"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)
Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).
Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?" Allah yang Maha Suci menjawab. "Ada, iaituapi." (Besi dicairkan oleh api bahkan mendidih setelah dibakar dengan api).
Malaikat bertanya lagi. "Ya Rabbi, masih adakah sesuatu dalam penciptaanMu lebih hebat daripada api?" Allah yang Maha Agung menjawab. "Ada, iaitu air." (api yang membara macam mana pun akan terpadam dengan simbahan air).
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab. "Ada, iaitu angin." (air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).
Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNya menjawab, "Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat al-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment