Pasti di antara kita pernah didekati oleh golongan yang digelar sebagai tabligh yang sudah tentu bertujuan menyampaikan dakwah. Ada yang benar-benar faham dan ada juga sering mempertikaikan pergerakan kumpulan ini.
Jika kita amati, mereka ini sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana badan atau persatuan tetapi mereka ini mempunyai jiwa yang sungguh murni apabila sanggup mengorbankan pelbagai perkara untuk menegakkan syiar Islam.
Golongan ini juga sering mendapat pandangan serong oleh masyarakat yang tidak memahami konsep yang diperjuangkan. Tidak hairan mengapa kita lihat mereka ini tidak mudah putus asa walaupun mendapat sambutan yang agak hambar daripada segelintir masyarakat.
Selain itu, mereka juga mempunyai kerjaya masing-masing sehinggakan ada yang mempunyai pelbagai gelaran dan pangkat turut menyertai tabligh bagi menyahut cabaran menyebarkan ajaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, tabligh didefinisikan sebagai perbuatan menyampaikan perintah Allah kepada yang tidak mengetahui atau memberi peringatan kepada yang mengetahui.
No comments:
Post a Comment