Friday, 28 June 2013
Wednesday, 26 June 2013
Dipayungi Burung
Tuan Tulis
Nama sebenarnya ialah Haji Ismail Bin Hussien dilahirkan dalam keluarga miskin di sebuah kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dalam tahun 1860an. Gelaran Tulis diberikan kepadanya kerana asyik masyuknya beliau menyalin kitab-kitab yang dipelajarinya untuk menjimatkan wang. Dari kecil Tuan Tulis sudah kerap merantau sehingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang dengan berjalan kaki sahaja untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abdul Rahman) yang berasal dari Kelantan.
Tuan Tulis bukan setakat menyalin kitab-kitab yang dipelajarinya sahaja, bahkan beliau juga menyalin antaranya Tafsir Jalalain dan 30 juzuk kitab Al-Quran. Pada mulanya kawan-kawan sepengajian memanggil Ismail Tulis kerana gelaran tersebuut diberi oleh gurunya dan beliau juga menjadi jurutulis kepada gurunya, tetapi apabila beliau dewasa dan mula mengajar, orang memanggilnya Tuan Tulis atau Tun Tulis. Kemiskinan membuatkan Tuan Tulis begitu kreatif. Dengan mencampurkan arang para dan getah limau kasturi, dakwat cair sudah terhasil dan boleh digunakan dengan pena daripada bilah segar kabung.
Tuan Tulis bukan setakat menyalin kitab-kitab yang dipelajarinya sahaja, bahkan beliau juga menyalin antaranya Tafsir Jalalain dan 30 juzuk kitab Al-Quran. Pada mulanya kawan-kawan sepengajian memanggil Ismail Tulis kerana gelaran tersebuut diberi oleh gurunya dan beliau juga menjadi jurutulis kepada gurunya, tetapi apabila beliau dewasa dan mula mengajar, orang memanggilnya Tuan Tulis atau Tun Tulis. Kemiskinan membuatkan Tuan Tulis begitu kreatif. Dengan mencampurkan arang para dan getah limau kasturi, dakwat cair sudah terhasil dan boleh digunakan dengan pena daripada bilah segar kabung.
Suatu ketika selepas mengerjakan bendang bersama murid-muridnya, Tuan Tulis menyajikan mereka dengan buah tamar yang masih segar, seolah-olah baru dipetik. Sedangkan tiada sebatang pun pohon tamar yang tumbuh disitu. Selain bersawah beliau juga menternak kerbau tetapi kerbau ternakan Tuan Tulis begitu berdisiplin hingga tidak mahu sama sekali makan padi apalagi pergi sawah orang lain. Kerbau-kerbaunya begitu mengikut kata kerana Tuan Tulis dikatakan pernah memberi amaran, "kamu makan rumput saja, jangan makan padi orang." Disebabkan itu, penduduk di situ memang mengenali kerbau Tuan Tulis dan memang tidak akan memakan padi mereka. Kerbau itu dibiarkan merayau tanpa ditambat dan orang kampung tidak akan menghalau kerbau Tuan Tulis jika masuk ke bendang mereka. Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang.
Suatu hari ketika dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalang lopak air. Beliau berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semut itu melepasi lopak air. Beliau juga tidak sanggup melihat binatang diseksa dikurung dan pernah membeli burung dalam sangkar lalu membebaskannya. Tuan Tulis sendiri memelihara beratus ekor burung merpati tetapi dilepas bebas, diberi makan, minum dan disediakan rumah burung untuk berteduh dan bertelur.
Penulis buku 7 Wali Melayu, saudara Abdul Ghani Said didalam kajiannya menjelaskan pada awal tahun 1900, Tuan Tulis tiba-tiba hilang sewaktu tukang cukurnya masuk kedalam rumah sebentar untuk mengasah pisau cukur. Apabila dia keluar didapatinya Tuan Tulis yang sedang dicukurnya tadi telah tiada. Justeru tidak lama kemudian Tuan Tulis muncul kembali.
