Sunday 22 June 2014

Assalamualaikum

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi SAW serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Syukur kepada IIahi kerana masih dikurniakan kesihatan sehingga hari ini untuk kita meneruskan kehidupan di dunia ini. Walaupun dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang kita hadapi, kita tetap gagah dalam menilai erti kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang post ucapan hari lahir saya pada 20hb. Jun di wall post saya. Amin semua doa dan semoga Allah SWT juga melimpahkan rahmatNya kepada kalian semua dan seluruh keluarga dan keturunan kalian.

Saya memohon maaf kerana ada sebahagian doa dan ucapan daripada kalian tidak sempat saya membalasnya disebabkan jadual yang agak padat pada hari tersebut kerana menyertai Pertandingan UMNO EXPLORER 2014 yang bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Johor Baharu. Secara kebetulan pertandingan itu berlansung serentak dengan tarikh hari lahir saya.

Saya juga mendoakan agar segala hajat dan impian kalian semua dimakbulkan Allah SWT dengan berkat selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasul SAW. Syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmatNya samada kita sedar atau tidak. Semoga kalian semua sihat, kaya, berjaya dan gembira selalu. InsyaAllah. Amin.

Terima kasih emak serta arwah abah kerana bersusah payah melahirkan dan membesarkan saya. Semoga Allah SWT memberikan syurga tertinggi kepada emak dan abah. Doa dan ucapan kalian saya iringi dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment