The Chinese are not well-represented in the government administration. This is simply because the Chinese see limited opportunities as salaried workers. Even when they join government service, they tend to leave early to go into business. There is a distinct dislike for the uniformed services.
Monday, 29 July 2013
When Tun Dr Mahathir Speak About Chinese Politics In These Times
The Chinese are not well-represented in the government administration. This is simply because the Chinese see limited opportunities as salaried workers. Even when they join government service, they tend to leave early to go into business. There is a distinct dislike for the uniformed services.
Sunday, 28 July 2013
Filem The New Village Mengangkat Komunis Sebagai Pejuang Kemerdekaan?
Thursday, 25 July 2013
Between Nuzul Quran And Laylatul Qadr
The Nuzul Quran event is recorded in the history of the life of Prophet Muhammad PBUH, the day of the first biggest Wahy or Revelation sent to humanity upon Prophet Muhammad. Since then it continues by stages for 23 years until it is completed as the Quran we know today. Nuzul Quran is recorded happened on the night of Friday, 17th Ramadan, 41st year of the life of Prophet Muhammad. 'Nuzul' means down or move from above to down. When it is mentioned that the Quran is the greatest miracle ever sent to Muhammad it means a lot to Muslims, especially to those who do the serious deepening into the secrets of Islam.
Al Quran means reading or assembly. Accumulated therein are verses that cover a lot of things about faith, worship, jurisprudence, science, technology and so on. There is everything in the Quran. Nothing left out.
"And all the beasts on loand and flying birds have different communities, just as you (people) do. Nothing is left without a mention in the Book. They will all be brought into the presence of their Lord." Al-An'am:38
Al Quran is the guidance, mercy, healing, light, criterion and explanation for human. The content of Quran is true. The Quran also known as Al-Nur which means light, Al-Furqan means as distinguish between right and wrong and Al-Zikr meant is to give a warning.
In the recorded history of Prophet Muhammad, the first verses of Quran that has been sent to him through the angle Jibreel was the five verses from Sura Al-Alaq;
"Read in the name of your Lord who created (all things). He created man from clot of blood. Recite! Your Lord is the most honourable One. Who, taught the human being, by the pen. He taught the human being what they did not know."ÂAl-'Alaq:1-5
The Relationship Between Nuzul Quran and Laylatul Qadr
Laylat al-Qadr variously rendered in English as the Night of Destiny, Night of Power, Night of Value, the Night of Decree or Night of Measures. The night usually occurs between 10 remaining days of Ramadan. It is a night of miracle which better than a thousand month.
Nuzul Quran significantly happened on the Laylat al-Qadr.
"We revealed the Quran on the Night of Destiny. Would that you knew what the Night of Destiny is! (Worship) on the Night of Destinyis better than (worship) for a thousand month. On this Night,the angels and the spirit descend by the permission of their Lord with His decree (to determine everyone's destiny). This night is all peace until the break of dawn."Al-Qadr:1-5
Sunday, 14 July 2013
Bahaya Pluralisme : Kesimpulan
Secara dasarnya AGENDA PLURALISME AGAMA telah berkembang di dalam negara kita melalui pelbagai idea dan perspektif yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu. Namun begitu, kita haruslah merujuk kepada perspektif Islam di mana manusia diajar supaya beriman dan menyembah Allah S.W.T sahaja dan bukan tuhan-tuhan yang lain selainNya (Al-Quran, Surah Al-Anbiyaa’ (21): 25, Surah Al-A’raaf (7): 59,73, dan Surah Al-Ikhlas (112):1-4). Ini selaras dengan maksud yang dilafazkan dalam ungkapan syahadah Tiada tuhan lain selain Allah.
Maka prinsip asas yang perlu diberi perhatian dalam konteks agama majmuk ini adalah bahawa Islam sahaja agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sepanjang sejarah kronologi umat manusia(Al-Quran, Surah Ali Imran (3):1).
Namun begitu, Islam tetap mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dan sistem kepercayaan lain di alam ini. Malahan Islam memberi kebebasan beragama kepada manusia (Al-Quran, Surah Al-Baqarah (2):256).
Namun dari perspektif kebenaran, hanya Islam merupakan agama yang benar dan satu-satunya agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia. Sebab itulah, Allah S.W.T tidak akan sekali-kali menerima agama lain selain Islam berdasarkan kepada firmanNya dalam Al-Quran, yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterimadaripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Ali-Imran, ayat 85)
Orang Islam pula diajar supaya mengambil pendirian dan berkata seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran, yang bermaksud:
"Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, an bagiku agamaku". (Al-Kafirun, ayat 1-6)
Kesimpulan
1. Pengiktirafan dan toleransi yang dianjurkan oleh ajaran Islam terhadap agama-agama lain tidak sama sekali bermaksud ISLAM TURUT MENGIKTIRAF AGAMA-AGAMA LAIN SEBAGAI JALAN YANG BENAR.
