Tuesday, 25 June 2013

CIRI-CIRI WANITA PILIHAN LELAKI

Pertama sekali lelaki memilih wanita yang mempunyai kecantikan fizikal. Boleh dikatakan semua lelaki akan tertarik dan berminat kepada wanita-wanita yang cantik. Cantik bukan sahaja dari bentuk muka tetapi keseluruhan tubuh wanita itu.
Pemilihan wanita berdasarkan ciri ini mencetuskan beberapa implikasi yang tertentu. Biasanya apabila seseorang itu dilamun cinta, semuanya indah belaka. Tahi gigi rasa macam coklat, air liur basi pun rasa seperti sirap limau. Wanita cantik akan menjadi laris dan sering diburu oleh lelaki. Manakala wanita yang hodoh akan ketinggalan dan tidak diminati.
Tetapi apabila sudah satu atau dua tahun berkahwin barulah dirasakan banyak kekurangan seperti ketiak berbau terlalu busuk, wanita itu dirasakan keras macam kayu ketika bersetubuh, rambutnya yang dahulunya wangi kini berbau masam seperti buah cempedak busuk, pemalas, pengotor dan banyak songel.
Keadaan yang sebegini sering menimbulkan persaingan tidak sihat di antara wanita cantik dan wanita yang tidak cantik. Masing-masing ingin mengatasi di antara satu sama lain sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian dan menjadi individu yang dipilih atau terpilih. Mereka sanggup berbelanja besar semata-mata untuk menjaga kecantikan mereka. Wanita sering menjadi alat dan mangsa pengiklanan barang kosmetik dan pakaian yang menjanjikan ketahanan dan penonjolan serta penyerlahan kecantikan seseorang wanita itu.
Wanita yang menjadi mangsa ini seolah-olah telah terpukau dengan iklan yang begitu hebat dan menarik. Malangnya setelah banyak berbelanja mereka masih tetap tidak cantik dan mereka tidak berpuashati dengan kecantikan yang ada pada diri mereka.
Harus diingatkan bahawa kecantikan tidak terletak pada cara berpakaian atau cara bersolek sahaja. Kecantikan diri seseorang akan datang seiringan dengan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Sikap hidup yang positif serta mempunyai jiwa yang tenang dan damai akan menyerlahkan lagi kejelitaan seseorang wanita itu. Jika mereka membenarkan diri mereka bermesra dengan orang lain, kecantikan mereka mungkin menjadi nyata. Mungkin ada lelaki yang akan tertarik kepada mereka. Terutama kecantikan itu mengikut mata yang memandang. Apa yang dianggap hodoh oleh seseorang mungkin dianggap cantik oleh individu yang lain. Apa yang dianggap tua oleh orang lain mungkin dianggap muda dan kacak atau cantik atau handsome oleh individu yang lain.
Justeru itu wanita tidak sepatutnya mengurung diri semata-mata kerana memikirkan wajah mereka kurang menarik. Kecantikan wajah hanyalah salah satu aspek pemilihan. Banyak aspek lain yang perlu diperhatikan.
Perasaan rendah diri bukan sahaja dialami oleh wanita tidak cantik tetapi juga dialami oleh wanita yang cantik. Menurut Elizabeth Taylor pelakon Hollywood yang terkenal di seluruh dunia kerana kecantikan dan kejelitaannya, ia pernah mengatakan "Seseorang wanita akan kelihatan cantik apabila dia merasai dirinya cantik dan ingin kelihatan cantik". Maka wujudkanlah dalam diri anda kerana itu adalah kurniaan Allah yang semulajadi dan tidak dapat dipertikaikan oleh umat manusia yang lemah lagi daif ini.
Wanita-wanita yang cantik, gebu dan 'bergetah' tetapi masih meragui kecantikan mereka seolah-olah merekalah manusia yang paling hodoh di dunia ini, akan sentiasa membandingkan kecantikan mereka dengan kecantikan wanita-wanita lain. Sehingga mereka menjadi terlalu cemburu terhadap wanita-wanita lain.
Kadangkala cemburu itu terlalu mendalam sehingga mereka sanggup melakukan berbagai fitnah dan cemuhan untuk 'memburukkan' kecantikan wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup mencemarkan maruah wanita yang dicemburui itu.
Berbanding dengan ciri utama lelaki pilihan wanita, ketampanan wajah tidak disenaraikan langsung. Tidak ada tekanan diberikan yang lelaki tersebut mestilah kacak atau 'handsome'. Yang lebih diutamakan ialah pencapaian dalam hidupnya. Kalau dia berjaya dan mencapai kemuncak kerjaya, 'sahamnya' akan meningkat. Lebih tinggi pencapaiannya, akan lebih tinggi lagi harga 'sahamnya', walaupun dia kurang kacak, tampan atau handsome. Yang penting ialah dia telah berjaya dalam hidupnya. Kejayaan dapat memberikan jaminan yang kehidupannya akan kukuh dan berjaya.

No comments:

Post a Comment