Thursday, 28 August 2014

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?" Allah yang Maha Suci menjawab. "Ada, iaituapi." (Besi dicairkan oleh api bahkan mendidih setelah dibakar dengan api).

Malaikat bertanya lagi. "Ya Rabbi, masih adakah sesuatu dalam penciptaanMu lebih hebat daripada api?" Allah yang Maha Agung menjawab. "Ada, iaitu air." (api yang membara macam mana pun akan terpadam dengan simbahan air).

"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab. "Ada, iaitu angin." (air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNya menjawab, "Ada, iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat al-Tirmizi)

Monday, 18 August 2014

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkisah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Mahathir tarik balik sokongan terhadap Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dalam blognya menulis bahawa beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kerana  dilihat dasar dan tindakan Najib tidak berkesan daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir berkata, melihat kepada situasi semasa dalam negara, pimpinan Najib perlu diperbaiki sebab itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongan beliau, agar Najib ‘belajar’ sesuatu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," kata Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, Najib perlu mengambil iktibar daripada kisah-kisah dongeng dahulu, di mana dek kerana semuanya tidak berani menegur pemimpin sehingga menyebabkan sebuah kerajaan itu malu.

“Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

“Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.” Maka raja pun murka akan pembesar-pembesarnya yang tidak memberitahu yang benar apabila dia bogel. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini,” ulasnya.

Dr Mahathir berkata, kisah ini ada kaitan dengan kelemahan pentadbiran Najib sekarang disebabkan oleh penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau Datuk Seri Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

"Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.

"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya.

Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai kelemahan Najib, Mahathir berkata berkata, Najib dilihat lemah kerana melayan tuntutan musuh.

"ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan.

"Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng," katanya.

Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan sikap pentadbiran Najib yang dilihat terlalu tunduk kepada negara-negara jiran.

"Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila pilihan raya umum diadakan.

"Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya," katanya.

Dalam PRU13 lalu, pencapaian Najib lebih buruk daripada Abdullah pada PRU12 apabila hanya berjaya mendapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada 2008.

Sunday, 27 July 2014

Facebook Bars Dr M's Blog

Rangkaian laman media sosial Facebook telah menyekat penggunanya daripada mengekses secara langsung ke laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad -www.chedet.cc pada hari Sabtu, 26hb. Julai 2014 sehari selepas bekas Perdana Menteri itu menulis satu entri yang pedas mengenai konflik yang sedang berlaku di Gaza antara Israel dan Palestin.

Tiada sebarang alasan rasmi diberikan oleh pihak pengendali Facebook di atas tindakan itu.

Berikut adalah tafsiran Yahudi dari kacamata Tun Mahathir tersebut yang dapat saya menyalin dan menampal (copy and paste) artikel beliau disini untuk kita kongsi bersama.

Article by Che Det: Orang Yahudi (Terjemahan artikel Dr M bertajuk The Jews)

1. Orang Yahudi mengaku kononnya mereka “manusia terpilih Tuhan”. Walaupun mereka dituduh menyalib Nabi Isa, walaupun dipaksa tinggal di petempatan haram di Eropah, walaupun terpaksa melalui pembunuhan beramai-ramai oleh orang Eropah, namun orang Yahudi tidak pernah berhenti percaya bahawa mereka lebih hebat , bangsa yang dipilih Tuhan.

2. Yahudi adalah golongan Semitik. Begitu juga orang Arab. Tetapi hari ini, Yahudi berlakuan seolah-olah hanya mereka adalah golongan Semitik. Mereka melabelkan semua orang yang mengkritik Yahudi sebagai “anti-Semitik”. Bagi apa jua jenayah dan kesalahan yang mereka lakukan, mereka tidak mengaku bersalah, malah akan melabelkan orang lain sebagai anti-Semitik

3. Dalam dunia terbuka hari ini, kita boleh menyalahkan sesiapa sahaja dan ianya akan disenangi kerana ia adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara. Tetapi, bagi Yahudi, sesiapa yang mengkritik mereka tidak akan terlepas daripada label “anti-Semitik”. Dan bagi kebanyakan masyarakat Eropah, mereka menyokong dasar Yahudi dan sanggup memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

4. Jelaslah bahawa Yahudi fikir hanya mereka sahaja yang ada keistimewaan, dan berada di satu kedudukan yang mulia dan tidak boleh dikutuk bahkan dikritik sedikit pun.

5. Perlakuan mereka melambangkan sikap angkuh sombong mereka. Mereka masih meneruskan kejahatan jenayah tanpa perikemanusiaan walaupun satu dunia tidak menyukainya. Sekarang ini, mereka terlibat dalam pembunuhan ratusan nyawa di Gaza, dan juga memusnahkan bandar-bandar. Hospital, sekolah, dan bangunan persendirian turut diranapkan dengan roket.

6. Seluruh dunia boleh mengutuk tindakan kebinatangan mereka, tetapi Yahudi tetap tidak peduli. Malahan mereka mengumumkan untuk membunuh lebih ramai rakyat Palestin mengacaubilaukan Semenanjung Gaza.

7. Semasa Eropah mengambil sedikit tanah Palestin untuk membentuk Israel, mereka dengan jelas menyatakan hak-hak orang Arab di Israel perlulah dihormati.

8. Yahudi pula mengabaikan peraturan tersebut dan bertindak merampas tanah dan harta milik Arab termasuk rumah dan ladang ternakan. Melalui serangan ganas mereka, contohnya di Deir Yassin, mereka memaksa rakyat Palestin untuk lari dari tanah mereka. Kemudian, Yahudi merampas tanah orang Arab tersebut.

9. Selama lebih 60 tahun, orang Palestin menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kawasan perlindungan pelarian. Tiada pampasan yang diberikan kepada mereka. Mereka juga tidak dibenarkan kembali ke tanah asal milik mereka. Inilah contoh tindakan perkauman yang paling teruk sekali.

10. Tidak puas dengan tanah yang dihadiahkan oleh UN kepada mereka, Yahudi menjarah pula tanah Palestin di luar Israel untuk dirampas lagi. Kemudian, mereka bina petempatan haram ekslusif bagi diri mereka

11. Mereka bina jalan di atas bumi Palestin, tetapi tiada rakyat Palestin yang dibenarkan menggunakannya. Mereka bina tembok di sepanjang perkampungan Palestin, memisahkannya dan orang Palestin tidak lagi dapat berhubung dengan sanak-saudara di perkampungan lain. Mereka juga tidak benarkan Palestin diisytihar sebagai negara, yang ada cumalah Pihak Berkuasa Palestin. Dan.. Eropah menyokong tindakan Yahudi yang sombong dan angkuh itu.

12. Mereka lancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza supaya bekalan makanan dan ubatan serta bahan binaan tidak dapat dihantar ke Gaza selepas pengeboman dan serangan roket oleh tentera Israel. Kapal yang menghantar bekalan ke Gaza juga diserang dan dirampas di Perairan Antarabangsa. Malah, kapal agensi kemanusiaan dipaksa berlabuh di perlabuhan Israel, dan barang kargo tersebut dirampas pula. Acapkali berlaku di mana kapal yang diserang tentera laut Israel di luar perairan Israel.. dan pekerja kemanusiaan ditembak dan dibunuh sewenang-wenangnya.

13. Israel mempunyai lebih daripada puluhan ribu rakyat Palestin di dalam tahanan kerana tuduhan “anti-Israel”. Tiada penghakiman dilakukan. Tempoh penahanan tidak ditetapkan (mungkin selama-lamanya?)

14. Secara berkala, apabila ada askar Israel ditawan oleh Palestin, Yahudi akan menawarkan pertukaran tebusan dengan beberapa ratus rakyat Palestin bagi digantikan dengan askar yang ditawan. Tetapi, dengan begitu cepat, akan ada tangkapan baru dibuat dari kalangan rakyat Palestin demi menggantikan tahanan yang dibebaskan.

15. Jika sekiranya rakyat Palestin menghantar pengebom berani mati atau melancarkan serangan roket, maka Israel akan menyerang balas dengan sangat keterlaluan. Mereka akan hantarkan kumpulan tentera untuk memusnahkan perkampungan Palestin dan bunuh nyawa lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, dan juga orang uzur.

16. Terkini, selepas pembunuhan tiga penuntut Israel oleh individu tidak dikenali, Israel mengebom Gaza dengan serangan udara. Hospital, sekolah, dan rumah semuanya dimusnahkan. Malah lebih 500 orang terkorban dan ribuan yang lain cedera. Hospital yang merawat pesakit juga dibom supaya orang sakit tidak dapat lari.

17. Inilah mesej yang ingin ditonjolkan oleh Israel.. bahawasanya Yahudi adalah suci dan mulia, dan sesiapa yang menganggu mereka terpaksa membayar harga berlipat kali ganda daripada kesakitan yang dihadapi mereka.

18. Segala apa jua yang Israel lakukan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, berlawanan dengan moral, dan menyalahi hak asasi manusia. Yahudi adalah penjenayah dalam semua rang undang-undang manusia bertamadun.

19. Tetapi, Yahudi Israel melakukan jenayah ini tanpa risau dihukum. Mereka ada negara seperti Amerika dan Eropah di belakang mereka. Merekalah manusia pilihan Tuhan dan mereka lebih berkuasa daripada mana-mana undang-undang, apa jua kod etika moral, dan juga bebas dari nilai kemanusiaan.

20. Semasa Yahudi dilayan dengan teruk oleh Nazi di Jerman, mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Tetapi penderitaan mereka tidak mengajar mereka apa-apa, tidak membantu mereka memahami erti kesengsaraan. Malah, kini mereka berkelakuan lebih teruk daripada Nazi, dan tidak kisah langsung segala kejahatan yang mereka lakukan.

21.The Europeans and the Americans created this monster and they care not for the atrocities committed by it. They will continue to support Israel even if the Israelis commit genocide, kill all the Arabs. This is their way to atone for all their treatment of the Jews in the past. The Jews should really be venting their spite on the Germans and other Europeans. But they are too smart. Killing Arabs is easier and more fun.

Sepatutnya mereka perlu menyalurkan kemarahan mereka terhadap Nazi Jerman dan Eropah. Mungkin mereka terlampau pintar, dan mungkin juga bagi mereka “Membunuh Arab lebih mudah dan menyeronokkan”.

~ Original Article by Dr Mahathir Mohamad, Malaysian 4th Prime Minister

Friday, 25 July 2014

AQSA SYARIF MOHON ASTRO PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AMDOCS - Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad.

Ketika seluruh dunia berkongsi penderitaan dengan rakyat Palestin berikutan serangan terbaru Israel ke atas Gaza, kita dikejutkan dengan berita di laman-laman sosial tentang syarikat tv-satelit berbayar ASTRO mempunyai kontrak bernilai jutaan dollar Amerika dengan sebuah syarikat Israel, Amdocs. Ketandusan liputan berhubung perkara ini di media rasmi ASTRO mahu pun media tempatan adalah kerana sumber asalnya diambil dari akhbar Israel, Haaretz bertarikh 21 Julai 2004.

Hingga saat kenyataan ini ditulis, ASTRO masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara ini. Aqsa Syarif maklum bahawa berita yang disebarkan ini adalah berita yang sudah berusia lebih 10 tahun. Namun, Aqsa Syarif masih merasakan pihak ASTRO perlu membuat penjelasan segera kepada lebih 1.5 juta pelanggan setia ASTRO berhubung hal ini agar mereka tidak rasa dikhianati terutama dalam waktu sensitif pada hari ini (Gaza diserang).

Jika berita ini sudah tidak relevan, ASTRO perlu menafikannya. Tetapi jika kontrak ASTRO dengan Amdocs masih aktif, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan sama ada ingin terus kekal atau menamatkan langganan mereka dengan ASTRO. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan berbekalkan maklumat yang sahih.

Sunday, 20 July 2014

Teori: Apakah MH17 Penyebab Perang Dunia Ke-III?

The Road to World War III Runs through Ukraine.

Pasti ada yang bertanya, ini apa pula kisahnya?

Atas sebab saya terjumpa tajuk diataslah saya tulis artikel ini. Kerana pesawat MAS MH17 jatuh di Ukraine.

Saya meronda segala blog, website dan baca artikel yang berkait berkenaan MH17.

Dan yang paling mengejutkan, ia ada kena-mengena dengan perang dunia ke-3 yang bakal meletus secara tidak lansung.

Apapun teori dari pelbagai sumber masih lagi bertaraf teori.

Ramalan tidak ada dalam minda orang Islam. Dan orang Islam tidak amal mengikut ramalan.

Tetapi ini bukan ramalan, ini analisa dari beberapa orang dari luar negara yang bukan warganegara Malaysia.

Janganlah pula percaya bulat-bulat dari baca buku novel yang membuat kita kuat berangan, elok lagi baca bahan sebegini.

Kita lihat dan perhatikan analisa dari seorang agamawan luar negara dulu.

Untuk ini sila panggil orang yang pandai baca bahasa Inggeris untuk terjemahkan jika tidak fasih bahasa Inggeris. (saya tidak minta anda percaya pada hal ini, saya beritahu awal-awal supaya orang cetek minda yang suka buat keputusan tidak menuduh macam-macam)

The Third World War will start with the conflict between Turkey and Greece.
- Jewish masons who are rulers over USA and European Union will force Turkish people into the war against Greece.
- In spite of Greek tremendous courage and resistance, Turkish attack will be devastating. Lots of Greeks and lots of their Russian and Serbian brothers in Christ who will volunteer to help Greeks will be dead.
- Turkey will charge deep inside Greece and will concur the most of the Greek territory.
- At the beginning, NATO and USA will not interfere into this conflict directly, but will give silent support for everything Turks do instead.
- The time will come that the world will think Greek people will vanish.
- A moment before it will be almost certain to happen, mighty Russia opens its cards in protection of Greek people and Orthodox Christianity. This takes everyone by surprise. Russian nukes are launched to Turkey.
- Darkness is covering Balkan peninsula and Near East. The World we know cease to exist again.
- At this point USA and EU join Turkey (or what's left of it) and declare global war against Russia and Greece.
- Vatican and the Holy Chair will announce Holy War against "schismatic" Orthodoxy.
- The war will be horrible. Burning people will fall from the sky.
- USA will suffer terrible defeat and will "blow up like balloon" (for whatever it means).
- Roman Catholic Church will never be able to return back to the positions it has today. Not even close. Its influence will be next to nothing.

Baiklah, yang pentingnya disebut negara Turki sebagai pemula dan penyebab peperangan dan kemudiannya perang besar bermula kerana masing-masing akan mengambil posisi.

Yang ini kita ambil dari sumber lain pula, yang tidak ada kena mengena dengan kisah dalam tulisan di atas.

Meanwhile, the Russian military will bluster by moving its forces to high alert status. However, nothing will occur until the Ukrainian issue is resolved. If the Russians win, their Eurasian empire will challenge the US in Syria and Iran. If the Russians lose complete control of the Ukraine, a third world war could begin, as NATO would surely oppose a Russian military incursion. Remember, NATO ally Turkey is right across a small pond and it is amazing what one can learn when one can properly read a map.

Jadi, walaupun kedua kenyataan diatas dan dibawah dari sumber dan artikel berbeza dan ditulis oleh warganegara berlainan, satu perkara yang penting di sini adalah penyebutan nama Turki.