2. Hujah-Hujah dari golongan sufi, seperti Syed Hossein Nasr, Jaluddin al-Rumi , Ibn Arabi, dan sebagainya perlu dilihat dengan lebih mendalam. Ini kerana, seperti yang kita maklum, pemahaman dan pandangan dari sudut sufi berbeza dan tidak boleh dinilai dengan menggunaan logik oleh orang awam. Anologinya, Seyyed Hossein Nasr (ahli sufi moden yang menyokong Pluralisme Agama) menegaskan bahawa kefahaman berkaitan Pluralisme Agama khususnya yang dimaksudkan dalam peringkat persamaan agama di peringkat “esoteric” ini adalah bersifat elitism (tidak dimaksudkan kepada semua orang). Ia adalah hanya kepada mereka yang memiliki kemampuan tertentu untuk membiasakan diri dan memahami dari dimensi “esoteric” (dalaman sesuatu agama). Ini menunjukkan Nasr juga menekankan dan mendakwa bahawa hujah dan pemahaman dalam hal ini adalah boleh digunakan dan diterima oleh golongan tertentu (para pengkaji kerohanian) ( Adnan Aslan 1994:115-116).
3. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendalah berhati-hati dengan pemahaman Pluralisme Agama ini kerana secara tidak langsung pada masa ini ia banyak mengancam akidah umat Islamitu sendiri termasuk di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak (Sila rujuk tuntutan dari pelbagai pihak yang berkaitan dengan hak keistimewaan agama Islam).
4. Senario yang lebih mengkhuatirkan masa kini ialah terdapat sebahagian pendukung fahaman ini adalah terdiri dari golongan Intelektual Muslimsendiri. Justeru itu, setiap hujah yang digunakan atau digunakan khususnya dalam hal keagamaan mesti kembali dinilai kepada al-Quran dan al-Sunnah dan golongan yang diberikan kuasa dalam hal ini.
5. Perlu diingat, Islam bukan agama yang Jumud dan bersifat mengongkong. Sebaliknya kita harus mengambil perhatian bahawa di dalam ajaran Islam, ada perkara yang thabat (tetap) dan ada yg murunah. Jadi tidak semua boleh diubah suai ikut peredaran zaman sesuka hati dan perubahan yang hendak dilakukan mesti selaras dengan kaedah dan syarat dalam ajaran Islam itu sendiri.
Bahaya Pluralisme : Pandangan Islam Terhadap Pluralisme
Propaganda fahaman pluralisme agama yang semakin hari semakin hebat telah dilakukan di negera-negara Islam merupakan masalah serius yang perlu ditanggani secara serius. Adalah penting bagi setiap orang Islam untuk mengetahui agenda dan hala tuju hendak ke manakah pluralisme agama itu sebenarnya. Namun begitu, adalah lebih afdal lagi jika orang Islam lebihmemberikan tumpuan untuk memahami dan mendalami ajaran Islam khususnya yang berkaitan dengan status agama-agama lain. Menurut Dr. Syamsuddin Arif (2010) terdapat beberapa pandangan Islam telah diberikan kepada PLURALISME AGAMA.
● Pertama, dalam aqidah Islam telah disepakati oleh semua kaum Muslimin bahawa tidak ada di muka bumi ini suatu agama yang benar kecuali agamaIslam, yang ajarannya membatalkan ajaran agama-agama sebelumnya. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Imran ayat 85:
“Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
● Kedua, hukumnya menyakini bahawa setiap orang bukan Islam (non-Muslim), sama ada dia itu Yahudi, Nasrani dan selain mereka itu adalah KAFIR dan bakal jadi penghuni NERAKA, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Bayyinah ayat 1 dan 6:
“Orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik itu tidak akan meninggalkan agamanya sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata. …Sedang orang-orang kafir yakni Ahlul Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) keneraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya mahluk”.
● Tambahan pula terdapat hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
“Demi Dia yang jiwaku ada di TanganNya, tidak seorangpun dari umat manusia yang mendengar (seruan) ku, Yahudi maupun Nasrani, kemudian mati dan belum/tidak beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia menjadi penghuni neraka”.
● Ketiga, WAJIB hukumnya bagi seorang Muslim menyakini bahawa Taurat dan Injil itu telahdimansuhkan oleh al-Quran al-Karim, dan bahawa kedua kitab tersebut telah diubah, diselewengkan, ditambah dan dikurangi, sebagaimana jelas diterangkan di dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 13:
“Namun karena mereka melanggar janji, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka memindahkan firman Allah dari tempat-tempatnya, dan mereka juga melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya".
