Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia dan yang paling timur di garisan khatulistiwa. Menurut kajian, Sulu juga adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya, betulkah?
Seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan!.
Ada seorang lagi yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini.
Satu penjelasan menarik dari salah seorang doktor yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores. Dalam blognya http://jurnalis-ntt.blogspot.com/2008/07/bupati-flores-timur-drs-simon-hayon.html memperjelaskan tentang sebuah benua yang dinamakan LAMAHOLOT. Umum mengetahui yang dinamakan Solot oleh Srivijaya dan Majapahit dalam dalam catatan Negarakrtegama adalah kepulauan Sulu itu sendiri.
Didalam itu blog beliau menjelaskan:
Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan.
Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?
Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu.
Kejatuhan Ekonomi Global Serta Kaitannya Dengan SULU
Ada yang bergelar Tengku, dari keluarga diraja Pahang dan Selangor mengatakan sepatutnya kejatuhan Ekonomi Global sudah berlaku selepas beberapa bulan meletupnya bangunan berkembar New York pada Sebelas September 2001 yang lalu. Betulkah? Bagaimana ia berlaku demikian?
Katanya, pada tarikh 11hb September adalah tarikh lahir Mantan Presiden Filipina Ferdinand E. Marcos, kerana pada tarikh tersebut berakhirnya cagaran/pelaburan Gold Bar yang ditabur Marcos di seluruh dunia untuk kembali ke Filipina (Sulu?). Bermakna, segala jongkong emas (gold bar) itu sepatutnya akan kembali ke Filipina pada tarikh tersebut, malangnya berlaku letupan dan meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York itu. (umum mengetahui, letupan tersebut bukan dilakukan oleh Al-Qaeda atau Osama bin Laden) Ini bermakna letupan tersebut adalah “Diletup Sendiri” untuk menghalang kembalinya jongkong emas 600,000 tan metrik ke Filipina. Sebab itu mengapa “Isu Keganasan” telah dinyalakan untuk mengalih tumpuan. “Keganasan” terfokus terutama kepada golongan Islam radikal (Wahhabi/Salafi) yang sememangnya mudah dikambing-hitamkan (Al-Qaeda).
Jongkong emas yang ditabur Marcos keseluruh dunia bermula pada 1981, iaitu berakhirnya undang-undang tentera (Martial Law) di Filipina Selatan (ketika ini (1981) penduduk Sulu sudah membanjiri Sabah kerana lari dari perang MNLF vs Marcos sebagai pelarian, yang kekal hingga ke hari ini (IMM13)). Dalam mana-mana pelaburan jongkong emas, 20 tahun adalah jangka masa maksimum yang ditetapkan, setelah itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Umum mengetahui, akaun pelaburan Marcos bermula pada 11hb September 1981, sempena tarikh lahirnya dan sudah tentu akan berakhir pada 11hb September 2001 (tarikh berlakunya kehancuran Pusat Dagangan Dunia, New York).
Tarikh Lahir Keramat?
Dalam laman web http://www.globalpinoy.com mengatakan: “The 10th president of the Republic of the Philippines, Ferdinand Marcos was born on September 11, 1917 in Sarat, Ilocos Norte…”
Para pengkaji harta bersetuju, bahawa Marcos sangat suka meletak sesuatu pekerjaan yang ada nilai sejarah sesuai dengan tarikh lahirnya. Tarikh Undang-undang Tentera (Martial Law) di Filipina juga dilakukan pada tarikh hari lahirnya, cuma terlewat beberapa hari iaitu pada 22hb September 1972 yang mungkin disebabkan masalah teknikal ianya tersasar. Bermula dari tarikh lahirnya segala kedurjanaan turut mewarnai 11hb September sebab itulah tarikh “kekayaan” yang membawa “kehancuran”.
Para pengkaji harta juga termasuk Mr. Mike Kay menyatakan segala jongkong emas Marcos adalah bukan kepunyaannya, tetapi adalah kepunyaan Sultan Sulu dan rakyatnya. Ianya telah menjadi sumber kekayaan Marcos bersama isterinya Imelda secara peribadi. Ini bermakna Marcos dan Imelda lebih kaya daripada Filipina itu sendiri setelah berjaya memanipulasi Harta Perbendaharaan Sulu. Dalam laman web http://www.infoplease.com membuktikan Marcos dan Imelda tidak menggunakan harta Filipina sekali pun rakyat sangsi bagaimana Marcos mendapat kekayaan yang begitu banyak.