"Kemana tuan pergi?"
"Aku ke Mekah, bantu memadamkan kebakaran besar di sana."
Bersama penduduk kampung, Tuan Tulis dapat membina sebuah masjid di Kampung Kuala Talang. Masjid itu siap dibina dalam tahun 1922. Di sinilah dia mengajar, membimbing masyarakat dan berdakwah. Orang mula mengenalinya sebagai alim lagi warak serta seorang wali.
Suatu subuh, sewaktu beliau sedang bertafakur tiba-tiba nyawanya diangkat oleh Allah. Hari kemuncak kegembiraan bagi seorang kekasih Allah menemui Penciptanya itu berlaku sekitar 7.30 pagi pada hari ke sepuluh bulan Ramadhan. Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada tahun 1923 sewaktu berusia 83 tahun. Tetapi pada tahun 1925, berlaku peristiwa benar di mana beliau dikatakan mengubat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah di London. Hubungan mereka rapat kerana Tuan Tulis tinggal berdekatan dengan Istana Sri Menanti di Kuala Pilah. Dalam pertemuan itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu dijampinya dan disapu ke tempat sakit manakala baki air itu diminum Tuanku Muhammad. Selepas itu, baginda beransur sembuh dan kemudian masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu. Apabila keluar, baginda menyedari Tuan Tulis sudah ghaib. Selepas itu barulah baginda sedar sebenarnya wali Allah itu sudah meninggal dunia dua tahun semasa kejadian itu. Beliau cuma hadir secara kerohanian.
Semasa hayatnya Tuan Tulis suka mendampingi kanak-kanak dan bergaul bersama orang-orang jahil dengan tujuan berdakwah. Sentiasa menjadi tempat rujuk masyarakat dan menyelesaikan permasalahan penduduk. Gemar memakai kain pelikat atau seluar jerut, berbaju Melayu atau baju labuh, sentiasa berkopiah. Tuan Tulis tidak meninggalkan zuriat dan harta tetapi mempunyai anak murid yang ramai. Beliau hidup dalam keadaan zuhud, jujur, ikhlas dan sangat kuat beribadat.
Sewaktu jenazahnya diusung ke pusara, beratus-ratus ekor burung merpati peliharaannya memayungi jenazahnya daripada pancaran matahari. Kemudian burung-burung itu pergi entah kemana dan tidak pulang-pulang lagi ke sarang. Jenazahnya dikatakan ghaib secara tiba-tiba semasa diturunkan ke liang lahat.
Tuesday, 25 June 2013
CIRI-CIRI WANITA PILIHAN LELAKI
Pertama sekali lelaki memilih wanita yang mempunyai kecantikan fizikal. Boleh dikatakan semua lelaki akan tertarik dan berminat kepada wanita-wanita yang cantik. Cantik bukan sahaja dari bentuk muka tetapi keseluruhan tubuh wanita itu.
Pemilihan wanita berdasarkan ciri ini mencetuskan beberapa implikasi yang tertentu. Biasanya apabila seseorang itu dilamun cinta, semuanya indah belaka. Tahi gigi rasa macam coklat, air liur basi pun rasa seperti sirap limau. Wanita cantik akan menjadi laris dan sering diburu oleh lelaki. Manakala wanita yang hodoh akan ketinggalan dan tidak diminati.
Tetapi apabila sudah satu atau dua tahun berkahwin barulah dirasakan banyak kekurangan seperti ketiak berbau terlalu busuk, wanita itu dirasakan keras macam kayu ketika bersetubuh, rambutnya yang dahulunya wangi kini berbau masam seperti buah cempedak busuk, pemalas, pengotor dan banyak songel.
Keadaan yang sebegini sering menimbulkan persaingan tidak sihat di antara wanita cantik dan wanita yang tidak cantik. Masing-masing ingin mengatasi di antara satu sama lain sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian dan menjadi individu yang dipilih atau terpilih. Mereka sanggup berbelanja besar semata-mata untuk menjaga kecantikan mereka. Wanita sering menjadi alat dan mangsa pengiklanan barang kosmetik dan pakaian yang menjanjikan ketahanan dan penonjolan serta penyerlahan kecantikan seseorang wanita itu.