● Terakhir, berdasarkan prinsip-prinsip ‘Aqidah dan Syari‘at Islam di atas, maka propaganda pluralisme agama, pendekatan agama-agama dan peleburan agama-agama adalah amat halus. Tujuannya mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil, merosak sendi-sendi ajaran Islam, dan menyeret pemeluknya ke arah permurtadan. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 217:
“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran) andai kata mereka mampu”.
Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 89:
“Mereka ingin supaya kamu menjadi kafirsebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)".
Dapat kita simpulkan bahawa Pluralisme Agama itu suatu doktrin, ajaran, ideologi, aqidah, keyakinan dan cara hidup yang mengakui semua agama adalah sama dan setara, sama benar, otentik, valid, dan merupakan jalan keselamatan yang baik.Maka terang sekali bahawa pluralisme ini tidak mungkin diterima oleh orang Muslim kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang tertera di dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah/Hadis Rasulullah S.A.W.
Bahaya Pluralisme : Kesan dan Implikasi Fahaman
Secara umumnya, ‘Malaysia’ adalah sebuah negara yang menjunjung tinggi agama Islam sebagai agama rasmi. Merujuk kepada Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, kalimah Islam adalah syahadah rasmi yang telah pun dilafazkan ketika Islam mula bertapak di negara kita. Manakala kalimah ‘Malaysia’ pula adalah berakar-umbikan daripada kalimah pokok iaitu kalimah ‘Melayu’ seperti yang dibuktikan dalam panggilan nama asal negara ini iaitu ‘Tanah Melayu’ atau ‘Kepulauan Melayu’.
Panggilan ini diberikan kerana memang tanah dan kepulauan rantau ini adalah didiami oleh penduduk asalnya iaitu kaum Melayu. Fenomena ini juga terjadi di negara lain seperti benua India, Afrika, Tanah Arab dan Tanah Besar Cina semuanya adalah didiami oleh kaum penduduk asalnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini kerana Malaysia berbeza dengan Australia, Amerika Syarikat atau Singapura. Adalah kurang bermanfaat malah merbahaya kalau Malaysia hendak mengikut acuan atau model yang tidak serasi dengan hakikat dirinya yang sudah memiliki sistem sosial dan syariat sediada.
Kini adalah jelas kepada kita bahawa dengan kewujudan aliran fahaman Pluralisme Agama yang terbukti menyeleweng daripada asas-asas dan landasan ajaran Islam. Maka wajarlah kita meneliti kesan dan implikasinya terhadap keharmonian dan keselamatan negara dalam konteks Malaysia secara khusus.
Implikasi Aqidah
Pluralisme Agama sangat berpotensi untuk menghakis kemurnian aqidah para penganut Islam di Malaysia secara sedar mahupun tidak. Pluralisme Agama jugamembuka pintu kepada kesyirikan dan kekufuran. Jika sudut aqidah umat Islam sudah terkompromi maka sebenarnya keseluruhan jati diri keagamaan umat itu sendiri sudah tergadai. Dalam hal ini Allah SWT sangat tegas dalam perkara yang melibatkan soal aqidah berbanding aspek lain.
Bercakap tentang Islam di Malaysia, walaupun kita sedar bahawa masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu ditampung tetapi menjaga kemurnian aqidah serta bertegas terhadap penyelewengan aqidah adalah antara aspek diberi lebih perhatian. Sejak daripada kes Natrah lagi hinggalah ke kes Nuraishah Bokhari, Azlina Jailani (Lina Joy), kes-kes murtad yang sampai ke pengetahuan umum akan menarik reaksi agresif masyarakat Islam.
Di suatu sudut yang lain, fahaman-fahaman aqidah atas nama Islam yang menyeleweng turut dikekang dan tidak diberikan kebebasan untuk berkembang-biak. Orang awam di kalangan umat Islam sendiri sangat sensitif dan takut dengan ajaran sesat. Namun begitu ianya amat berbeza jika dibandingkan Pluralisme Agama di mana ia adalah suatu fahaman yang datang dalam bentuk yang halus serta ditonjolkan imej fahaman Islam yang lebih moden dan progresif. Oleh itu mungkin sahaja seseorang itu sudah terjerumus ke dalamnya tanpa menyedari atau tanpa merasakan bahawa ianya suatu yang salah.
Implikasi Keutuhan Umat
Jika kita sudah kompromi dalam bab aqidah maka umat Islam sudah menghakis keutuhan umatnya dan menempah kebinasaan meskipun mungkin kesan zahirnya tidak terus kelihatan. Tetapi, lambat laun fahaman Pluralisme Agama akan tetap menimbulkan krisis yang besar dan jelas di kalangan umat Islam.