“After substantial evidence of Marcos's corruption emerged, he and his wife were indicted for embezzlement in the United States. Marcos died in Hawaii. After her husband's death Imelda Marcos was found innocent (1990) of embezzlement by a U.S. court, but she was convicted of graft in a trial in the Philippines in 1993”.
Walaupun Filipina membicarakannya, namun tiada bukti kaitan penyelewengan Marcos terhadap aset Filipina. Dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu menjelaskan:
“Juga semasa soaljawab oleh pihak Mahkamah di Manila ke atas Puan Imelda Marcos (isteri Marcos) pada tahun 1993, beliau telah menafikan yang suaminya (Presiden Marcos) ada menggelapkan mana-mana harta Filipina semasa era pemerintahannya dari tahun 1965 - 1986”.
Yang digelapkan sebenarnya ialah jongkong emas Sultanate Of Sulu. Filipina terpaksa mengakui bahawa kalau bukan Marcos sudah tentu Filipina hingga hari ini gagal memasukkan Sulu dalam wilayah kedaulatannya. Malah kalau bukan Marcos masakan Filipina pada tahun 1949 berjaya meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Kesultanan Sulu untuk menubuhkan “Bank Negara Filipina” yang ketika itu adalah salah satu dari negara “Papa Kedana” di Asia Tenggara?.
Untuk mengetahui bagaimana cara Marcos memanipulasi harta Sulu, sila klik ke dalam kandungan buku “Tausug dan Kesultanan Sulu”: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html
Kuasa Proksi Zionis
Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan Amerika) mengatakan, “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa Amerika pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi Amerika akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan Amerika hebat ialah kekuatan ketenteraannya”.
Sebenarnya kejayaan Amerika bukan semata-mata kepada ketenteraannya tetapi “think tank” disebalik semua apa sahaja yang dimiliki oleh Amerika iaitu “Yahudi”. Perkara ini bukan lagi rahsia. “Jutawan Yahudi” sebagaimana yang pernah disebut oleh Tun Mahadir sebagai “Kuasa Proksi” adalah yang berkuasa terhadap segala tindak-tanduk Amerika. Lalu, bagaimana “Yahudi” begitu berkuasa dalam negara “Polis Dunia” itu? Bagaimanakah Yahudi mendapat dana begitu besar sehingga dapat menguasai dunia? Sebenarnya adalah berpunca dari harta Kesultanan Sulu! (Lihat kaitannya dengan Marcos serta kerjasama Vatikan memindahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas dari Sulu ke Itali sebelum Perang Dunia ke-II meletus: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html
Amerika secara zahirnya, tidak lagi mampu menguruskan dirinya kerana hutang terlalu banyak. Hutang yang bertimbun menyebabkan Amerika mengikut sahaja apa yang dimahukan oleh kumpulan yang memberikan hutang. Hutang kepada siapa? Dalam laman web http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/nwo-krisis-dunia-sekarang.html menyatakan:
“Masalah hutang luar negara Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk (Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dan lain-lain). Hutangnya sekitar USD 50 hingga 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion.
Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya”.
Ketika Zionis muncul dan menjadi kuat selepas Perang Dunia Pertama, dengan percaturan bijak mereka berjaya memproses serta menghantar Kamal At-Tarturk dan Laurence of Arabia masing-masing ke Turki dan Najad, Saudi Arabia, hinggakan mereka berjaya menghancurkan kesatuan Khilafah Othmania di Timur Tengah, maka adalah mudah menewaskan yang lainnya (seperti Asia Tenggara) selepas itu. Kerana sumber kekuatan Dunia Islam telah pun musnah.
Amerika Syarikat Bermula Di Sulu
Pada hujung abad ke-19, Amerika telah pun berada di Sulu memeterai beberapa perjanjian penting setelah kekalahan Spanyol kepada Amerika. Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram-II, memeterai Perjanjian Bates pada 1898 dan membuat perjanjian semula pada Perjanjian Carpenter 1915. Ketika ini Amerika telah dapat menghidu “sesuatu” ke atas Sulu dan Kesultanannya. Pada 1916, Amerika telah mewujudkan Jones Law untuk persediaan memberikan kemerdekaan pada Filipina tetapi gagal kerana ditentang hebat oleh kongres Amerika sendiri. Tujuan Amerika ialah agar Sulu berjaya dimasukkan ke Filipina secara tipu helah, sebab itu Amerika cepat-cepat memberikan kemerdekaan kepada Filipina.
