Sunday 29 June 2014

Jemaah Tabligh

Pasti di antara kita pernah didekati oleh golongan yang digelar sebagai tabligh yang sudah tentu bertujuan menyampaikan dakwah. Ada yang benar-benar faham dan ada juga sering mempertikaikan pergerakan kumpulan ini.

Jika kita amati, mereka ini sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana badan atau persatuan tetapi mereka ini mempunyai jiwa yang sungguh murni apabila sanggup mengorbankan pelbagai perkara untuk menegakkan syiar Islam.

Golongan ini juga sering mendapat pandangan serong oleh masyarakat yang tidak memahami konsep yang diperjuangkan. Tidak hairan mengapa kita lihat mereka ini tidak mudah putus asa walaupun mendapat sambutan yang agak hambar daripada segelintir masyarakat.

Selain itu, mereka juga mempunyai kerjaya masing-masing sehinggakan ada yang mempunyai pelbagai gelaran dan pangkat turut menyertai tabligh bagi menyahut cabaran menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.

Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, tabligh didefinisikan sebagai perbuatan menyampaikan perin­tah Allah kepada yang tidak mengetahui atau mem­beri peringatan kepada yang mengetahui.

Saturday 28 June 2014

PUASA DAN KEKUATAN DALAMAN

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islamdan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.

Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah SWT sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Sunday 22 June 2014

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi SAW serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Syukur kepada IIahi kerana masih dikurniakan kesihatan sehingga hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi, kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang post ucapan hari lahir saya pada 20hb. Jun di wall post saya. Amin semua doa dan semoga Allah SWT juga melimpahkan rahmatNya kepada kalian semua dan seluruh keluarga dan keturunan kalian.

Saya memohon maaf kerana ada sebahagian doa dan ucapan daripada kalian tidak sempat saya membalasnya disebabkan jadual yang agak padat pada hari tersebut kerana menyertai Pertandingan UMNO EXPLORER 2014 yang bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Johor Baharu. Secara kebetulan pertandingan itu berlansung serentak dengan tarikh hari lahir saya.

Saya juga mendoakan agar segala hajat dan impian kalian semua dimakbulkan Allah SWT dengan berkat selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasul SAW. Syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmatNya samada kita sedar atau tidak. Semoga kalian semua sihat, kaya, berjaya dan gembira selalu. InsyaAllah. Amin.

Terima kasih emak serta arwah abah kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan saya. Semoga Allah SWT memberikan syurga tertinggi kepada emak dan abah. Doa dan ucapan kalian saya iringi dengan ucapan terima kasih.

Monday 16 June 2014

Selamat Hari Bapa

Untuk Allahyarham abah ku tersayang Samad Bin Baba (1999 - 2014)

Terima kasih abah kerana telah mendidik abang menjadi insan yang berguna.

Abang berbangga menjadi anak abah, walaupun kerjaya abah hanya sebagai pemandu lori di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, segala nasihat dan tunjuk ajar abah akan sentiasa abang menafaatkannya dengan sebaik mungkin dan abang akan ingat sampai bila-bila. InsyaAllah.

Segala jasa dan pengorbanan abah, abang tak dapat nak balas sepenuhnya di dunia ini. Abang doakan semoga Allah SWT merahmati serta mendapat syafaat Rasulullah SAW agar dipermudahkan perjalanan abah di alam barzah sana dan di akhirat kelak nanti. Amin.

Al-Fatihah...

Friday 6 June 2014

Taktik Kotor Penjenayah

Pendedahan taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.

Awas! Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa sama ada daripada individu yang dikenali, ataupun yang tidak dikenali.

Gambar menunjukkan cara air minuman kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam (seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada mangsa.

Tuesday 3 June 2014

Teori: MH370 - Seseorang Menyembunyikan Sesuatu?

May 18, 2014

SHAH ALAM – Pengeluar pesawat yang digunakan Malaysia Airlines (MAS), Boeing Corporation perlu memberi penjelasan tentang sistem pendaratan automatik yang terdapat pada pesawat Boeing 777 seperti yang dilaporkan The Flightglobal.com.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blog terbarunya berkata, beliau tidak dapat membayangkan juruterbang yang mengendalikan MH370 membuat pendaratan yang licin di lautan yang ‘ganas’ dan kemudiannya tenggelam begitu saja.

Beliau juga menyebut adalah tidak adil kesalahan insiden kehilangan MH370 hanya diletakkan kepada Malaysia dan MAS.

“Boeing harus menjelaskan tentang sistem yang dipanggil pendaratan automatik anti keganasan ini. Seseorang menyembunyikan sesuatu. Tidak adil kesalahan itu ditanggung Malaysia dan MAS sahaja,” katanya yang dipetik melalui entri bertajuk ‘Boeing Technology-What Goes Up Must Come Down’.

Menurutnya, sesebuah pesawat boleh terbang dan berada di udara untuk satu-satu tempoh masa tetapi ia tetap perlu turun ke bawah sama ada selamat mendarat atau kemalangan.

“Tapi, pesawat tidak terus hilang. Tidak pada masa sekarang dengan kemajuan sistem komunikasi, radio, satelit dan kamera tanpa filem yang beroperasi tidak putus dan kapasiti simpanan yang besar. Sistem komunikasi dan GPS pastinya telah dilumpuhkan, jika tidak, stesen pasti boleh menghubungi dan mengesan pesawat berkenaan,” katanya.

Tun Mahathir menyentuh mengenai maklumat yang diperoleh daripada carian di Internet iaitu Boeing telah menerima paten Amerika Syarikat (AS) bagi sistem kawalan pemanduan automatik.

“Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan sistem itu. The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, ‘pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit’. Jelas Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan,” tegasnya.

Katanya,  pencarian debris, kesan tumpahan minyak atau mendengar bunyi ‘ping’ dari kotak hitam hanya membazir masa dan wang.

“Ini bukan kejadian nahas biasa selepas kehabisan bahan bakar. Pesawat itu ada di mana-mana mungkin tanpa pengetahuan MAS,” katanya.