- Russians will enter Constantinople, establish their own governor, but will give it all to Greeks later on green table.
- Greeks will hesitate to accept new territories at the start, but will accept them later and will rule over what used to be Turkish capital. Greeks will return to Constantinopolis 600 years after leaving it, as monk said.
- One third of Turks will lose their lives, one third will accept Orthodox Christianity and one third will move to live in "some deserts".
- Armenia will get its lands back.
- Kurd people will establish their own country.

Sungguhpun masalah Turki ketika ini adalah kaum Kurd dipergunungannya, tetapi yang jelas adalah Turki sebagai bahan bermula peperangan yang bakal mencetuskan perang dunia ke-3. Inipun boleh jadi penyebabnya -
Erdogan warns Israel: Turkey can send warships to east Mediterranean at any time.

Selain itu kaitan MH17 dengan seluruh peristiwa diatas seperti ditulis dibawah ini -
Many have claimed that The Illuminati carried out the attack as part of its longstanding masterplan to trigger a third world war and thus establish a New World Order... chiefly because of the plane's links to the number seven.

Malaysia Airlines Flight MH17 was a Boeing 777 and made its maiden flight on July 17, 1997 - 17 years ago to the day, many theorists point out.

On top of that, July is the seventh month of 2014. Adding up the year's numbers (2+0+1+4) makes seven.

Ini pula dari ucapan Lagarde (kepala IMF) - dia bermain dengan angka 7 dalam ucapannya.

'Now I'm going to test your numerology skills by asking you to think about the magic seven,' she told the audience.
She went on to point out that 2014 will 'mark the 7th anniversary of the financial market jitters', and will be the 25th anniversary of the fall of the Berlin Wall, 25th (2 + 5 = 7)'.

'Was Christine Lagarde trying to give a message about the #MH17 tragedy in her bizarre speech about numerology?' she tweeted.

Terkejut juga apabila dalam keadaan pesawat MAS kita ditembak pun ada kaitan dengan IIluminati.

Sama pula dengan atikel -
http://thechulan.blogspot.com/2014/03/tragedi-mh370-ini-lah-wajah-tangan.html

Seperti orang lain juga kita sedang membaca puzzle yang belum lengkap yang dapat mengisi ruangan kosong. Seperti orang lain kita cuba mencantumkan satu-satu perkara untuk mengkaitkan dengan keseluruhan gambaran.

Baca pula tajuk dari laman beforeitsnews - MH17 Lies Already Falling Apart! Ukrainian Govt Mess up
Thursday, July 17, 2014 11:40

Dibawah ini juga adalah sesuatu yang menakutkan -
'The occult/illuminati connection to this plane crash are laid out in the video below and are absolutely stunning as the NWO (New World Order) attempts to start WW3 as their grip on power falls apart as the US dollar dies and on the same day TWA Flight 800 was shot down in 1996.'
The number seven is a figure that has long been associated with the clandestine group, who are said to view it as the essence of perfection. (MH17 penuh dengan angka 7)

Tapi ada pula atikel yang menulis begini -
World War 3 will begin with a surprise attack on Israel over the Palestinian and Jewish struggle for the land. Egypt will lead a coalition of Arab nations including Syria, Iraq, Sudan, and Libya, which will attack Israel immediately after the abomination of desolation in the rebuilt Jewish Temple on the Temple Mount in Jerusalem. The abomination of desolation takes place in the middle of the end-times 7 year period.

Cuma bagi penulis blog ini, kebanyakan negara yang disebut diatas sudah hampir hancur dan pecah, Egypt, Syria, Iraq dan Libya sudah hancur, bagaimana mahu bangkit seperti dianalisakan?

Saya sebenarnya tiada konklusi kepada segala hal ini, dan hanya berserah kepada Allah SWT sahaja. Tapi sambil itu sering mengintai keadaan-keadaan yang boleh dijadikan petanda.

Adakah MH17 bakal menyebabkan peperangan dunia ke-3?

Ataukah ada perkara yang kita tidak tahu yang sedang direncanakan untuk kita?

Apapun kita ambil jalan menunggu dan lihat. Itu yang terbaik.