Setidak-tidaknya akan mencetuskan pertelingkahan dan perselisihan sesama Islam dalam bab aqidah yang dititik-beratkan oleh orang-orang Islam. Ini adalah kerana adalah mustahil untuk umat Islam di Malaysia untuk bersepakat atas satu kesesatan seumpama Pluralisme Agama. Maka umat Islam akan berpecah kepada dua puak yang mempunyai tahap perselisihannya itu lebih buruk berbanding dengan perselisihan politik kepartian. Malahan ia juga akan penyokong parti politik yang sama pun boleh jadi sakit hati dan berpecah belah akibat Pluralisme Agama. Perpecahan adalah antara punca utama kelemahan dan kemunduran umat Islam yang tak mampu kita tanggung dalam realiti Malaysia.
Implikasi Sosio-politik
Susulan daripada masalah implikasi agama dan kefahaman, Pluralisme Agama juga akan membawa kesan akibat buruk kepada situasi sosio-politik umat Islam. Ia terbukti apabila umat Islam di Malaysia tidak lagi sensitif dan peduli terhadap ajaran agama Islam di mana jati diri dan aqidah dapat dicairkan melalui faham ini. Secara tidak langsung kepercayaan beragama sebagai salah satu benteng paling kukuh bagi formula sosio-politik di Malaysia juga akan mudah dirobohkan.
Pengkaji sosio-politik yang insaf akan mengakui bahawa sepanjang sejarah negara, agama menjadi antara faktor utama di sebalik kekukuhan kedudukan umat Islam di negara ini. Keteguhan umat Islam sebagai umat teras dalam masyarakat berbilang kaum dan agama pula menjadi sangga utama yang terbina di sekelilingnya kestabilan dan keharmonian agama.“MERUNGKAI FORMULA YANG SUDAH TERBUKTI INI BERERTI MERUNGKAI IKATAN YANG SELAMA INI MENGIKAT KESEBATIAN MASYARAKAT”.
Pluralisme Agama adalah suatu tikaman ke jantung negara dan bangsa kerana Islam dan keIslaman adalah jantung dan hati kepada Malaysia dan bangsa Melayu sebagai bangsa terasnya. Oleh itu, jika Pluralisme Agama tidak dirasakan terlalu beracun atau berbisa dalam konteks negara lain, tetapi di Malaysia ia adalahracun yang membunuh.
Saturday, 13 July 2013
Bahaya Pluralisme : Pengaruh Pluralisme Agama di Malaysia
Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung. Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul.
Anologinya, pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC (Interfaith Commission). IFC ini merupakan satu suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya sebagai badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesuatu agama akibat desakan agama lain. Ia boleh berfungsi sebagai sebuah mahkamah atau sebagai satu badan berkanun seakan-akan satu badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia yang menerima dan melayan aduan-aduan khususnya yang berkaitan dengan agama. Penubuhan IFC ini dicadangkan oleh Malaysian Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism melalui memorandum mereka yang dihantar oleh Presiden MCCBCHS iaitu V. Harcharan Singh kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Antara tuntutan yang dilakukan ialah:
- Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam.
- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada asal agama mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan olehMahkamah Sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
- Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bible dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda suatu kaum hendaklah ditiadakan.
- Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Apa yang dikhuatirkan ialah idea dan tuntutan dari wakil pelbagai agama ini juga disokong oleh sesetengah umat Islam yang berpendapat bahawa hal ini selaras dengan prinsip toleransi dan hukum demokrasi, ini secara tidak langsung menunjukkan wujudnya sokongan dan usaha untuk memperjuangkan gagasan pluralisme agama oleh sesetengah umat Islam di Malaysia.
Selain itu, idea pluralisme agama ini juga dilihat mula wujud di dalam Filem-Filem Melayu. Anologinya, filem Sepet jelas cuba menggambarkan kehidupan seorang yang berfahaman liberal dan plural. Perkahwinan di antara seorang wanita Melayu muslim dengan lelaki Cina bukan Islam dianggap biasa. Hal yang sama juga berlaku dalam filem Gubra, mesej yang cuba disampaikan ialah agama adalah agenda individu. Terdapat agenda interfaith dalam filem Gubra iaitu watak munajat seorang bekas pelacur berganti watak lain di gereja dan kemudian upacara sembahyang di tokong oleh pasangan Cina. Mesej halus yang mungkin cuba disampaikan ialah semua agama menawarkan kebenaran.
Nota : “Katakanlah: “Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku“. (Al-Quran surah Al-Kafirun (109):1-6)
Friday, 12 July 2013
Tuesday, 9 July 2013
Selamat Ulangtahun Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 88 Tahun! Semoga Allah SWT terus memberi rahmat dan keberkatan kepada beliau dan juga kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ~ "Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah."
SIAPA TIPU SIAPA
As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on February 13, 2013
1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.
2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.
1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.
2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.
3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.
4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.
5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.
6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.
7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.
8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.
9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.
10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.
11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.
12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.
13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.