Amerika telah berjaya “menghidu” kekayaan Sulu berdasarkan budaya perniagaan secara BARTER pihak Istana Sulu dengan kerajaan China, yang sudah tentu telah mengumpul harta karun yang bukan sedikit. Amerika tidak dapat berbuat apa-apa atau memaksa Sultan Sulu membuat itu dan ini kecuali Sulu mesti berada di bawah kekuasaan atau pentadbiran negara lain, maka sebab itu Filipina mesti dimerdekakan dan memasukkan Sulu-Mindanao dalam wilayahnya untuk memudahkan Amerika membuat “urusan”.
Pada tahun 1930, Amerika telah mengalami musibah kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah Amerika. Kemelesetan turut merebak ke seluruh dunia yang kita katakan hari ini sebagai kejatuhan ekonomi global. Kejatuhan ini seperti telah “dirancang” dengan begitu rapi, dengan demikian segala urusan perjanjian dengan wilayah-wilayah dalam naungan perniagaan Amerika akan dapat dipermudahkan.
Sebab itu Jones Law yang gagal pada 1916, telah diganti dengan satu lagi undang-undang yang telah diperkenalkan pada tahun 1934 iaitu Tyding-MCduffie Law. Ia juga dikenali sebagai The Philipines Independence Act sebagai langkah memberi kemerdekaan kepada Filipina. Tyding-MCduffie Law akhirnya berfungsi sepenuhnya pada 1935 di Filipina.
Ketika ini pada tahun 1935, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram-II telah berjaya diyakinkan oleh “Agen” yang terdiri dari 2 orang Trusty untuk melabur dalam pelaburan Amerika. Oleh kerana Sultan Jamalul Kiram-II terikat dengan beberapa perjanjian sebelumnya dan dikatakan bagindalah satu-satunya Sultan Sulu yang paling bijak dan moden yang mengetahui pelaburan “ala saham Amerika”, dan mungkin ditambah lagi dengan kemudahan dari
Tyding MCduffie Law, maka Sultan Sulu menyerahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas kepada 2 orang Trusty tersebut. Oleh kerana Sultan Sulu yang satu ini bijak dengan senantiasa memantau “jongkong emasnya” maka pada tahun 1936 baginda telah mangkat dipercayai diracun.
Tercetusnya Perang Dunia Ke-II
Berkenaan aset besar Sulu, jongkong emas bernilai lebih 600,000 tan metrik ini kemungkinan besar berjaya “dihidu” oleh Jepun melalui Turki yang pada ketika itu Jepun bersekutu dengan Turki dan Jerman sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-II. Setelah itu Jepun telah melaungkan slogan “Asia untuk Asia” yang kemungkinan inspirasinya datang dari pembolotan Amerika terhadap “Harta Karun Sulu” itu. Keadaan ini menimbulkan ketakutan Amerika dan para “proksinya” lalu dibuat tindakan drastik:
“Pada 1939, harta-harta Sulu telah dihantar ke Vatican City untuk mengelak dari Perang Dunia ke-II (WW-II) dan ketika itu (Vatican) dibawah jagaan POPE JOHN PAUL-II. Tidak lama selepas itu, kedua-dua trusty telah mengambil Ferdinand E.Marcos menjadi "Peguam" mereka dalam menguruskan harta-harta Sulu tersebut...”
Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu, http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html
Akhirnya Perang Dunia Ke-II telah meletus pada tahun 1941-1945. Jepun telah berjaya masuk ke Sulu dengan general tenteranya bernama Yamashita mengetuai serangan. Telah terbukti Jepun telah mengetahui akan kewujudan “Harta Karun” Sulu itu lebih awal sebelum meletusnya perang, iaitu setelah General Yamashita berjaya masuk ke Sulu, langkah keduanya ialah mencari “Harta Karun” Sulu. Yamashita telah berjaya menemui satu kawasan simpanan jongkong emas Sulu yang nilainya tidaklah sebanyak apa yang didapat oleh Amerika (2 trusty dan Vatican) yang diserah oleh Sultan Jamalul Kiram-II. Hingga hari ini, terdapat satu nama sebagai pemilik jongkong emas iaitu “Yamashita”.