Wanita yang menjadi mangsa ini seolah-olah telah terpukau dengan iklan yang begitu hebat dan menarik. Malangnya setelah banyak berbelanja mereka masih tetap tidak cantik dan mereka tidak berpuashati dengan kecantikan yang ada pada diri mereka.
Harus diingatkan bahawa kecantikan tidak terletak pada cara berpakaian atau cara bersolek sahaja. Kecantikan diri seseorang akan datang seiringan dengan kesihatan fizikal dan mental yang baik. Sikap hidup yang positif serta mempunyai jiwa yang tenang dan damai akan menyerlahkan lagi kejelitaan seseorang wanita itu. Jika mereka membenarkan diri mereka bermesra dengan orang lain, kecantikan mereka mungkin menjadi nyata. Mungkin ada lelaki yang akan tertarik kepada mereka. Terutama kecantikan itu mengikut mata yang memandang. Apa yang dianggap hodoh oleh seseorang mungkin dianggap cantik oleh individu yang lain. Apa yang dianggap tua oleh orang lain mungkin dianggap muda dan kacak atau cantik atau handsome oleh individu yang lain.
Justeru itu wanita tidak sepatutnya mengurung diri semata-mata kerana memikirkan wajah mereka kurang menarik. Kecantikan wajah hanyalah salah satu aspek pemilihan. Banyak aspek lain yang perlu diperhatikan.
Perasaan rendah diri bukan sahaja dialami oleh wanita tidak cantik tetapi juga dialami oleh wanita yang cantik. Menurut Elizabeth Taylor pelakon Hollywood yang terkenal di seluruh dunia kerana kecantikan dan kejelitaannya, ia pernah mengatakan "Seseorang wanita akan kelihatan cantik apabila dia merasai dirinya cantik dan ingin kelihatan cantik". Maka wujudkanlah dalam diri anda kerana itu adalah kurniaan Allah yang semulajadi dan tidak dapat dipertikaikan oleh umat manusia yang lemah lagi daif ini.
Wanita-wanita yang cantik, gebu dan 'bergetah' tetapi masih meragui kecantikan mereka seolah-olah merekalah manusia yang paling hodoh di dunia ini, akan sentiasa membandingkan kecantikan mereka dengan kecantikan wanita-wanita lain. Sehingga mereka menjadi terlalu cemburu terhadap wanita-wanita lain.
Kadangkala cemburu itu terlalu mendalam sehingga mereka sanggup melakukan berbagai fitnah dan cemuhan untuk 'memburukkan' kecantikan wanita berkenaan. Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup mencemarkan maruah wanita yang dicemburui itu.
Berbanding dengan ciri utama lelaki pilihan wanita, ketampanan wajah tidak disenaraikan langsung. Tidak ada tekanan diberikan yang lelaki tersebut mestilah kacak atau 'handsome'. Yang lebih diutamakan ialah pencapaian dalam hidupnya. Kalau dia berjaya dan mencapai kemuncak kerjaya, 'sahamnya' akan meningkat. Lebih tinggi pencapaiannya, akan lebih tinggi lagi harga 'sahamnya', walaupun dia kurang kacak, tampan atau handsome. Yang penting ialah dia telah berjaya dalam hidupnya. Kejayaan dapat memberikan jaminan yang kehidupannya akan kukuh dan berjaya.
Sunday, 16 June 2013
Selamat Pengantin Baru
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Monday, 10 June 2013
Kiamat Sudah Dekat
Dunia kalau sudah tua. Banyak tanda-tanda mulai terbaca. Semua serba terbalik. Lelaki ingin cantik. Perempuan ingin tampan. Perbuatan dosa dianggap biasa. Urusan ibadah selalu lupa.
Astafighrullahal’adzim...
Subscribe to:
Posts (Atom)

