berterima kasih dengan “Balikatan” dan satu rahmat buat mereka dari Allah SWT sekali pun yang memberi bantuan itu Amerika. Nampaknya OIC tiada langsung peranan di Sulu kecuali “Oh, i see”… Tiada apa yang boleh diharapkan dari negara-negara Islam kecuali hanya “omong kosong” dan kedayusan. Sebagaimana kedayusan negara-negara Islam kerana gagal menghalang serangan Israel - Yahudi Zionis ke atas penduduk GAZA, begitu jugalah dengan Sulu.

Sulu kiranya menjadi negara berdaulat semula, ia akan menjadi sahabat “Karib” Amerika yang tak boleh disangkal dan dinafikan “kekuatannya”. SEBAB ITU SULU BOLEH TUNTUT SEMUA HAKNYA DISELURUH DUNIA walau sekecil biji sawi pun ianya akan tertuntut.

Mengikut Hadith Rasulullah SAW, menyatakan bahawa akan ada satu kumpulan dari sebelah timur yang akan datang membawa panji-panji untuk membantu Al-Mahdi. Berkenaan kemunculan Dajjal juga dikatakan akan muncul dari SEBELAH TIMUR?

Monday 8 September 2014

Agenda Besar Anti-Islam

Laporan akhbar The Independent dan Daily Mailyang diterbitkan di London mengenai perancangan Kerajaan Arab Saudi untuk mengalihkan Makam Rasulullah SAW ke tanah perkuburan al-Baqi' yang terletak bersebelahan Masjid Nabawi di Madinah mendapat reaksi bantahan segera.

Tanpa mendapat pengesahan duduk sebenar, dunia penulisan maya bertalu-talu menyelar Kerajaan Arab Saudi dengan menyifatkannya sebagai satu lagi contoh ketidakpekaan pemimpin dan ulama negara itu terhadap warisan Islam dan mengingatkan langkah itu, jika dilaksanakan adalah penghinaan terhadap masyarakat Islam.

Bagaimanapun, akhbar Arab Saudi, Fimadani yang memetik sumber melaporkan, cadangan itu bukan datangnya daripada pemerintah Arab Saudi, sebaliknya ia diambil daripada sebuah jurnal ilmiah terbitan pentadbiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Malah, kata jurucakap itu, pemerintah Arab Saudi membantah sebarang usaha memindahkan jasad Nabi, apatah lagi Nabi Muhammad SAW ke perkuburan Baqi'.

Akhbar The Independent melaporkan seorang ulama Arab Saudi mengemukakan pelan kontroversi untuk memindahkan makam Rasulullah SAW selepas beberapa ulama negara itu menyuarakan kebimbangan ia semakin menjadi tempat pemujaan.

Menurut laporan itu, dokumen 61 muka itu diedarkan kepada anggota pihak berkuasa Tanah Suci, mencadangkan supaya makam itu dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi, bersebelahan dengan Masjid Nabawi dan dikuburkan tanpa sebarang tanda. Akhbar itu memetik Pengarah Yayasan Kajian Warisan Islam, Dr Irfan Al-Alawi, sebagai berkata mereka mahu menghalang orang Islam mengunjungi makam berkenaan kerana menganggap perbuatan itu syirik.

Banyak persoalan timbul daripada penyebaran berita itu. Malah, ada yang melihat ia mempunyai agenda besar, apatah lagi kira-kira 1.75 juta jemaah haji dari 189 negara mula berkumpul di Makkah dan Madinah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Seperti kata Ketua Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya, cadangan itu dibuat bertujuan mengalih tumpuan masyarakat dunia mengenai isu menangani Syiah oleh banyak pihak, termasuk pemerintah Arab Saudi, selain agenda mewujudkan bibit perpecahan sesama ahli Sunah.

Hakikatnya, soal memindahkan makam Rasulullah itu sebenarnya isu lama. Rekod menunjukkan hampir setiap tahun mereka (media bukan Islam) mengeluarkan isu sama, iaitu sejak 26 Oktober 2012, 15 Mac 2013 dan yang terbaharu awal September lalu.

Agenda mereka hanya satu, iaitu mahu menimbulkan ketegangan sesama pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah atau suni. Apabila bertelagah sesama sendiri dan ada yang cuba menghentam pemerintah, ia mewujudkan peluang untuk Syiah meluaskan pengaruhnya, bukan sahaja di Tanah Haram, malah di seluruh dunia.

Oleh itu, sewajarnya umat Islam di negara kita tidak terpengaruh dengan isu ini, apatah lagi perkhabaran itu belum disahkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan diulang siar oleh media yang bersekongkol dengan agenda anti-Islam.

Inilah masanya kita hayatilah maksud surah al-Hujurat ayat 6 supaya kita tidak menyesal dan berhati-hati jika mendengar berita daripada orang fasik.

Thursday 28 August 2014

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?" Allah yang Maha Suci menjawab. "Ada, iaituapi." (Besi dicairkan oleh api bahkan mendidih setelah dibakar dengan api).

Malaikat bertanya lagi. "Ya Rabbi, masih adakah sesuatu dalam penciptaanMu lebih hebat daripada api?" Allah yang Maha Agung menjawab. "Ada, iaitu air." (api yang membara macam mana pun akan terpadam dengan simbahan air).

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab. "Ada, iaitu angin." (air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNya menjawab, "Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat al-Tirmizi)

Monday 18 August 2014

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkisah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Mahathir tarik balik sokongan terhadap Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana  dilihat dasar dan tindakan Najib tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir berkata, melihat kepada situasi semasa dalam negara, pimpinan Najib perlu diperbaiki sebab itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongan beliau, agar Najib ‘belajar’ sesuatu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," kata Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, Najib perlu mengambil iktibar daripada kisah-kisah dongeng dahulu, di mana dek kerana semuanya tidak berani menegur pemimpin sehingga menyebabkan sebuah kerajaan itu malu.

“Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

“Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.” Maka raja pun murka akan pembesar-pembesarnya yang tidak memberitahu yang benar apabila dia bogel. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini,” ulasnya.

Dr Mahathir berkata, kisah ini ada kaitan dengan kelemahan pentadbiran Najib sekarang disebabkan oleh penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya.

Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai kelemahan Najib, Mahathir berkata berkata, Najib dilihat lemah kerana melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.

Sunday 27 July 2014

Facebook Bars Dr M's Blog

Rangkaian laman media sosial Facebook telah menyekat penggunanya daripada mengekses secara langsung ke laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad -www.chedet.cc pada hari Sabtu, 26hb. Julai 2014 sehari selepas bekas Perdana Menteri itu menulis satu entri yang pedas mengenai konflik yang sedang berlaku di Gaza antara Israel dan Palestin.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan oleh pihak pengendali Facebook di atas tindakan itu.

Berikut adalah tafsiran Yahudi dari kacamata Tun Mahathir tersebut yang dapat saya menyalin dan menampal (copy and paste) artikel beliau disini untuk kita kongsi bersama.

Article by Che Det: Orang Yahudi (Terjemahan artikel Dr M bertajuk The Jews)

1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan.

2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan.. Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.

12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel.. dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.

13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21.The Europeans and the Americans created this monster and they care not for the atrocities committed by it. They will continue to support Israel even if the Israelis commit genocide, kill all the Arabs. This is their way to atone for all their treatment of the Jews in the past. The Jews should really be venting their spite on the Germans and other Europeans. But they are too smart. Killing Arabs is easier and more fun.

Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”.

~ Original Article by Dr Mahathir Mohamad, Malaysian 4th Prime Minister