Ini juga membuktikan, Sultan Sulu masih ada simpanan emasnya di Sulu, tetapi masih tersimpan rapi. Sebahagiannya telah dijumpai oleh Yamashita dan sebahagian lagi diserah kepada Trusty Amerika itu tadi. Hingga hari ini pencarian masih berlaku di sekitar kepulauan Sulu. Tentera Filipina menjaga Sulu dengan propaganda “keganasan” dari Tausug (Abu Sayyaf, MILF, MNLF, JI dan sebagainya) yang dianggap ganas dan jahat. Yang kononnya segala penculikan adalah dilakukan oleh kaum Tausug, hakikatnya adalah untuk menjaga Sulu dari didatangi pemberita kerana disitu terdapat banyak kepentingan AS (minyak dan emas) yang belum diteroka.
Amerika Akan Berakhir Di Sulu?
Untuk menyelamatkan ekonomi Amerika dan gobal keseluruhannya, Amerika bersama “proksinya” terpaksa mengakui bahawa Sulu adalah “tempat” untuk menyelamatkan diri. Setelah meletupnya bangunan Pusat Dagangan Dunia, New York pada 11hb September 2001 dengan atas alasan seperti yang sudah diterangkan diatas, Amerika akan bergegas kembali ke Asia Tenggara terutama di sekitar Mindanao. Dalam hal ini (Amerika kembali melihat Asia Tenggara), Prof. Joseph S NYE mengakui dengan mengatakan;
“Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah 'kembali kepada Asia'”.
Di dalam laman web http://www.nautilus.org/fora/security/08053Valencia.html menyatakan:
“...The United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.
Semuanya atas nama memerangi keganasan global sebagai alasan tunggal masuk ke Sulu (Mereka tidak menyebut Sulu secara spesifik, takut kantoi, hanya menamakan Mindanao).
“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.
Juga mereka masuk dengan tajuk “latihan bersama” atas alasan memerangi keganasan serta kebebasan. Contohnya di Filipina, latihan bersama Amerika dengan tentera Filipina di Sulu dinamakan “Balikatan”. Semenjak tahun 2002, Amerika telah berada di Sulu malah dengan adanya “Balikatan” mereka semakin kukuh di sana dengan menunjukkan bantuan kemanusiaan “Humanitarian”. Bangunan “kekal” juga turut dibina di seluruh kepulauan Sulu untuk memudahkan “bantuan”. Antara program Humanitarian Amerika di Sulu adalah:
1. Menyediakan bekalan air bersih di kepulauan Sulu.
2. Membina jalan berturap (sekarang sedang berlangsung).
3. Membina perigi-perigi untuk bekalan air bersih penduduk.
4. Sistem perparitan (dalam bandar) terutama di Jolo kerana selalu banjir.
5. Membina sekolah untuk kanak-kanak Sulu (membasmi buta huruf).
6. Membaiki masjid dan surau.
7. Membina hentian-hentian bas (berbumbung).
8. Membaiki bangunan lama yang rosak.
9. Mengadakan seminar-seminar untuk kesedaran bernegara secara aman, kursus-kursus kesedaran berpolitik (sebahagian anak Sulu dibawa ke Amerika untuk mendalami kaedah berpolitik mengikut sukatan Amerika).
Rakyat Sulu tentunya sangat berterima kasih dengan “Balikatan” dan satu rahmat buat mereka dari Allah SWT sekali pun yang memberi bantuan itu Amerika. Nampaknya OIC tiada langsung peranan di Sulu kecuali “Oh, i see”… Tiada apa yang boleh diharapkan dari negara-negara Islam kecuali hanya “omong kosong” dan kedayusan. Sebagaimana kedayusan negara-negara Islam kerana gagal menghalang serangan Israel - Yahudi Zionis ke atas penduduk GAZA, begitu jugalah dengan Sulu.
Sulu kiranya menjadi negara berdaulat semula, ia akan menjadi sahabat “Karib” Amerika yang tak boleh disangkal dan dinafikan “kekuatannya”. SEBAB ITU SULU BOLEH TUNTUT SEMUA HAKNYA DISELURUH DUNIA walau sekecil biji sawi pun ianya akan tertuntut.
Mengikut Hadith Rasulullah SAW, menyatakan bahawa akan ada satu kumpulan dari sebelah timur yang akan datang membawa panji-panji untuk membantu Al-Mahdi. Berkenaan kemunculan Dajjal juga dikatakan akan muncul dari SEBELAH TIMUR?
No comments:
Post a Comment